[Bab 1]

20 3 8
                                    

Dia bingkas bangun. Wajahnya muram menerima berita yang disampaikan. Mereka sentiasa bersedia. Bersedia untuk mati. Mati di dalam peperangan.
Dia menghela nafas panjang. Bila peperangan ini akan tamat? Dia merindui suasana kedamaian.

Seutas kalung dihulurkan kepadanya. Dia tersentak. Kalung itu milik sahabatnya yang berjuang di dalam misi 'kamikaze '. Lambat-laun, dia juga akan menyertai mereka.

Keluarga? Dia tidak punya sesiapa lagi. Satu-satunya saudaranya juga sudah terkorban. Tiada siapa yang akan menanti kepulangannya lagi.
Dia menggenggam erat kalung itu.

"Kazuhiko.."

Dia berpaling.

" Kamu dah dapat berita tentang abang kamu?" Lelaki itu bertanya.

Dia mengangguk. Sedih, namun kesedihan itu tidak terpamer pada riak wajahnya.

"Itu yang dia hajati. Dia mahu berkorban untuk negara. Mati untuk negaranya."

Mati dengan mengorbankan diri? Wajarkah? Wajarkah nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa? Ayat itu hanya tersimpan dalam sanubari Kazuhiko. Kesalnya kerana menyertai angkatan udara itu tanpa berfikir panjang. Dia tidak boleh berundur lagi.

"Kazuhiko...kamu sudah bersedia?"

Dia mengangguk. Dia hanya menuruti arahan tanpa membantah.

"Kita perlu melakukan serangan udara seterusnya. Sasaran kita Tanah Melayu."

"Tanah Melayu?" Dahinya berkerut.

"Kamu tak perlu banyak tanya. Jalankan saja tugas kamu." Lelaki itu mendahului langkahnya dan berada di hadapan.

Kazuhiko terus menuruti langkah lelaki itu.Hatinya berbelah bahagi.

12 Disember 1941

Sebanyak 85 buah pesawat pengebom Jepun melancarkan serangan ke atas kawasan awam di Pulau Pinang. Kazuhoki,salah seorang pengebom yang melancarkan serangan itu.Dua butir bom dijatuhkan dari pesawat yang dibawanya. Letupan bergena. Mayat-mayat bergelimpangan di atas tanah. Mereka adalah mangsa-mangsa peperangan yang tidak berdosa.

Dia dapat menggambarkan tangisan ahli keluarga yang menjadi korban serangan udara itu. Pesawatnya meninggalkan kawasan itu. Serangan itu telah mengorbankan lebih 800 kematian manakala lebih 1,500 lain cedera.

Buat kali pertama, pesawat pejuang jenis Brewster Buffalo dari dua buah skuadron Tentera Udara Diraja  New Zealand bertempur dengan pesawat jenis Mitsubishi Zero Jepun. Pesawat Mitsubishi Zero mudah mengalahkan pesawat Brewster Buffalo.

Mereka telah selamat mendarat. Dia menanggalkan helmet. Wajahnya murung. Dia turun dari pesawatnya. Seorang rakan yang juga seorang juruterbang menghampiri. Bahunya ditepuk dan dipeluk.

"Kazuhiko,kau memang juruterbang yang handal."

Dia sekadar melirik senyuman nipis. Tidak berbangga dengan pujian sahabatnya itu.

"Aku ingin berehat.Aku minta diri dulu."

Dia menolak tangan dia atas bahunya. Langkahnya terus diatur. Dia mengambil peluang untuk bersendirian. Matanta terarah pada langit nan merah. Ya, dia suka terbang di udara,tetapi bukan terbang untuk 'membunuh'. Matanya berkaca. Dia tidak tahu kenapa hatinya berasa pilu ketika ini.

"Aku juga salah seorang pembunuh mereka yang tidak berdosa dan tidak tahu apa-apa" hati Kazuhiko berbisik.

Bilakah peperangan ini akan berakhir?

