Adrian mengacau air kopinya secara perlahan lahan. Memandangkan masih pagi, kawasan di pantry agak kosong.
"ok with the vote that we made. It is clearly that we will choose, report number 2!"umum aliya
Adrian masih tidak percaya reportnya terpilih. Hebat sangat ke? Padahal reportnya tu tersangat sangat biasa berbanding report asal projek itu.
Dan selepas reportnya dipilih, kerjanya semakin bertimbun. Memandangkan dia merupakan tuan kepada report tersebut, dia telah menjadi ketua kepada projek tersebut.
Akan tetapi identitinya tetap dirahsiakan. Tiada siapa yang tahu siapa ketua projek dan empunya projek melainkan eddlyn dan aliya. Segala urusan perlu dilalui oleh aliya dan akan disampaikan kepada adrian.
Menyusahkan,tetapi ini ialah permintaan adrian sendiri memandangkan dia masih mahu belajar dari bawah.
Ceh,aku kerja tak sampai berapa bulan. Dah macam2 kena buat. Nasiblah badan.
"woi,kau mengelat eh" tegur seseorang
Adrian memandang tepinya dan kelihatan haikal sedang menghampirinya.
"mengelat apa. Aku tengah buat kopi ni. "
Haikal membuka peti ais dan mengambil satu botol air mineral.
"kau ni kan, budak baru tau.. Tapi kerja kau dasyat!" ujar haikal sambil membuka penutup air mineral
Adrian hanya tersenyum. Ye,dari awal lagi haikal sudah mengeluarkan soalan2 itu.
Siapa je tak pelik kalau budak baru tapi kerja macam dah bertahun pengalaman.
Walaupun dia rapat dengan haikal, dia tak boleh bagitahu situasi seberna.
"kau kena buli ke sebernanya?"tanya haikal sambil merenung adrian
"buli?"
"yelah! Kau kena buli buat kerja orang lain. Adrian, kau tak boleh senyap tau. Kau kena report kat pihak atasan. Bagitahu je cik aliya" ujar haikal
Risau juga dia dengan adrian ni. Sebagai member meja sebelah dan senior adrian dia kena tolong adrian. Adrian ni dahlah jenis ikut je semua orang cakap.
Takpe adrian aku akan tolong kau!
"HAHAHHAHAHHHAHH"tergelak besar adrian
"eh pahal kau gelak"
"hahahahahah, tak tak.. Terima kasih , aku hargai pertolongan kau. Aku ok jelah"adrian masih lagi dengan sisa ketawanya.
Aku kena buli eh? HAHAHAHAHA
"eh kau ni. Aku nak tolong kau, kau boleh gelak pula"marah haikal
"tak, aku rasa terharu sebernanya." aduhai haikal, memang betullah kau ni!!
Haikal pelik dengan adrian. Dah kenapa dengan budak ni. Aku serius kut!
Ke, dia sebernanya nak sorok hakikat yang betul?
Adrian yang melihat muka haikal yang masih berkerut terus menepuk bahu haikal.
"kau ni rilek ah. Aku ok je. Takde sapa nak buli aku. Aku kan member haikal a.k.a samseng Neds holding!"
"eh kau, aku pula samseng! Aku baik tau."haikal membetulkan tie nya.
Adrian tergelak lagi.
Haih, segala kekusutan dia terbang macam tu je. Terima kasih haikal.
"Mr adrian!!!!" panggil seseorang
Terus adrian dan haikal memandang kearah pintu pantry.
Kelihatan cik aliya yang sedang termengah mengah.

YOU ARE READING
I Choose You!!
RomanceEddlyn nasha, seorang wanita yang punyai segalanya. RUPA, HARTA, KEPANDAIAN, AURA. Tapi tiada seorang lelaki pun berjaya menawan hatinya. Malahan eddlyn nasha terdesak hendak mendirikan rumah tangga tanpa cinta. Nanti dulu, TANPA CINTA??!? Bak kat...