"Amacam Nia? "soal Nael.
" Apa yang amacam? "soal Nia semula.
" Ray Zakaria? Konsert? "kata Nael mahukan jawapan.
Nia berfikir sejenak.
" Good.. He's good"jawab Nia pendek.
"Itu je?" soal Nael tidak puas hati.
Nia mengangguk perlahan.
"Dia mention nama kau kot tadi.." kata Nael.
Dua gadis itu berjalan sambil berbual.Keadaan di laluan pejalan kaki itu agak sesak dan 80 peratusnya adalah fans Ray yang pergi konsert dia tadi.
"So what?" soal Nia. Dia tak menganggap itu apa apa. Maybe Ray cuma mention nama dia untuk marketing or nak tarik orang supaya ikut perkembangan dia. Nasib je dia tak dicam mana mana peminat Ray tadi kalau tak,dia sendiri tak tahu apa akan berlaku. Kena panggil atas pentas mungkin, kena confess depan 100 ribu peminat maybe.. Ahh tak mungkin.
"Hey Nia?!" panggil Nael.
Nia menoleh ke arah Nael yang jauh dibelakang.
"Tadi kau kata nak lepak kafe kejap kan?" kata Nael sambil berdiri di hadapan sebuah kafe.
Nia malu. Jauh betul dia berangan tadi sampai tak sedar dia terlepas kafe tu. Nasib dia tak cakap sorang sorang. Lagi malu kalau macam tu.
***
Ray meneguk air mineral sejuk itu. Lega tekaknya.Begitu juga hatinya. Syukur kerana konsert mininya itu berjaya. Kak Zana pun puas hati. Siap bagi thumbs-up bila konsert tu habis.
"Ray..!"panggil seorang remaja perempuan. Jelasnya seorang peminat Ray. Dia mahukan autograph.
Ray tersenyum menyambutnya lalu meletakkan tandatangannya di atas poster yang dibawa oleh remaja tersebut.
Ray menggapai beg gitarnya semula. Dia kini berjalan.Dia memang begini. Suka berjalan daripada memandu. Lagipun kalau naik kereta, biasalah jem dan jem adalah musuh ketat Ray..atau musuh ketat semua pemandu kat Malaysia ni kan?
Malam itu hujan renyai.Nasiblah Ray pakai sweater. Macam tahu tahu hari nak hujan and nasiblah rumah dia dengan auditorium tu tak jauh mana.
Langkah Ray terhenti.
"Eh..? Tu macam.."
***
Nia kini berlari anak ke sebuah lokasi. Nael ditinggalkan di kafe sebaik sahaja dia mendapat mesej daripada Aiman.
-I need you right now.. Aku rasa macam aku nak bunuh diri-
Mesej yang membuatkan Nia memerah tenaganya pergi ke sebuah kafe yang berada agak jauh. Dalam hujan renyai itu, dia berlari. Dia sedar yang Aiman memang selalu share masalah dengan dia tapi kalini lain macam, siap nak bunuh diri. Mana tak kalut Nia dibuatnya.
"Aduh...!" jerit Nia. Dia hampir tersungkur.
Beg tangannya jatuh di jalan.Dia melanggar seorang pejalan kaki. Tanpa membuang masa, dia terus menyambung lariannya sejurus dia kata sorry.
***
Nia menarik nafas dalam. Cuba menenangkan dirinya. Rambutnya yang sudah serabai dek berlari diuruskannya. Dia melangkah perlahan ke arah seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah meja.
"Kau alright tak Man?" soal Nia perlahan.
Aiman mengangkat wajahnya. Dia tersenyum. Dia menggapai lembut tangan Nia.
"Lega bila aku dapat tengok muka kau Nia" katanya.
Nia memerhatikan sahaja tangannya dipegang.
"Kau kenapa?" soal Nia agak risau. Cungapnya masih tak berpenghujung.
Aiman tertunduk hampa.
"I dont know Nia.. Hari aku teruk harini.. Just nak ada someone yang I can talk to and laugh for something.." luah Aiman perlahan.
Nia merenung wajah Aiman itu.
***"Siapa mamat tu?" soal Ray. Dia ingin tahu identiti lelaki yang membuatkan Nia berlari tadi.Siap tak perasan Ray yang dilanggarnya tadi. Ray memerhati atau erti kata lain. Skodeng.
Lama jugak diorang berbual. Kejap serius semacam lepastu gelak macam haram.
" Eh..? Kenapa pulak tu?" soal Ray hairan.
Nia memegang bahu Aiman.
Ray terdiam. Jantungnya berdegup laju. Matanya tidak percaya apa yang berlaku di hadapan matanya itu.
Nia memeluk Aiman.
"I should leave.." kata Ray. Entah kenapa dia seakan rasa kecewa. Lebih baik dia blah. Buat apa dia nak kacau hidup orang kan?
***
Aiman tercungap. Dia mengelap peluh di dahinya. Dia merenung wajah Nia yang sedang terlena itu. Dia tersenyum puas. Dia melangkah ke sebuah meja kecil lalu dia menggapai telefon pintarnya.
Dia sedang menelefon seseorang. Rokok disambut mulutnya lalu dibakar dan dihembusnya asap ke syiling bilik itu.
"Hello.." ucap satu suara di talian.
"Kau dah boleh panggil diorang dah..." kata Aiman sambil tersenyum puas.
YOU ARE READING
Langit & Bumi
Teen Fiction"Bukan ke kita ni jauh berbeza, daripada darjat dan personaliti?" Soal Nia. "Maksud you, kita macam langit dan bumi?" Balas Ray. "Yea.." kata Nia pula. Ray tersenyum. "Langit dan Bumi itu saling memerlukan, tanpa langit bumi akan janggal berseoranga...