PART 4

27.9K 1.9K 326
                                    

Allahuakbar Allahuakbar...

"YEAH! Buka!"

Semua mata memandang Andri dengan pandangan tidak puas hati. Azan sedang berkumandang, lelaki itu boleh pula menjerit.

"Apa pandang-pandang?" soal Andri. Pelik apabila semua yang berada di meja makan itu memandangnya.

"Excited sangatkan? Baca doa," ujar Nasya.

Mereka yang lain terus menadah tangan masing-masing. Kecuali Andri. Dan Clark. Memandangkan Clark bukanlah Muslim.

"Hah, tunggu apa lagi? Bacalah cepat. Tadi excited nak buka," ujar Andi pula.

Andri mengeluh perlahan. Kedua tangannya diangkat. Doa apa nak baca ni? "Err, doa apa yang nak dibaca eah?" soalnya.

"Doa buka puasalah. Cepatlah! Tak baik melambatkan buka." Danny yang duduk di sebelah Clark mencelah.

Andri tersengih seperti kerang busuk. Dia menoleh ke sebelah. "Macam mana doanya?" bisiknya kepada Adam.

Adam merenung Andri. Bahunya dijongket tanda tidak tahu.

"Ehem! Lama lagi ke?"

Andri terus memandang ke wajah Nasya. "Hehe okay-okay. Jangan marah. Releks okay. I nak bacalah ni..."

Nasya memandang adik iparnya dengan tajam. "Dah dekat seminit Andri." Mendatar, tetapi kedengaran begitu menakutkan.

Andri menghela nafas perlahan. Dia berdehem kecil sebelum... "Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirrabil 'Alamin..."

"Woi!" Serentak mereka yang berada di meja makan itu menjerit.

Nasya sudah menepuk dahinya. Ya Allah, manusia apakah ini...

"Apa? Salah ke?" soal Andri dengan wajah tidak bersalahnya.

Malas mahu melayan, Nasya terus memandang ke arah Danny. "Danny, awaklah baca," arahnya.

Danny mengangguk kecil. Baru sahaja dia hendak memulakan bacaan, ada suara lain mencelah.

"Kenapa kau suruh dia? Kenapa tak suruh aku?" soal Andi. Terselit nada tidak puas hati di situ.

Nasya memandang suaminya. "Kalau Andri dah baca Al-Fatihah, saya takut awak baca Yassin kejap lagi. Daripada buang masa, baik saya suruh Danny," ujarnya mendatar. Wajah Danny dipandang semula. "Bacalah."

Danny tersenyum tipis. Doa berbuka bersama doa makan dibacanya dengan penuh tertib.

"Aamiin..." Kesemuanya mengucapkannya secara serentak.

Andri laju mencapai air soya cincau dan dituang ke dalam gelasnya. Diteguknya rakus air itu. Lega terasa apabila air tersebut mengalir melalui kerongkongnya.

"Awak nak air apa?" soal Nasya kepada suaminya.

Andi tidak menjawab. Dia mencapai sebiji kurma dan dimakan.

"Andi, saya tanya ni."

Tidak berkata apa, kerusi yang menjadi alas punggungnya ditolak ke belakang. Andi terus bangun dan melangkah keluar dari ruang makan itu.

"Kenapa tu?" soal Adam.

"Merajuk kot," ujar Andri.

"Merajuk kenapa?" soal Clark pula.

"Sebab you perlekehkan dia," balas Andri, merujuk kepada kakak iparnya itu.

Nasya tersentap. Salah diakah? Nafas dihela berat. "Korang makanlah. Saya naik sekejap," ujarnya mendatar. Nasya terus bangun dan melangkah keluar dari ruang makan itu.

ANDI CEDRIC EDISI RAYA ©Where stories live. Discover now