"Pagi" ucap ian dengan nada yang lemah.
Yang lain memandang ke arah ian yang memakai hoodie dan seluar panjang dengan muka yang kelihatan lemah.
"Dah sihat?" soal Adelia
Ian mengeleng. Dia mengambil tempat di sebelah abangnya.
"Kau nak makan ape?" soal Chris
"Tak nak makan ape-ape"
Chris mengangguk. Tidak mahu memaksa adiknya.
"Zender dan zandra siapa hantarkan?" soal Ian
"Driver" balas Chris sepatah
"Biar aku hantarkan" ucap Ian
Semua memandang ke arah ian. Sakit-sakit pun nak merayap?
"Eh tak payah lah,kau kan sakit,lagipun driverkan ada" kata chris
Ian mengeleng.
"aku nak hantar juga" rengeknya
"Kau kan sakit"ulang chris. Biar budak tu sedar.
"Nak jugak!please lah bang!"
"Bahaya lah" kata Chris
Ian menarik muncung. Yang lain menahan tawa melihat ian. Chris menjadi serba salah
"Yelah,tapi hati-hati"
Ian segera mengangguk.
"Okay kids,cepat makan lepastu uncle hantar pergi sekolah okay?"
Zandra dan zender mengangguk.
"Tapi uncle,daddy kata uncle sakit"
"sikit je,nanti sembuhlah"
Chris hanya mengeleng melihat perangai adiknya. Kalau A ,A lah tu,kalau B,B lah tu.
****
"Belajar rajin-rajin tau" kata ian kepada anak-anak buahnya
"Baik uncle ,bye!"
Ian mengangguk. Dia menyilau mencari seseorang. Dia tersenyum apabila melihat Clara,namun senyumannya mati melihat Clara bergelak ketawa bersama seseorang.
Clara yang terlihat ian lantas melambaikan tangannya lalu tersenyum. Ian terpaku melihat senyuman . Lelaki yang berada di sebelah Clara ,melihat ke arah Ian lalu tersenyum sinis.Ian seperti kenal dengan senyuman tersebut. Hatinya bertambah sakit apabila lelaki itu dengan selambanya memegang tangan clara dan clara hanya...membiarkannya. clara lansung tak menepis malah tersenyum lebar.
Ian memecut keretanya beredar dari situ. Tidak sanggup melihat babak tersebut. Dia memukul stereng keretanya berkali kali. Entah mengapa hatinya sakit melihat semua itu.
'ian dia cuma kawan kau!kenapa kau nak jealous!' bentak hatinya
Fikirannya bercelaru ,ditambahkan pula dengan kepalanya yang semakin berdenyut. Pandangannya menjadi pudar. Tiba-tiba dalam sekelip mata,keretanya terbetembung dengan sebuah kereta. Pandangannya pudar,dia melihat seorang lelaki berdiri di hadapannya dengan senyuman sinis,lelaki itu melangkah pergi,dia sempat melihat ke arah lelaki itu sebelum semuanya menjadi gelap.
***
"Wei aku tak sedap hatilah,cuba call ian" arah Chris kepada Steven
Steven menurut.
"Tak dapat" ujarnya
Chris semakin gelisah. Tiba-tiba iphinenya berdering. Dia lantas menyambut panggilan tersebut.
"Hello!"
"Err ini keluarga Encik Chrislo Ian Emilio ke?"
"Ya,kenapa dengan dia?"
![](https://img.wattpad.com/cover/180353697-288-k156394.jpg)
YOU ARE READING
Mr. Mafia Love Story
RandomCHRISLO IAN EMELIO! seorang lelaki yang periang dan juga seorang mafia seperti abangnya, Chris Hans Emelio. Cinta? Dia tak kenal,tak peduli,tak kesah sehinggalah bertemu dengan seorang gadis yang mampu membuatkan jantungnya berdegup dua kali ganda...