Ray membuka matanya perlahan apabila dia terdengar telefon pintarnya berdering. Sama ada deringan alarm ataupun orang call.
Matanya agak berat ketika itu. Dia menggapai telefonnya itu lalu melihat ke skrin.
Alarm.
Dia meletakkan kembali telefon pintarnya di atas meja kecil bersebelahan katil. Dah subuh rupanya. Dia menutup mulutnya apabila dia menguap. Ngantuknya masih bersisa.
"Aik??" Ray pelik. Dia cuba bergerak namun gagal.Dadanya terasa berat.
Terbeliak mata Ray apabila tubuhnya didakap Nia. Kali ini Ray yang tak tentu arah. Jantungnya berdegup kencang. Dia tak mampu buat apa apa ketika itu. Nia sedang tidur dengan lena di berbantalkan dadanya itu.
Ray menghela nafas. Dia pasrah. Dia tak ingin kejutkan Nia dalam keadaan mereka begitu. Dia tahu pasti Nia kecewa kerana malam pertamanya bukan seperti yang diinginkannya namun dia tak boleh tipu perasaannya sendiri. Perasaan sayang itu belum muncul.
Makin erat pautan Nia apabila Ray membelai lembut rambut Nia itu. Subuh masih awal. Entah kenapa dia tersedar awal. Maybe sebab tak selesa. Yelakan selalunya tidur seorang kalini tiba tiba ada orang kat sebelah.
"Nia...dah subuh ni.. Bangun solat?" kata Ray perlahan. Dibisiknya ke telinga Nia itu namun tiada respon. Penat sangat Nia gayanya.
***
Nia berasa kesejukan.Dia mencari punca kehangatan yang didakapnya sepanjang malam. Dia meraba raba tangannya di atas katil empuk itu namun kosong.
Nia membuka mata perlahan. Bulu romanya naik dek kesejukan. Daripada pandangannya yang samar itu, dia melihat kelibat seorang lelaki sedang bersila di lantai. Dia cuba meneliti kelibat itu.
"Ray?" soal hatinya terkejut. Buat apa pulak Ray pagi pagi buta ni.Kedengaran zikir di halwa telinga Nia. Dia terkejut. Lama benar dia tak dengarkan zikir zikir memuji Tuhan itu. Dia sendiri terkejut Ray sebegitu.
Dia terpaku. Kelu. Beku apabila Ray menoleh ke arahnya lalu tersenyum. Nia tertunduk.
"I know it still early but yea.. You can back to sleep if you want" kata Ray lembut.
Nia hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia tak tahu bagaimana dia harus bertindak atau memberi respons.
"Awalnya you bangun?" soal Nia.Itu je yang terlintas dalam kepala.
Ray tersenyum sambil melipat sejadah.
"I just can't sleep..Lain la orang tu.. "balas Ray lembut. Dia melangkah ke arah Nia.
" Ehh..kenapa pulak? "soal Nia hairan.
" Yela. Dia dapat tidur nyenyak atas dada orang"usik Ray lalu membongkok sedikit tubuhnya lalu dikucupnya lembut dahi Nia itu.
"Morning babe.." ucap Ray lembut lalu melangkah ke bilik air.
Nia menjadi patung. Keras kaku.Pipinya usah dikata. Merona kemerahan. Dia tak jangkakan Ray akan berbuat begitu. Siapa sangka dia dapat morning kiss daripada Ray Zakaria?
***
Keluarga kedua belah pihak berada di vila mewah milik keluarga Nia itu. Itu yang membuatkan dapur Ray itu berasap pada awal pagi. Bertambah riuh dengan perbualan yang bermacam macam isu. Entah apa yang diborakkan sampai riuh macam tu.Sokay.Asal diorang happy.
"Kenapa Nia? Asyik tersenyum je dari tadi?" soal ibunya, Datin Roza. Orang tengah happy kena morning kiss, Datin apa tau.
Pipi Nia merona kemerahan malu sambil tertunduk. Seluruh ahli keluarga menumpukan perhatian ke arahnya.
Ray yang berada di sebelahnya still tenang. Tampan dengan coolnya itu. Makan nasi goreng pun hensem.
"Nothing..Im...just happy" kata Nia. Tersenyum Datin Roza mendengarkan khabar gembira itu. Ibu kepada Ray juga begitu. Puan Salmi hanya tersenyum melihat wajah anak menantunya itu.
"Wow... Korang trending ler kat Instagram" kata Eliza yang ada juga di ruang makan itu.
Ray hanya menjeling. Tak berminat. Lebih kepada dia dah lali dengan segala trending.Maklumlah,artis pujaan Malaya.
***Gambar perkahwinan Ray dan Nia itu dilihat dengan teliti. Senyuman Nia itu benar benar membunuh perasaan Aiman ketika itu. Dia marah.
Pasangan bahagia itu tersenyum di depan kamera. Makin lama Aiman melihat gambar mereka berdua di Instagram itu, makin membuak amarahnya.
Krashhh!
Dibalingnya telefon pintarnya ke dinding. Berkecai telefon beribu ringgit itu.
"Sepatutnya.. Nia tu aku punyaaaa!!!!" jerit Aiman. Dia bertindak seperti orang hilang akal. Dia menjerit.Dia menutup telinganya.
Buku limanya digenggam.
"Aku takkan biarkan kau happy dengan Nia, Ray!!" jeritnya.
YOU ARE READING
Langit & Bumi
Teen Fiction"Bukan ke kita ni jauh berbeza, daripada darjat dan personaliti?" Soal Nia. "Maksud you, kita macam langit dan bumi?" Balas Ray. "Yea.." kata Nia pula. Ray tersenyum. "Langit dan Bumi itu saling memerlukan, tanpa langit bumi akan janggal berseoranga...