Tanah Melayu, 1994
Gadis berambut ikal mayang itu tersentak apabila selendang yang melitupi rambutnya melayang-layang ditiup angin. Selendang itu berterbangan menyapa wajah seorang lelaki yang sedang melangkah dari arah bertentangan.
Tangannya menarik selendang di mukanya. Harum. Bau yang ditangkap deria hidungnya. Matanya terpaku pada susuk tubuh yang sedang berdiri tegak di tengah jalan. Mata mereka saling bertatapan.Cantik. Hanya perkataan itu yang terluah dalam hatinya. Dia terpukau dengan kecantikan asli milik gadis Melayu itu. Gadis berkulit kuning langsat itu hanya merenungnya tanpa berkelip.
Langkahnya diatur. Gadis itu masih tidak berganjak. Lantas selendangitu dihulurkan. Dia melirik senyuman yang manis. Gadis itu memusingkan tubuh lalu beredar. Selendang di tangan lelaki itu ditinggalkan.Dia menghela nafas panjang. Gadis itu takut kepadanya? Kenapa? Dia ingin mengejar, tetapi niatnya dimatikan. Sekumpulan lelaki berpakaian seragam menghampirinya. Dia segera menyimpan selendang gadis yang telah membuat hatinya tidak senang itu kedalam kocek seluarnya. Tingkahnya menarik perhatian salah seorang daripada mereka.
"Suhani!"
Langkah dimatikan setelah mendengar namanya dipanggil. Dia berpaling.
"Hisham.."
"Kau tahu tak bahaya keluar bersendirian? Berani kau tak kena tempat. Kau tak nampak tentera Jepun berkeliaran?" Suara Hisham meninggi. Dia nampak begitu risaukan keselamatan gadis itu.
"Aku tahu jaga diri aku." Suhani memalingkan mukanya.
"Kau memang degillah,Suha. Keras kepala!" rengus Hisham.
Suhanu mencemik. Dia bukan seorang yang pengecut seperti Hisham. Hisham takut mati. Hisham takut mati berjuang untuk tanah air sendiri.
"Jangan sibuk urusan aku lagi"
"Suha...kau pun tahu, aku bimbangkan keselamatan abang kau. Bahaya jika keluar bersendirian semata-mata mahu menyampaikan maklumat kepada tentera Melayu."
Hishan begitu mengambil berat terhadapnya.Namun,dia tidak menagih keprihatinan daripada Hisham.
"Aku tak takut mati seperti kau." Suhani meneruskan langkahnya.
Hisham menghela nafas panjang.
"Suha!" Dia memekik,mengejar langkah deras Suhani.
Suhani tidak mengendahkan jeritan Hisham. Dia terus menapak hingga sampai ke halaman rumahnya. Suhani menanggalkan selipar lalu memijak anak tangga yang diperbuat daripada kayu masuk ke dalam rumahnya. Dia segera mengunci pintu. Jantungnya berdegup kencang. Wajah lelaki Jepun itu bermain-main di tubir matanya.
Pelik. Suhani seperti tidak dapat menangkis wajah itu dari bermain di dalam fikirannya.
"Suha..." Suara Pak Safi terbatuk-batuk di dalam bilik memanggil anak daranya.
Sejak kebelakangan ini, kesihatan abahnya agak merosot. Suhani bimbang sakit abahnya berlanjutan. Tanah kebun mereka juga sudah lama tidak dijenguk.
"Gadis melayu itu memang cantik. Aku tahu kawan aku ni dah terpikat padanya." tegur sahabatnya lalu melabuhkan punggung di sisi Kazuhiko.
Kazuhiko tidak menoleh. Mereka tiba di Tanah Melayu tiga hari yang lalu.
"Apa yang kau merepek ni?" soal Kazuhiko.
"Jangan berdalih dengan aku."
Sehelai selendang dilayangkan pada Kazuhiko. Mata Kazuhiko terbeliak melihat selendang putih bercorak bunga merah itu. Dia meraba-raba kocek seluarnya. Bagaimana selendang itu boleh ada dalam tangan kawannya yang busybody itu?
"Onishi!"
"Ha!Ha!Ha! Tepat sekali tekaan aku.Kau dah jatuh cintakan dekat perempuan tu?" tukasnya.Kazuhiko merampas semula selendang itu dari tangan rakannya. Matanya mencerlung garang. Mujur saja mereka hanya tinggal berdua di dalam markas itu.
"Kau tak usah bimbang.Aku akan simpan dan jaga rahsia kau." balas Onishi,tersengih.
"Hmmm!"
"Aku fikirkan lelaki sedingin kau ni takkan jatuh cinta. Rupanya aku silap. Bertuah gadis tu, tapi kau kena ingat situasi kita."
"Aku tahu."
"Kematian sentiasa mengejar kita. Kita tiada masa untuk mencari cinta disini."
Kazuhiko mengangkat muka. Onishi seperti mahu mengingatkan dia tentang tugas yang mereka galas.
"Aku tak mahu berserah pada nasib."
"Tapi,nasib kita dah ditentukan. Aku rela berkorban perasaan kerana aku tak mahu orang yang aku sayang menangis,meratapi dan kesunyian atas kematian aku."
Kazuhiko menggeleng. Dia tidak bersetuju dengan kata-kata rakannya itu. Hidupnya tidak berserah kepada takdir semata-mata.
"Kita boleh mengubahnya. Asalkan ada kemahuan."
"Bolehkah kita mengubah takdir itu? Sedangkan takdir kita sudah ditentukan."
Kazuhiko menghela nafas kecil.
"Aku takkan biarkan cinta aku turut terkorban kerana takdir."
Masakan dia akan mengalah dengan takdir sebegitu mudah.
Onishi tersenyum.Pak Safi mengurut-urut dada. Pihak jepun telah menakluki Tanah Melayu sepenuhnya. Keadaan ekonomi yang teruk memaksa kehidupan rakyat bertambah sukar.
Suhani membuka tempat simpan beras. Hanya segenggam beras yang dapat dimasak untuk makan malam mereka berdua. Dia tidak kisah berlapar. Cukup sekadar beras itu dijadikan bubur untuk ayahnya.
Bekalan beras semakin sukar diperolehi Jepun sentiasa menyekat bekalan makanan masuk ke kampung mereka.
" Suha..."
"Ya ,Abah"
"Pak Samad minta kamu ke rumahnya. Ada beras untuk kita." ujar Pak Safi
Pak Samad sentiasa menghantar bekalan beras buat mereka. Itupun secara rahsia.
Wajah Suhani bertukar ceria.
" Beras kita pun dah habis. Lagipun, Suha hanya dapat hantar bekalan ubi kayu dengan ikan masin untuk abang."
Suhani mengenakan selendang di kepalanya.
"Hati-hati Suha." pesan Pak Safi.
"Latifah akan temankan Suha." balas Suhani sambil tersenyum sebelum berlalu pergi ke rumah Pak Samad.
YOU ARE READING
⌐Kisah Hati¬
RomansaCinta itu hadir dalam hati seorang lelaki berbangsa Jepun yang bernama Kazuhiko terhadap seorang gadis berbangsa Melayu bernama Suhani.Kazuhiko seorang juruterbang atau lebih dikenali sebagai pilot Jepun yang bencikan peperangan.Peperangan hanya mem...