Puan sri roziah menuang air kopi ke dalam cawan kemudian dia meletakkannya dia hadapan Tan sri rashid. Tan sri rashid yang sedang kusyuk membaca surat khabar sedar akan kehadiran isterinya terus melipat surat khabarnya dan mengambil air kopi yang dihidangkan oleh Puan sir roziah.
"abang.."panggil Puan sri roziah sambal mengambil tempat di sisi suaminya
"hmm"
"saya risau dengan ad.."
"risau kenapa pula?"
Puan sri roziah terdiam sekejap.. sungguh hatinya masih tidak tenang sejak kedatangan eddlyn ke rumahnya.
"saya risau ad dengan boss dia tu"
Terus Tan sri rashid memandang Puan sri roziah dengan dahi berkerut
"ed?? kenapa nak risau pasal diorang dua tu pula.. "
"ishh abang ni, macam mana kalau diorang ada hubungan?"
"lagi bagus, kalau itulah pasangan ad, abang sokong seratus peratus!!!"ujar Tansri rashid dengan bersemangat
PAP!
"aduhh sakitlah "tan sri rashid mengusap lengannya yang kena tampar dengan puan sri roziah
"beriya pula orang tua ni.. saya tanya betul-betul ni. saya risau lah kalau diorng tu ada apa2" boleh pula nak bersemangat. kita ni punya lah fikir siang malam pasal benda ni.
"lahh kenapa pula? salah ke si ad dengan ed?" kata Tansri rashid sambil menumpukan perhatian terus kepada isterinya. Nampaknya topik berkaitan anak tunggalnya dengan wanita koporat ini ternyata amat menarik perhatiannya.
"Ish memang lah tak salah, tapi saya tak berkenan lah dengan dia tu."
lagi berkerut dahi Tansri rashid. tak berkenan?
"awak ni biar betul, awak kenal tak siapa ed tu? she is the ceo of Neds holding and she is one hell of a woman. siapa je tak kenal dia? angiela awak tu pun kenal dia siap jadikan dia sebagai idola" bebel Tansri rashid
Puan sri roziah mencebik "abang kalau dia anak raja sekalipun tapi attitude takde, saya tetap tak suka"
"attitude? dia okay apa.."
"no! saya tak suka. Abang cakaplah apa pun, saya tetap tak berkenan. saya taknak ad dengan dia!"kata Puan sri roziah tegas lalu bangun meninggalkan suaminya yang masih kurang jelas dengan sikap isterinya
Tansri rashid memandang isterinya yang menghilang disebalik dapur. dah kenapa bini aku ni? pening kepala!!
"ayah.."
Terus Tansri rashid memandang ad yang baru sahaja pulang dari kerja. Muncul dah si tuan badan!
"awal ad balik"
"ad tadi pergi site, lepastu cik aliya suruh ad terus balik takyah masuk ofis"ujar Adrian sambil menyalam tangan ayahnya dan melabuhkan punggung di kerusi bertentangan Tansri rashid
"eh, mana ibu? tadi macam dengar suara ibu"
"ntah, ayah pun tak tahu" ujar tansri rashid sambal menyisip air kopi yang kian sejuk
Tansri rashid memerhati anak laki nya ini. Adrian anak soleh yang sentiasa mendengar kata ibu bapanya, menjaga ibadatnya dan tidak pernah melakukan maksiat. sesungguhnya dia sangat bersyukur di kurniakan anak sebaik Adrian.
Meskipun dia tidak pernah meluahkannya secara depan-depan, dia mahukan yang terbaik untuk anaknya.
"no! saya tak suka. Abang cakaplah apa pun, saya tetap tak berkenan. saya taknak ad dengan dia!"kata Puan sri roziah tegas
tiba- tiba Tansri rashid teringat kata-kata isterinya.
"ad.."
"ye ayah" ujar Adrian sambal mengambil secawan kopi untuk disisip
"kamu ada hubungan ke dengan ed?"
"uhuk,uhuk!!"tersedak Adrian saat dia menyisip air kopi dia tu. Ya allah peritnya tekakku
"eh ayah baru tanya , takkan dah tersedak"
"ayah lah, tanya soalan sebelum bagi salam" kata Adrian sambal mengambil tisu untuk mengelap mulutnya. apa punya soalan daa
"takdelah ayah tanya je. kamu ada hubungan ke dengan si ed tu?"
"kenapa ayah tanya?"
"ayah tanya sebab ayah rasa takkan lah kamu saja2 bawak balik dia hari tu kan"
Adrian terdiam. err.. sebernanya memang dia saja2 bawak balik sebab nak tutup mulut ibunya. sungguh dia penat dengan calon blind date ibunya
melihat Adrian yang senyap tidak menjawab, Tansri rashid yakin mereka berdua pasti ada sesuatu.
"ayah tak kisah kalau kamu taknak jawab. tapi ayah nak ad ingat, yang apa2 yang kamu nak buat mesti ada niat. jangan sia2 kan anak orang. dan ayah sokong sesiapa saja pilihan kamu"ujar Tansri rashid lalu bingkas bangun meninggalkan anaknya pula
Adrian yang terkebil-kebil mendengar kata-kata ayahnya tak mampu nak bersuara. dia mengeluh lalu tersandar di kerusi
aku dengan miss eddlyn ada hubungan ke?
hubungan?
sudah seminggu berlalu sejak kes luahan perasaan miss eddlyn dan luahan cik aliya...
Adrian sedaya upaya cuba hidup seperti biasa. cuba membuat kerja seperti biasa. TAPI TAK BOLEH!
bukan dia tak tahu miss eddlyn sekarang ni makin kerap berada di tingkat kerjanya. berlegar-legar seperti mengharapkan dia akan terserempak. stalker Berjaya lah katakan.
tapi tidak kurang juga Adrian, dia juga telah Berjaya menjadi ninja Malaysia sedia berhad. Asal nampak atau dengar nama miss eddlyn diseru terus dia buat-buat tak Nampak dan melarikan diri.
YA , DIA LARIKAN DIRI!
ya, ya cakaplah dia pengecut! hari tu sembang nak amik tanggungawab lah, buat dia jatuh cinta lah apa lah!!
AHHHH DUSTA ADRIAN, DUSTA!!!!
Adrian bukan saja-saja larikan diri, tapi dia masih belum..
bersedia.
KAU GILA KE NAK BUAT MISS EDDLYN JATUH CINTA? NAK NGORAT MACAM MANA?
mungkin dia patut reject je miss eddlyn..
tapi cik aliya cakap miss eddlyn get what she want!
haih
Adrian memandang siling
terbayang wajah miss eddlyn yang kadang-kadang merenung dirinya dari jauh di tepi dinding. ingat saya tak perasan ke miss eddlyn woi?
dah macam stalker. tak memang dah jadi stalker pun.
"nak kahwin tapi taknak cinta"
itulah prinsip yang dipegang oleh miss eddlyn berdasarkan apa yang diceritakan oleh cik aliya.
macam mana miss eddlyn boleh nak ada prinsip tu?
selalunya orang yang dah taknak bercinta ni, orang yang tersakiti ni..
miss eddlyn pernah broken ke?
jap siapa je yang berani nak broken kan miss eddlyn ?
Adrian termenung
"AHHH APA PIKIR PASAL DIA NI!!"kata Adrian serabut
lantaklah dia pernah tersakiti ke pernah menyakiti ke, yang penting sekarang ni dia yang tersempit!
nampaknya Adrian kena pergi berjumpa tuk guru dalam hal-hal ni!

YOU ARE READING
I Choose You!!
RomanceEddlyn nasha, seorang wanita yang punyai segalanya. RUPA, HARTA, KEPANDAIAN, AURA. Tapi tiada seorang lelaki pun berjaya menawan hatinya. Malahan eddlyn nasha terdesak hendak mendirikan rumah tangga tanpa cinta. Nanti dulu, TANPA CINTA??!? Bak kat...