Nia menahan air matanya. Dia tak sangka Aiman sanggup buat dia macam tuh. Nasib Eliza memaut erat bahunya.
Air fresh orange yang dihidang Abu tak disentuhnya.
Nia kelu tadi apabila ibunya telefon. Dia tak tahu nak cakap apa dan nak terang macam mana. Mujur ibunya faham anaknya itu tengah serabut.
"Buatlah apa-apa yang terbaik, Nia.. Ibu akan setuju dan sentiasa sokong Nia.." kata ibunya. Puan Izzah.
Makin sayu hati Nia bila terngiangkan kata kata ibunya itu.
"Nia.." panggil Eliza perlahan.
Nia mengangkat mukanya. Memandang wajah pengurusnya itu.
"Aku dah call senior senior aku yang pernah handle kes kes macam ni.. Diorang kata better korang kawin.. Kalau tak.. Lagi teruk kau kena tuduh.. Ni media dah anggap kau kena tangkap khalwat.. Tapi dorang tak tahu pun cerita sebenar.. So kita masih ada peluang.. "terang Eliza panjang lebar.
" Peluang? "soal Nia pendek.
" Yes.. Peluang untuk memutar belitkan cerita.. Kita boleh cover"balas Eliza berfikiran positif.
Nia termenung sejenak. Memikirkan hal tersebut dengan teliti.
Kahwin? Kalau ikutkan hati siapa je taknak kawin kan? Dapat pulak dengan Ray Zakaria kan.. Oh ma godd..
Dia sudah berangan.
"So how?" kata Abu yang mematikan anganan Nia itu. Ray juga muncul.
"Kahwin is better right?" soal Eliza.
Abu melihat Ray.
"Yeah.. Exactly.." katanya.
Ray hanya diam. Begitu juga Nia.
"So Nia..kau ok?" soal Eliza.
Nia terkejut. Dia panik mencari jawapan yang tepat di dalam fikirannya.Lagi lagi bila Ray tenung dia macam nak tembus muka dia dibuatnya.
"Yaa... Aku ok je kalau Ray..." kata Nia tak bernoktah.Dia menundukkan kepalanya sedikit.
Mata Eliza dan Abu beralih ke arah Ray. Mahukan keputusan.
Ray menelan air liurnya.
***
"Aku terima nikahnya Nia Atirah Binti Abdul Razak dengan mas kahwinnya sebanyak seratus ringgit tunai" kata Ray yakin. Jenuh dia nak ingat nama penuh si Nia ni, nasib dia ni penyanyi so otak dia senang nak menghafal benda.
Setelah seminggu selepas menyembunyikan diri. Akhirnya perancangan untuk perkahwinan ini berjalan lancar.Perkahwinan ini dibuat secara kecil kecilan sahaja. Hanya pihak keluarga dan rakan seperjuangan dijemput hadir. Begitu juga pihak media.
Nia hanya tertunduk malu. Saat Tok Kadi mengatakan perkataan 'Sah' itu,Nia menghela nafas lega. Hanya Tuhan yang tahu betapa gugupnya dia. Macam dia pulak yang akad nikah.
Dia tertunduk malu bila dia nampak Ray menjelingnya. Hadirin yang hadir pada hari mulia itu gembira setelah akad nikah itu berjalan dengan lancar. Begitu juga keluarga daripada kedua belah pihak Ray dan Nia.
"Mak Datok.. Mahu pecah jantung aku ni oi" hati Nia menjerit bila Ray mendekatinya dan menggapai lembut tangan Nia itu. Cincin berlian 14 karat itu disarungkan ke jari manis Nia. Penuh kamera media memenuhi ruang itu untuk mendapatkan liputan dan gambar pasangan baru itu.
"Mak Datok.. Lembut benar tangan dia.." hati Ray pula menjerit kali ni. Ibu Ray dan Nia sudah menitis air mata. Cuba menerima realiti yang indah itu.
"Nia Atirah.." panggil Ray perlahan.
Nia mengangkat mukanya perlahan. Merah padam pipinya. Dia sedar yang perkahwinan ini bukanlah berdiri di atas dasar cinta namun kehangatan itu ternyata sama. Adakah ini cinta?
"May I?" soal Ray perlahan.
Nia tersenyum malu lalu mengangguk perlahan.
Pihak media menjadi lebih sibuk dan havoc bila dahi Nia itu dikucup lembut Ray.
Oh my goddd!!!
Niat menjerit dalam hati.Dia merasakan denyutan eletrik yang kuat bila kucupan itu menjamah dahinya itu.
***
"Ray....ray...!!"panggil seorang wartawan yang sedang mengejar pasangan pengantin baru yang sedang bersanding itu.
Daripada muka Ray yang tenang itu diubahnya menjadi ceria sedikit untuk mengaburi mata pihak media.
" Boleh tak interview kejap untuk tv33? "soal wartawan itu.
" Sure.. "Kata Ray tenang.
" So seperti yang satu Malaysia tahu, Ray dan Nia ni adalah pengantin of the year la kan untuk tahun ni, so apa perasaan Ray sekarang? "soal wartawan itu lalu tersenyum. Sejuk mata wartawan lihat pasangan yang bagai pinang dibelah dua itu
" Hmm.. Of course saya happy sebab dah kahwin kan.. Ini semua takdir daripada Tuhan.. So saya amat amat bersyukur dan tak lupa juga kepada fans saya yang mendoakan" jawab Ray. Ringkas dan padat.
Nia hanya tersenyum di hadapan kamera itu disamping Ray.
"Tapi lah Ray kan.. Betul ke ada yang khabar angin yang mengatakan korang berdua ni kahwin sebab ditangkap khalwat..so sejauh manakah kesahihan khabar angin itu.?"soal wartawan itu lagi. Betul betul mahukan kebenaran.
Ray tersenyum.
" Sebenarnya gambar yang viral itu memang gambar saya dan Nia sebab masa itu ada beberapa meeting dengan pegawai jabatan agama pada masa itu "terang Ray tenang. Walhal jantungnya itu berdegup kencang cuba mengawal nervous.
"Meeting pukul 11 malam?" soal wartawan itu cuba memerangkap Ray.
"Ouhh.. Itu sebab kami rapat dengan pegawai tersebut dan kebetulan pagi tu dia cuti di luar negara dan baru balik ke Malaysia dalam pukul 9 malam dan dia kata dia sanggup untuk meeting walaupun lambat mengenangkan hubungan kami yang sangat rapat"terang Ray lagi.Berpeluh juga dahinya memikirkan jawapan.
Wartawan mengangguk faham. Pandai si Ray ni cover.
"Baiklah.. So soalan terakhir lah ye Ray.. Apa plan lepasni.. Ada album baru ke macam mana?" soal wartawan itu bersahaja.
Ray ligat berfikir mencari jawapan.
"Setakat ni.. Takde lagi plan untuk muzik and maybe stop kejap untuk pergi honeymoon.." kata Ray sambil menarik lembut pinggang Nia ke dakapannya.
Nia agak terkejut namun bisa mengawal riak wajahnya.
"Kan sayang?" sambung Ray.
Nia memandang mata Ray lalu tergelak kecil dan begitu juga Ray.
YOU ARE READING
Langit & Bumi
Teen Fiction"Bukan ke kita ni jauh berbeza, daripada darjat dan personaliti?" Soal Nia. "Maksud you, kita macam langit dan bumi?" Balas Ray. "Yea.." kata Nia pula. Ray tersenyum. "Langit dan Bumi itu saling memerlukan, tanpa langit bumi akan janggal berseoranga...