"DENGAN ini diisytiharkan bahawa tarikh berpuasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada..."
"Yeah! Esok puasa!"
Jeritan daripada Andri itu menyentakkan semua yang berada di ruang tamu itu.
"Kau kenapa? Diam tak boleh ke? Mengganggu ketenteraman orang tahu tak." Andi membebel geram. Bantal kecil di sebelahnya diambil lalu dibaling ke arah Andri.
"Eleh, tu pun marah," omel Andri perlahan. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa.
"Ingat comellah merajuk? Tak ada siapa nak pujuk pun." Adam yang duduk di atas karpet berbulu itu mencelah.
"Kau diam!"
"Kalau aku tak nak?" soal Adam sengaja ingin menduga. Bibirnya tersenyum sinis.
"I kill you bro." Sejurus itu Andri bangun daripada sofa.
"Woah, woah, releks bro. Cool. Chill. Peace!" ujar Adam sambil tersengih. Kedua tangannya diangkat separas bahu.
"Tahu takut," ejek Andri selamba. Dia kembali ke tempat asalnya. Bantal empat segi di sebelahnya dicapai, lalu dipeluk erat.
"Andri, jangan lupa perjanjian kita." Nasya yang sedang meriba Elfian itu bersuara.
Mata Andri yang baru terpejam itu celik semula. "Okay. Demi Lambo, I takkan lupa. Dan I sahut," ujarnya penuh yakin.
"Wooo..." Andi dan Nasya sama-sama menganjing.
"Eh, aku seriuslah. Korang jangan menyesal pulak nanti," ujar Andri.
"Okay. Tak sabar rasanya." Nasya tersenyum jahat.
Adam dan Clark saling berpandangan. The frog? Apa kejadahnya semua ini?
"Korang bincang apa ni?" soal Clark.
"Sebulan, saya cabar Andri puasa penuh. Kalau dia berjaya, saya belikan dia sebuah kereta," ujar Nasya, menjawab soalan yang diajukan oleh Clark.
Adam dan Clark mengangguk kepala mereka. Namun beberapa saat kemudian, keduanya ketawa serentak.
"Apahal korang ketawa?" soal Andri tidak puas hati.
"Hahaha! Kau? Puasa penuh? Nenek aku dalam kubur pun boleh bangun semula kalau kau berjaya," ujar Clark selamba.
Mengecil mata Andri memandang ke arah Clark. Ada juga yang kena banting dengannya.
"Woah, aku tak percaya. Aku tak percaya bro. You can't do it." Giliran Adam mengejek.
Andi dan Nasya hanya mampu tersenyum.
"Urgh, malas aku layan korang. Buang masa!" bentak Andri. Dia terus bangun. Langkah diatur menuju ke arah tangga.
"Jangan lupa bangun sahur!" ujar Nasya separa jerit.
"Ya, I know that," balas Andri mendatar. Anak tangga didaki satu persatu naik ke tingkat atas.
Sebaik kelibat Andri hilang daripada pandangan, empat orang manusia yang berada di ruang tamu itu saling berbalas pandangan sebelum kesemuanya ketawa terbahak-bahak.
"Aku tak yakin dia boleh buat," ujar Adam.
"Kan? Kat France pun terhegeh nak puasa. Apalagi kat Malaysia yang panas macam ni." Giliran Clark bersuara.
"Jangan risau awak. Duit awak takkan melayang. No Lamborghini," ujar Nasya pula.
Andi tersenyum tipis. "I hope too."
YOU ARE READING
ANDI CEDRIC EDISI RAYA ©
Short Story[Cover by :: @SignorinaRoselle] Kisah Ramadhan dan Syawal bersama RED EVIL MAFIA.. Kepulangan mereka ke Malaysia kerana ingin menyambut Ramadhan dan Syawal di situ. Namun, pelbagai cabaran dilalui sepanjang tempoh sebulan mereka berpuasa di bumi Ma...