Suasana malam itu riuh dek bunyi kenderaan lalu lalang. Sudah jadi kebiasaan bagi bandar untuk menghasilkan harmoni bunyi seperti itu.
"Ahh!!" jerit seorang lelaki.
Dihempasnya dua dumbell di kedua belah tangannya ke lantai dengan kuat.Keadaan yang panas dan bahang membuatkan dirinya dibanjiri peluh sampai menitis peluh ke lantai mengalir daripada dagunya. Dia melepaskan keluhan kecil. Sesungguhnya, dia penat.
"Kenapa kau push teruks ni, Ray? Raya lama lagi, yang kau beria nak fit kenapa?" Soal Abu yang daripada tadi melihat kawan baiknya itu berhempas pulas bersenam.
Ray masih diam. Tercungap seorang di bangku menghadap cermin. Dia memandang biasan wajahnya dengan pandangan kosong.
" Oii... Aku tanya kau ni, janganlah duk palau aku begini" kata Abu agak panas selepas dirinya tak dilayan.
Ray menjeling.
"Aku sebenarnya nak minta tolong kau ni, Bu." kata Ray perlahan.
"Tolong apa?" balas Abu ingin tahu.
"Tolong diam kejap je" kata Ray ringkas lalu dia berlalu pergi meninggalkan Abu.
Sesungguhnya, Abu bengang. Takde moodlah tu. Dia dah masak benar dengan perangai kawan baiknya itu. Dia dan Ray sudah berkawan rapat sejak sekolah rendah lagi dan sehingga kini mereka masih berkawan baik. Walaupun masa study diploma dulu, dia berpisah kejap dengan Ray,tapi syukur Ray masih mengingatinya dan dia juga tidak hanyut dalam perjalanannya di menara gading itu.
Ray meneguk air mineral itu dengan rakus. Haus benar gayanya.
"Kau nak kemana lepas ni? "tanya Abu.
" Balik"jawab Ray ringkas.
"Serius lahh.. Bosan gila atuk kau ni, jom la lepak" ajak Abu. Dah lama jugak dia tak lepak dengan Ray. Ray memang busy orangnya. Ada je hal dan kerja yang dia ada.
"Err.. Bang.. Ni abang ray kan? Nak selfie boleh?" kata seorang remaja yang agak malu malu mendekati Ray dan Abu.
"Sure" balas Ray lalu melayan permintaan remaja yang jelas di riak wajahnya amat meminati Ray Zakaria.
"Next time ok" kata Ray kepada Abu selepas remaja tadi berlalu pergi dengan hati senang. Dia tahu yang Abu mahu luangkan masa bersama tapi dia sendiri sibuk maka dia perlu utamakan kerja.
"You need some time untuk lepak man, ini 24 jam kerja" ujar Abu yang di dalam hatinya risau akan keadaan kawannya itu.
Sesungguhnya, dunia hiburan bukannya mudah. Dia mengerti tentang hal itu tapi sebagai kawan, dia support semua yang Ray buat.
"Aku balik dulu" kata Ray dan berlalu pergi selepas bersalaman dengan Abu.Ray keluar daripada gim. Berjalan perlahan di laluan dihadapan bangunan bangunan besar. Dia menyumbat earphone di kedua belah telinganya. Bunyi deruan ombak memasuki pendengarannya lalu mengalir memasuki ruang otak yang secara langsung menenangkannya. Dia kini sedang menunggu lampu hijau bagi dia melintas jalan yang sibuk itu.
"Ye.. Kejap.. Aku on the way.. Kau rilek je lah.. Aku dah dekat dah ni...."suara seorang wanita muda yang sedang bercakap menggunakan telefon.
Ray agak terkejut." Kuat betul minah ni berbual. Oncall je pun"bisik hatinya. Kalut semacam minah tu Ray tengok. Minah tu toleh kanan kiri lalu dia melihat jam tangannya. Rushing ler tuh.
Belum sempat Ray mengagak, wanita tersebut melintas selepas melihat jalan raya tiada kenderaan.
Tingggggggg!!!
Sebuah kereta menekan hon dengan kuat dan hampir hilang kawalan apabila kereta yang dipandunya laju kini menuju kearah wanita itu.
Wanita tersebut menoleh. Pandangannya dipenuhi lampu kereta tersebut. Dia kelu.
"Mampus aku" bisik hatinya.Dia memejam matanya.
Bunyi tayar bergeser dengan tar kuat kedengaran. Pemandu tersebut menekan breknya dengan kuat. Dia menghembus nafas lega.
Wanita itu terasa hangat, hanya angin yang kuat melintasi dirinya tadi. Kini dia dalam perasaan yang aneh. Dia perlahan lahan membuka matanya.Dia menelan air liurnya sejurus dia membuka mata. Kini dia di dalam dakapan seorang lelaki.
Oh my god!
YOU ARE READING
Langit & Bumi
Teen Fiction"Bukan ke kita ni jauh berbeza, daripada darjat dan personaliti?" Soal Nia. "Maksud you, kita macam langit dan bumi?" Balas Ray. "Yea.." kata Nia pula. Ray tersenyum. "Langit dan Bumi itu saling memerlukan, tanpa langit bumi akan janggal berseoranga...