Kring!!!!
Adrian menekan butang jam loceng tersebut dan ia terpadam.
Adrian mengeliatkan badannya. Jam baru sahaja pukul 5 pagi tetapi dia sudah bangun untuk bersiap
Masa untuk mulakan rutin hariannya!
Adrian masuk ke bilik air dan mandi. Kemudian dia memakai seluar trek dan baju sukan
Dia turun ke bawah rumah. Rumahnya masih gelap menandakan semua orang masih belum bangun.
Adrian menyarung kasut sukannya. Dia memanaskan badannya dan mula berlari anak dari kawasan perumahannya.
Adrian akan jogging setiap pagi dan terus menuju ke surau yang tidak jauh dari rumahnya.
Disebabkan dia memang terbiasa jogging di overseas dulu, dia terbawa bawa rutin itu ke malaysia. Lagipun ini sahaja peluang untuk dia menjaga badannya. Hari2 dah sibuk bekerja.
Dia akan jogging mengelilingi tamannya beberapa kali sehinggalah masuk waktu subuh
Allahuakhbar!!!
Azan sudah berkumandang dan adrian terus menukarkan destinasinya ke surau
"assalammualikum ad!!"tegur pak imam apabila melihat adrian yang sedang membuka kasut sukannya.
"waalaikummusalam tok! " adrian berjabat tangan dengan pak imam.
"baguslah kamu ni ad, hari2 ke masjid untuk solat subuh. "puji pak imam.
Bukan dia tak perasan sejak beberapa bulan lepas, ada seorang sahaja anak muda yang rajin ke masjid di waktu subuh.
"ini je masa saya nak ke masjid tok, kejap lagi saya masuk kerja dah tak sempat! Balik dah malam"ujar adrian seronok bersembang dengan pak imam
"itulah.. Sekarang ni macam2. Haa eloklah, kalau kamu jadi imam hari ini.."
"eh saya?" aku jadi imam?
"yelah.. Apa salahnya. Dua rakaat sahaja"pak imam menepuk bahu adrian
Adrian tersengih.
"boleh lah tok..saya cuba"
"haa macam ni lah anak muda sekarang! Bagus2"
Imam pun imam lah!!
Maka , adrian menjadi imam pada hari itu.
Selepas itu adrian akan pulang ke rumah dan mandi sekali lagi dan bersiap siap untuk ke kerja.
"ad!! Mari makan.."panggil puan sri roziah.
"yee ibu!!" adrian turun sambil membetulkan tali lehernya
Kelihatan tan sri rashid sudah berada di meja dengan surat khabarnya
Adrian mengambil tempat di hadapan puan sri roziah.
"ad, jangan lupa.. Nanti ada blind date dengan anak auntie yani..anak dia tu baru balik overseas.. Freshly graduate.."bebel puan sri roziah sambil menuang kopi untuk anak dan suaminya
Adrian hanya diam sambil mendengar bebelan ibunya. Sudah acap kali dia mendengar pelbagai nama.
Dah naik muak. Haih, lantak lah.. Asalkan ibu bahagia!
"meow!!" adrian memandang bawah meja. Kelihatan kucingnya sedang menggesel geselkan badannya di kaki adrian
"awh,baby.."
"no playing with baby .. You are going to be late for your work.."terus tangan adrian terhenti
"sorry baby, i will play with u later.."bisik adrian
"meow~~"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selepas sarapan adrian terus bergerak ke ofisnya.
Setiap pagi dia akan disapa dulu oleh
"woi adrian!" ujar haikal
"yo haikal.."adrian dan haikal bergerak ke lift sama2
Kemudian apabila dia sudah sampai di meja, dia akan disapa oleh
"assalammualaikum dan selamat pagi mr adrian!"ujar aliya ceria
"waalaikummusalam dan selamat pagi juga cik aliya.."balas adrian
"ehh mr adrian je? Saya takde good morning ke cik aliya?"usik haikal
"eleh, mr haikal buat apa.."
"ehh cik aliya ni"
"hahahahaha"
Yup,pagi2 dah ceria dengan gelak ketawa.
Di tingkat adrian bekerja ini , tidak ramai staff yang berada.Kerna ini tingkat yang mengandungi staff staff tertinggi
Haikal juga merupakan salah seorang staff yang menjawat jawatan yang tinggi tapi perangainya membuatkan dia seperti orang biasa
Adrian seorang sahaja merupakan pekerja biasa a.k.a general manager tak offical di situ.
Tak tahu kenapa dia ditempatkan disitu tapi mungkin untuk senang cik aliya nak pantau kut.
Lagipun tingkat ini hanya 3 tingkat beza dari bilik chairman Neds holding.
"miss eddlyn!!!" ujar seseorang
Haa baru sebut pasal chairman dah muncul dah pun chairman kita.
Adrian hanya memandang dari jauh miss eddlyn yang seperti biasa dengan penampilan luar biasanya
Hoodie,seluar trek and tudung sarung. Tak lupa juga spek matanya!
Macam tak percaya dia pergi meeting di luar, jumpa klient luar negara or what semuanya dengan penampilan itu.
Memang hebat.
Macam biasalah miss eddlyn akan buat rondaan terhadap pekerjanya
Dia mesti tengok prestasi pekerjanya. Tak macam boss lain. Dia memang lain dari lain
"what are you daydreaming mr adrian?"tegur miss eddlyn tiba2
"erkk!!!"
Muka miss eddlyn betul2 dihadapan muka adrian
Cepat2 adrian kebelakang. Mukanya menjadi merah sedikit. Jantung dah buat hal.
"ehh.. Ehh.. Er miss.. Miss eddlyn." datang dah penyakit gagap!
"do your work. I dont like people who is wasting their time.."ujar miss eddlyn lalu berlalu pergi
Adrian masih terkejut dengan kehadiran eddlyn yang mengejut.
Bukan tadi dia ada dekat sebelah sana ke? Macam mana boleh ada depan mata aku??
Sudahlah macam2 berlaku . Adrian masih belum boleh melupakan segala peristiwa yang berlaku dengan miss eddlyn
Dia macam melekat dalam otak. Tapi eddlyn hanya buat tak tahu je. Seperti tiada apa2 yang berlaku.
Adrian pula dok pening memikir. Adoi!!
"haa tu lah kau boleh berangan kat situ. Kan dah kena tegur dengan miss eddlyn.."ujar haikal sambil memandang adrian yang cuba menenangkan diri
Adrian hanya menjeling
Yup,itulah rutin harian adrian. Harinya sentiasa biasa tapi rosak selepas bertemu dengan miss eddlyn
Miss eddlyn seperti ada kuasa yang boleh buat adrian dari ok ke tak ok.
Tapi adakah miss eddlyn rasa macam tu juga?
"achuuuu!"eddlyn bersin.
"iee nah tisu!"ujar aliya sambil menghulurkan tisu
"terima kasih.."eddlyn mengelap hidungnya
Siapa lah dok mengumpat pasal aku ni?

YOU ARE READING
I Choose You!!
Roman d'amourEddlyn nasha, seorang wanita yang punyai segalanya. RUPA, HARTA, KEPANDAIAN, AURA. Tapi tiada seorang lelaki pun berjaya menawan hatinya. Malahan eddlyn nasha terdesak hendak mendirikan rumah tangga tanpa cinta. Nanti dulu, TANPA CINTA??!? Bak kat...