Prologue

88 9 2
                                    

"Hwira,bila kau nak bertindak ini?"bahu si rakan ditepuk beberapa kali.

"Diamlah kau.Aku nervous lah!Yang nak baginya aku bukan kau."baju sejuk lelaki itu pinjamkan semasa date pertama mereka yang berada dalam beg kertas di tangan diperhati beberapa kali.

"Aku bukan apalah,tapi kau sudah berdiri dekat sini masuk setengah jam kau tahu?"

"Yang nervous nya kau,bukan aku.Habis aku kena berlenguh sama."

"Haera,aku tak bolehlah."air mata sudah mula menitis.

Walaupun si jejaka sudah bergelar miliknya,gelaran tersebut masih baru.

"Hoi,siapa suruh kau menangis?Aku suruh kau pulangkan benda alah ini dekat manusia kesayangan kau bukannya buat drama swasta tengah-tengah jalan dengan aku."si gadis memberi semangat kepada si rakan walaupun hatinya remuk berkecai.

Padanya biarlah hatinya remuk,bukan kali pertama tapi sudah  lebih daripada sekali.

"Okay,aku akan buat yang terbaik.Doakan aku!"air mata dikesat.Teman lelaki di seberang jalan dipandang penuh fokus.

Perlahan-lahan kaki melangkah melintas jalan raya.

"Kalau aku tak bagi sekarang,bila lagi bukan?"lintas hatinya.

"Taehyung!"si jejaka pun menoleh namun bukan riak gembira dipamerkan.

"Hwira,jaga-jaga!"

Sebuah lori yang hilang kawalan tidak semena-mena muncul.

Langkah seribu diatur untuk menyelamatkan Ji Hwira.

Si gadis dan si jejaka kedua-duanya bertindak.

Si gadis Haera dengan pantas menolak rakannya Hwira ke seberang jalan mengorbankan dirinya.

Namun si jejaka Taehyung tidak sempat untuk menyelamatkan sesiapa sama ada si Hwira,si Haera mahupun dirinya.

Siapa sangka tindakan Ji Haera yang tidak mengubah takdirnya ditentang oleh takdir itu sendiri?

Jasad dirinya dan juga teman lelaki rakannya bermandi darah di tengah-tengah jalan raya.

Shin Hwira tidak mampu lagi berbuat apa selain terduduk meratapi hidangan takdir khas untuk dirinya dan juga rakannya yang tidak mahu bertindak mengubah takdir.

Kesalahannya kecil,tidak bertindak.

Namun kesalahan kecilnya sejurus mengubah jalan cerita kehidupan semua orang secara keseluruhan.

you™ | kth Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang