Sebulan kemudian
Aliya menekan butang lift ke tingkat paling atas
Dia menunggu lift itu bergerak ke tingkat paling atas dengan penuh sabar
Ting!
Terus dia keluar daripada lift dan bergerak ke mejanya. Keadaan masih sunyi memandangkan dia datang awal ke kerja hari ini. Dia meletak beg tangannya lalu dia pergi ke pentry.
Dibuka Tupperware yang dibawa dan disusun sandwich dibuatnya sendiri ke dalam pinggan
Kemudian dia membancuh satu cawan kopi.
Diletakkan semua di atas dulang dan dia menatang dulang itu ke bilik chairman neds holdings
Aliya mengetuk pintu lalu terus masuk.
Bilik itu sunyi dan gelap.
Aliya meletakkan dulang itu di atas meja.
Kemudian dia bergerak ke arah langsir dan membuka langsir itu.Cahaya matahari yang baru hendak naik itu mula menerangkan biliknya gelap itu
"ed" panggil aliya
Kerusi yang menghadap belakang itu mula memusing perlahan ke hadapan.
Eddlyn yang sedang memakai headphone mencabut headphonenya
"awal datang.. "ujar eddlyn sambil mengambil air kopi dibuat aliya
"aku tengok last seen kau pukul 5 tadi.. So aku agak kau dekat ofis..tu yang aku datang awal"kata aliya sambil menolak pinggan berisi sandwich ke eddlyn
"apa kaitan last seen aku? "
"kalau kau dekat rumah.. Last seen kau mesti dalam pukul 8 iaitu waktu masuk ofis. Kau kalau balik terus tidur.. Telefon campak entah mana.. Tapi kalau kau dekat ofis.. Kau mesti tengok telefon memanjang" terang aliya
Eddlyn mengangguk kagum dengan keterangan aliya
Bagus, dia sangat faham aku macam mana!
"thats my personal assistant !"puji eddlyn
"and your best friend"tambah aliya
Eddlyn menunjuk tanda bagus dengan jarinya
"tapi.. Apahal kau tak balik rumah??"
"tu.. "ujar eddlyn sambil mengambil sepotong sandwich. Disumbat ke dalam mulutnya.
Erm sedap!
Aliya memandang kearah yang ditunjukkan oleh eddlyn. Sebuah fail di sebelah kirinya
Aliya mengambil fail tersebut dan membuka nya
Matanya membesar.
"ni projek untuk bulan depan..kau dah siapkan full report ke? "ujar aliya terkejut
"yeah.. "kata eddlyn dengan mulut yang penuh
Aliya menyelak fail itu dengan tidak percaya. Untuk siapkan full report untuk satu projek boleh mengambil berminggu.
Yelah, nak kena discuss itu ini. Deal itu ini. Tak pikir tiba2 tukar plan last minute. Mak ai!
Memang patutlah neds holding company terbesar di malaysia. Kau tengoklah chairman dia saja!
"you do this alone in one night? "
"not one night.. It takes a week but yeah me alone "
"patutlah takde life! "
"what did you say??! "eddlyn yang sedang minum air kopi terhenti
"i said you had no life! Omg ed...dont push yourself buddy! "risau pula aliya dengan eddlyn ni.

YOU ARE READING
I Choose You!!
RomanceEddlyn nasha, seorang wanita yang punyai segalanya. RUPA, HARTA, KEPANDAIAN, AURA. Tapi tiada seorang lelaki pun berjaya menawan hatinya. Malahan eddlyn nasha terdesak hendak mendirikan rumah tangga tanpa cinta. Nanti dulu, TANPA CINTA??!? Bak kat...