Bab 34

8.9K 570 15
                                        

"Nampaknya sasaran musuh kita kali ini adalah Zender dan Zandra. Kev kau arahkan noah dan mark untuk berjaga kat sini esok. Kita tak boleh stay, meeting esok penting untuk semua hadir, alu tak nak satu antara korang hilang esok" kata chris dengan tegas

Yang lain mengangguk faham. Jika chris kata penting, maknanya sorang pun tak boleh tinggal.

"Chris kau rasa siapa musuh kita kali ni? " soal kevin

"Aku tak tau" balas chris sambil meraup wajahnya

"Well maybe, musuh kita ni mungkin orang yang kita kenal" kata ian

Semua mata memandang ke arah ian. Masing-masing cuba untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh ian.

"Maksud aku mungkin musuh kita musuh yang sama sebelum ni... " ian berhenti sekejap sebelum meneruskan kata-katanya

"Sebab musuh kali ni dah tahu tentang latar belakang keluarga kita, diorang dah tahu tentang zandra dan zender. Sebelum ni zandra dan zender tak pernah jadi sasaran" terang ian

Chris mengangguk. Suasaan sunyi seketika. Masing-masing melayan pertanyaan dalam kepala otak mereka.

"So kita kena hati-hati, maybe diorang akan serang kita bila-bila masa"

Mereka mengangguk serentak.

***
"korang berjaga kat sini, ape-ape call aku" arah chris kepada Noah dan Mark

Noah dan mark mengangguk sebaik sahaja menerima arahan. Tidak lama kemudian tiga buah kereta mewah meluncur laju meninggalkan perkarangan banglo itu.

"Akak kenapa diorang suruh budak dua orang tu jaga kita? " soal clara

"Nanti clara akan tau juga" balas adelia sambil tersenyum.

"Something akan berlaku ke? "

"Itu kita tak tau,tapi jangan risaulah, selagi kita kat sini, kita akan selamat"

Clara mengangguk. Tanpa sedar seseorang tersenyum sinis mendengar perbualan mereka.

'Selamat? Hmm aku rasa tak'

***
Ian menguap beberapa kali semasa meeting berjalan. Dia memang tak bertamadun, asal meeting je mesti tunjuk perangai tak bertamadunya itu.

"Terima kasih Encik Chris, kami harap encik dapat bekerjasama dengan kami dengan baik"

Chris mengukir senyum lalu mengangguk kepada tetamunya. Dia memandang ke arah ian.

"Woi dah siap, kau tak nak balik?"

Ian segera bangun. Dia kembali segar. Chris hanya mampu mengangguk melihat perangai adiknya itu.

"Wei jom kita makan dulu ke, lapar gile ni" kata steven

Yang lain mengangguk setuju lalu memandang ke arah chris untuk meminta persetujuan.

"Ishh yelah"

"Yahoo! Makan! "

Ian berjalan mendahului mereka. Langkah ian terhenti apabila iphonenya berdering nyaring. Dia pantas mengambil iphonenya dan melihat nama clara terpapar pada screen iphonenya. Dia tersengih sendirian.

"Hello sayang, kenapa call? Rindu ek? "

"Ian...to...tolong..balik"

Wajah ian bertukar serius apabila mendengar suara cemas clara.

"Wait, kenapa ni? "

"Zandra dan Zender..dah...ian tolong balik sekarang! "

Jeritan adelia membingitkan telinganya. Panggilan ditamatkan. Dia pantas menuju ke arah abangnya.

"Wei aku rasa kita kena balik sekarang" kata ian

"Apesal? Kan kita nak pergi makan" rungut steven

"Aku tak tau, clara call aku tadi suruh balik then dia sebut nama zandra dan zender, lepastu adelia pula suruh balik sambil nangis, aku tak tau ape jadi" terang ian

"Kita balik sekarang" arah chris lalu segera menuju ke arah keretanya

Yang lain mengangguk lalu menuju ke kereta. Mereka memecut laju selaju yang mungkin.

Sampai sahaja di banglo, ian segera mendapatkan clara, manakala chris mendapatkan adelia.

"Kenapa ni sayang?" soal chris

Adelia memeluk chris sambil menangis. Chris mengusap belakang adelia.

"Zandra dan zender mana? "soal ian kepada clara.

"Ada orang...ambil diorang...sa..saya"

Tangisan adelia semakin kuat. Wajah chris jelas kelihatan geram.

"Noah dan mark mana?! Tak boleh harap langsung! " jerit chris

"Kami jumpa mayat Noah kat bilik zandra dan zender. Mark kami tak tau mana" kata kevin

"Shit! " Chris meraup wajahnya dengan kasar.

***
"Macam mana musuh boleh masuk. Aku rasa banglo ni dah dikawal ketat kecuali..."

"Kecuali ada orang tengah" sambung ian

Chris mengangguk.

"Kau rasa siapa? "

Semua memandang ke arah ian.

"Aku syak...mark jadi punca utama"

Mereka memandang ian dengan muka tak percaya.

"Mark?"

Ian mengangguk.

"Mustahil, mark dah lama kerja dengan aku" kata chris

Ian berdiri lalu berjalan mundar mandir di hadapan mereka.

"Tak mustahil kan, kawan boleh jadi lawan"

Mereka terdiam. Betul juga kata ian. Tak mustahil seorang kawan tu boleh jadi seorang musuh.

"Macam mana kau boleh kata mark punca?bukti?" kata steven

Ian tersengih. Laptopnya diambil lalu diletakkan di hadapan mereka.

"Aku tak pernah buat kerja tanpa bukti. Aku dah hack cctv kat rumah ni" kata ian sambil jarinya bermain-main dengan laptopnya.

"Ya mungkin mark dah lama dengan kita tapi...dia belum cukup tahu tentang banglo ni" kata ian lalu menunjukkan rakaman cctv kepada mereka semua.

Mereka terkejut melihat rakaman tersebut. Rakaman tersebut memperlihatkan dimana mark membawa noah ke bilik zandra dan zender lalu membunuhnya kemudian dia membawa dua orang dari luar masuk ke dalam banglo tersebut. Dua orang tadi membawa keluar zandra dan zender yang sedang pengsan manakala mark menguruskan clara dan adelia.

"Sial! Shit! " chris menumbuk kuat meja yang berada di hadapannya. Wajahnya berubah merah. Jelas menunjukkan dia sedang marah.

"Ian cari location mark!"

"Aku rasa aku boleh cari" kata ian sambil bermain dengan laptopnya

Chris mengangkat sebelah keningnya.

"Aku ada pasangkan something pada anak kau yang membolehkan kita menjejak diorang" kata ian

"Anak aku bukan eksperimen " balas chris

"Lek lah aku cuma pasangkan gelang nipis pada lengan diorang. " kata ian

Mereka hanya berdiam diri sambil melihat ian membuat kerjanya. Memang tak dinafikan ian memang hebat dalam bab-bab macam tu.

"Aku bangga ada kawan macam kau" steven menepuk bahu ian

"Bila masa kita kawan? " soal ian selamba

"Sampai hati kau" steven membuat muka sedih.

"Dah, masa-masa macam ni korang boleh buat main? "

Steven dan ian serentak mengangkat bahu.

"Masa tu bukan mainan" balas steven

"Tau pun" kata kelvin sinis

"Masa tu masa" sambung ian

Kelvin memandang mereka berdua dengan geram. Ade je nak dijawab.

Mr. Mafia Love Story Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang