Chapter 21

5 0 0
                                    

"Ya allah ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku , sahabat-sahabatku , saudara saudari islamku , dan juga aku."

"sesungguhnya aku hanyalah hambamu yang lemah. Berikanlah aku kekuatan dan lindungilah aku dari segala fitnah atau kecelakaan ya allah!"

"aku bersyukur terhadap segala nikmat yang engkau beri ya allah! Aku bersyukur!" menitik air mata adrian saat dia memanjatkan doa kepada yang ilahi.

Adrian sememangnya taat kepada agamanya. Setiap kali dia berdoa pasti air matanya akan menitik. Dia terlalu khusyuk berdoa.

Sesungguhnya ajaran tan sri rashid dan puan sri roziah sememangnya melekat di hatinya.

Mereka telah berjaya melahirkan seorang anak soleh.

" Amin.." adrian menyapu tapak tanganya ke muka.

Kring kring.

Adrian memandang telefonnya yang berada di tepi.

Eh,macam tepat je call masuk. Habis je baca doa terus call ye.

Hebat!

Adrian melipat sejadah dan mengangkat telefonnya.

"hello,assalammualaikum"adrian meletak sejadah di tempat yabg disediakan

"ye ibu, ad ada dekat ofis lagi"

Adrian memerhati dirinya di cermin. Tengok sekiranya ada sesuatu di dirinya. Apabila terasa puas dengan diri sendiri, dia mula bergerak ke pintu

"ad solat maghrib dulu ibu.. Adrian nak balik lah ni." adrian memakai kasutnya.

Telefon dikepitkan diantara telinga dan bahunya

Tangannya pantas memasukkan kasut ke kakinya

"ye ibu, ad balik cepat. Sekarang ni ad nak gerak ke kereta lah ni."

"cepat balik! Kejap lagi anak auntie rida dah nak sampai"bising puan sri roziah di corong telefon

"ye ibu. Oklah ad nak gerak ni. Assalamualaikum"terus adrian mematikan panggilan

Kalau lagi lama, tak kemana lah dia!

Adrian menggaru kepala. Kenapalah ibunya ni sibuk2 nak cari pasangan. Sejak dia balik dari overseas, ada sahaja calon ibunya ini.

Kalau yang berjenis takpe juga. Ini semua hancur!

Dah malas adrian nak listkan kenapa mereka semua direject. Adrian ni bukannya nak jual mahal ke apa. Dia tak rasa pun dirinya terlalu hebat sampai boleh menolak ramai wanita

Cuma, bagilah yang menutup aurat sepenuhnya. Tak warna kuku , solat terjaga.

Cukuplah!

Dia takkan complain kalau dia dapat yang macam tu! Tapi semua yang datang jumpa dia. Allah!

Adrian mampu mengucap jelah.

Ibu ni, bagi jelah ad cari sendiri calon!!

Tapi mana nak jumpa? Adrian mana pernah bercinta, hubungan dengan wanita pun x pernah ada kecuali kawan.

Itu jelah. Dia memang tak suka sangat bergaul dengan kaum wanita melainkan urusan penting. Yelah, dia pun nak menjaga batas.

Bukan sebab dia gay eh!

Berapa ramai claim dia sejenis dengan kaum itu sebab dia tak minat sangat berkawan dengan wanita?

Adui!!

Sungguhnya adrian amat malas hendak berjumpa calon ibunya ini!

Dia tahu,ibunya buat bergitu pun sebab dia tiada pasangan walaupun umurnya sudah 26 tahun.

Haihh..

Iee kalau lah seorang perempuan yang boleh ikut aku balik! Kompom ibu tak cari calon dah!!

Adrian membuka pintu surau. Dia mengeluh.

Nantilah aku pikir pasal ni. Hadap jelah.

"mr adrian?"

Terus adrian terdiam.

Err..

Miss eddlyn?

Eddlyn memandang adrian yang terpaku di hadapan pintu surau lelaki.

Apa dia buat dekat sini? Bukan dia cuti ke?

"what are u doing at here mr adrian?"

"err..err"

Lahh gagap pula

"hmm?"soal eddlyn

"saya solat maghrib.."

"dekat ofis? Bukan awak cuti ke?"

"cik aliya minta saya copy report"

"napa tak faks or send via email?" perlu ke susahkan diri sampai datang ofis

"copy tu ada dekat ofis"

Eddlyn mengangguk

Adrian macam tak percaya yang miss eddlyn berada di hadapannya.

"miss eddlyn solat sekali ke?"tiba2 terpacul soalan tu

Apa ni adrian tanya soalan mcam tu?

"ha ah. Saya nak balik tapi singgah solat dulu lah alang2 dah azan." eddlyn memandang kawasan lobby yang semakin gelap.

Tempat solat ni berada di lobby. Malah di setiap tingkat ada tempat solat.

Eddlyn sudah memastikan pekerjanya senang untuk menunaikan solat lima waktu.

Adrian kagum dengan eddlyn. Macam ni pun dia tak pernah tinggal solat.

Haa kalau aku dapat macam ni pun, dah ok sangat!

Wait..

What?

Ting!

Bunyi mesej dari phone adrian. Terus adrian melihat

"anak auntie rida dah sampai, where are you????"

Gulp.

Adrian menelan air liur.

Iee kalau lah seorang perempuan yang boleh ikut aku balik! Kompom ibu tak cari calon dah!!

Adrian teringat kata2 nya tadi. Perlahan lahan dia memandang miss eddlyn yang sedang melihat jam di pergelangan tangannya.

"oklah mr adrian. Saya gerak balik dulu."eddlyn mula berlalu pergi

"err miss eddlyn!"panggil adrian

Eddlyn yang sudah berjalan beberapa tapak terhenti. Dia memusing belakang.

"yes?"tanya miss eddlyn

Adrian terasa serba salah hendak mengatakannya.

Dia tidak tahu apa yang dia buat betul ke tak?

Tapi dia dah taknak hadap calon ibunya!

Ahh lantak ah!

Kau kena berani adrian! Kau boleh buat!!

"miss eddlyn!" adrian memandang tepat ke mata eddlyn.

Eddly juga membalas pandangan itu.

Mata hitam itu juga merenung mata hazel tersebut.

"yes??"

Adrian menelan air liur.

U can do it!!

"ikut saya balik rumah!!"

I Choose You!! Where stories live. Discover now