"hello,assalammualaikum. Ayah apa khabar? Sihat?" ujar aliya di dalam panggilan telefon
"waalaikummusalam..sihat,alhamdulillah. Anak ayah ni ada dekat mana?"tanya encik khairul
Sedang dia siap2 untuk ke dusun tiba2 telefonnya berdering
"aliya otw ke ofis ayah"
"eh tak merbahaya ke cakap telefon sambil drive?"
"hahahahaha, aliya ada driver lah ayah.."
"oh,ayah lupa lah. Kenapa telefon ayah ni?"
"saja tanya khabar ayah. Kenapa tak boleh ke?"
"eh boleh, asal jangan call ayah time ayah nak membuang sudah. "
"hahahahhahahaha iee ayah pengotor!!"
Encik khairul senang hati mendengar suara anak perempuannya.
Sejak kematian isterinya 3 tahun yang lepas, keadaan keluarganya agak suram. Tetapi dia bersyukur bahawa anak2nya sudah kembali ceria seperti dahulu.
Mati itu pasti. Kita yang hidup ni perlulah meneruskan kehidupan.
"aliya taknak balik ke?"
"aliya sibuk sikit lah ayah. Projek baru tengah masuk. Tapi aliya janji dalam hujung minggu aliya balik eh"
Encik khairul tersenyum. Sibuk macam mana sekalipun. Anaknya tidak akan lupa datang menjenguk.
"ajak nasha sekali.. Ayah pun rindu dengan dia"
"ok ayah. Nanti aliya bagitahu dia. Oklah ayah, aliya dah sampai ofis. Aliya pergi dulu,assalammualaikum"
"haa yelah,elok2 waalaikummusalam"
Panggilan ditamatkan.
Nasha.
Encik khairul tersenyum tawar saat memikirkan tentang nama anaknya lagi satu
Ayah tahu nasha kuat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"kita akan balik rumah ayah sabtu ini"
"tapi kita kan baru balik 2 minggu lepas"
"ayah suruh balik. Jadi kita kena balik"ujar aliya sambil meletakkan fail di atas meja eddlyn
Eddlyn hanya memandang fail tersebut.
"aku taknak balik "
"aku tak terima sebarang bantahan"
Ceh!
"iee, lantak aku lah nak balik ke tak. aku taknak balik!!" bantah eddlyn dengan marahnya
"aku bagitahu ayah, yang kau akan ikut sama"ujar aliya tenang
Eddlyn mengetap gigi
"ahh! Lantak ah--"
"kau berani buat perangai, aku bagitahu ayah kau taknak balik."
Terus eddlyn senyap. Dia menggengam buku limanya
Aliya memandang eddlyn yang sedang menahan marah
Dia tahu eddlyn tidak akan sekali lukakan hati encik khairul meskipun dia tak suka.
"aku keluar dulu, apa2 panggil aku" ujar aliya terus berlalu pergi
Eddlyn hanya membiarkan aliya pergi tanpa berkata apa2
Eddlyn menarik kakinya rapat ke dada.kemudian dia memandang ke luar tingkap besarnya.
Eddlyn sengaja membuka tingkap agar dia dapat merasa segar udara.

YOU ARE READING
I Choose You!!
RomanceEddlyn nasha, seorang wanita yang punyai segalanya. RUPA, HARTA, KEPANDAIAN, AURA. Tapi tiada seorang lelaki pun berjaya menawan hatinya. Malahan eddlyn nasha terdesak hendak mendirikan rumah tangga tanpa cinta. Nanti dulu, TANPA CINTA??!? Bak kat...