Jepun sudah mara ke Tanah Mealyu. pangkalan udara di Gong Kedak dan Machang telah ditawan. Malah,tentera Jepun turut menempatkan pesawat-pesawat mereka disitu. itu berita yang disampaikan oleh radio.

Suhani memandang ayahnya. Dia bimbangkan keselamatan abangnya yang menyertai Angkatan Tentera Melayu.

"Abah..."

"Suha..sekiranya abang kamu terkorban, dia berkorban untuk negaranya. Jihad namanya itu."

Suhani mengetap bibir. Abahnya seorang lelaki yang tabah. Abahnya telah banyak berkorban dalam membesarkan mereka dua beradik setelah ibunya meninggal dunia dalam usia mereka yang masih mentah.

"Suha tak mahu abang mati.Suha sayangkan abang.Cukuplah hanya ibu yang pergi tinggalkan Suha.Suha tak mahu kejadian sedih itu berlaku sekali lagi."

Suhani tidak mahu kehilangan insan yang disayangi. Mengapa peperangan ini tercetus? Peperangan yang mengorbankan banyak nyawa disebabkan sikap manusia yang gila kuasa.

"Abah faham perasaan Suha. Abah pun sayangkan abang kamu. Tapi kamu kena ingat. Abang kamu berjuang demi tanah air kita. Perjuangan abang kamu bukan perjuangan yang sia-sia." Pak Safi mengingatkan anak perempuannya itu.

Sebagai seorang ayah, dia berbangga dengan perjuangan anak lelakinya.

"Suha faham."

"Suha..kamu jaga diri kamu baik-baik jika berlaku apa-apa pada abah nanti."

Hati Suhani mula berasa sebak mendengar kata-kata abahnya itu. Tubir matanya bertakung. Dia tidak suka abahnya berkata sedemikian.
Bunyi letupan di luar mengejutkan dan menghentikan perbualan dua beranak itu. Pak Safi segera menarik anaknya itu. Situasi mula bertukar menjadi cemas. Suasana riuh-rendah di luar membuatkan Pak Safi dan Suhani saling berpandangan.

14 Disember 1941

Tentera Jepun memasuku Alor Setar daru arah utara seterusnya menawan Pangkalan Udara Alor Setar tanpa apa-apa kerosakan pada landasan dan kemudahan.
Kemudian mereka memindahkan pesawat dari Songkhla dan Pattani ke Alor Setar. Satu skuadron pesawat pengebim Jepun menggunakan minyak dan bom yang ditinggalkan tentera British meninggalkan Pangkalan Alor Setar untuk menyerang askar-askar yang berundur.

Pihak British turut meninggalkan Pangkalan Udara Butterworth selepas seminggu mengharungi pengeboman oleh pesawat Jepun. Sekumpulan pesawat pengebom junam ( dive bomber ) yang disertai Kazuhiko menyerang pesawat Brewstee Buffalo RAAF berjaya menembak jatuh salah sebuah pesawat Buffalo itu.

Tomuyuki  Yamashita memindahkan ibu pejabatnya ke Alor Setar. Malam itu, dia dan pegawau kanannya meraikan kemenangan mereka di mes pegawai Pangkalan Udara Alor Setar.
Kazuhiko berdiri tegak memandang tawanan askar Melayu yang dibawa rakan seperjuangannya. Ada diantara mereka yang mengalami kecederaan parah. Dia tersentak apabila salah seorang askar mereka menembak mati askar Melatu yang cedera parah itu. Dia berpaling. Tidak sanggup melihat adegan seterusanya di depan mata.

"Kazuhiko."

"Mereka tidak patut dibunuh"

Dia menyuarakan pendapatnya.Sahabatnya melihat adegan yang ditonton Kazuhiko.

"Mungkin lebih baik mereka mati daripada terseksa seperti itu.Kalau aku sendiri,aku lebih memilih untuk mati dari terus menanggung seksaan seperti itu.Sekurangnya aku telah berkorban untuk negaraku." Sahabatnya membalas.

"Ya,mungkin."

⌐Kisah Hati¬Where stories live. Discover now