"MORNING Sya."
Nasya yang sedang mengemas dapur itu menoleh apabila mendengar sapaan itu. Bibirnya mengukir senyum tipis. "Hey. Morning," balasnya lembut.
Andri terus menarik sebuah kerusi di ruang dapur itu. Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang diperbuat daripada kayu jati itu. "Mana yang lain?" soalnya sambil menopang wajah menggunakan tapak tangan.
"Tak tahu. Kat luar kot. Tadi Danny ada datang," balas Nasya tanpa memandang ke arah adik iparnya itu.
Andri mengangguk kecil. Tudung saji di atas meja diangkat. "Sya, tak ada breakfast ke?" soalnya selamba.
Nasya yang sedang mengelap kabinet dapur itu tercengang buat seketika. Perlahan-lahan tubuhnya berpaling. "Seriously Andri?"
Andri mengerutkan dahinya. "What? Salah ke soalan I?"
Nasya terus menepuk dahinya. Kain yang digunakan untuk mengelap kabinet dapur itu terus dibaling ke arah Andri.
"Woah, woah, apa ni?"
"Awak lupa ke?" soal Nasya dengan oktaf suara yang sedikit meninggi.
"Lupa apa?" soal Andri. Kepalanya digaru dengan jari.
Nasya menepuk dahinya dengan tapak tangan. "Andri, wanna know something?"
"What?" soal Andri sepatah.
Nasya menarik nafas dalam, sebelum dihela perlahan. Wajah adik iparnya dipandang. "Awak lupa ke hari ni hari apa?"
Sekali lagi Andri mengerutkan dahinya. "Apa bodoh sangat you ni? Hari ni Isninlah. I tak gila lagi sampai tak kenal hari," balasnya mendatar.
Nasya mengurut pelipisnya. "Andri..."
"Ya. Cakap jelah. Tak payah buat suspen macam ni," omel Andri. Dia mula bangun daripada kerusi, dan melangkah ke arah peti sejuk. Pintu peti sejuk dibuka, lalu tangannya laju mencapai sebotol jus oren. Penutup botol dibuka.
"Andri! Hari ni kan puasa!"
Andri terus tersentak apabila mendengar kata-kata kakak iparnya itu. Matanya terkebil-kebil. "Apa you cakap?"
"Hari ni puasa, Andri! Puasa! Awak lupa ke?" soal Nasya berang. Kakinya laju melangkah ke arah Andri, lalu botol jus oren di tangan lelaki itu diambil sebelum disimpan semula ke dalam peti sejuk.
Andri masih tidak berganjak dari tempatnya. "Hari ni puasa? Habistu tadi aku..."
"Aku apa? Awak minum? Hah?" tebak Nasya. Wajah Andri direnung tajam.
Andri laju menggeleng kepalanya. "Mana ada. Ingat I bodoh sangat ke?"
Semakin tajam mata Nasya merenung adik iparnya itu. "Awak jangan macam-macam ya," ujarnya berbaur amaran.
Andri hanya berdiam diri. Bagaimana kalau... Ah, sudah. Dia bingung.
"Saya tahu awak main tipu, jangankan Lambo. Kereta mainan pun saya tak bagi," ujar Nasya lagi.
Andri tersenyum tawar. "Err, I keluar dulu. Ada kerja. Bye!" Sejurus itu Andri terus berlari keluar dari ruang dapur itu.
Nasya menggelengkan kepalanya. Macam-macam perangai. Nak diberi menang, dia minta kalah. Mampukah mahu membeli banglo untuknya nanti? Hahaha!
Kerjanya yang tergendala tadi disambung semula.
Sementara di ruang tamu...
"Bro..."
YOU ARE READING
ANDI CEDRIC EDISI RAYA ©
Short Story[Cover by :: @SignorinaRoselle] Kisah Ramadhan dan Syawal bersama RED EVIL MAFIA.. Kepulangan mereka ke Malaysia kerana ingin menyambut Ramadhan dan Syawal di situ. Namun, pelbagai cabaran dilalui sepanjang tempoh sebulan mereka berpuasa di bumi Ma...