Bab 33

8.7K 590 30
                                    

Beberapa bulan kemudian...

"Sayang! "

"Arhh! "

Clara ketawa melihat wajah ian yang jelas terkejut dengan sergahannya.

"ish awak nak saya mati awal eh?" kata Ian dengan geram

"Alo sorrylah, mana ade saya nak awak mati awal, nanti siapa nak kahwin dengan saya? " balas clara selamba

Ian mengeleng, dia kemudian menyambung semula kerjanya. Clara mencebik, dia kemudian duduk di atas meja. Dia menongkatkan dagunya sambil melihat ian membuat kerja.

"Awak.. "

"Hmm? " ian masih dengan kerjanya, kejap tengok laptop kejap dengan kertas dan pennya

"Jom lunch" ajak clara

"Saya busy lah" balas ian

"Alah jomlah" pujuk clara

Ian berdiam diri. Kalau bukan sebab di hadapannya sekarang ialah tunangnya, dah lama dia tembak! Tunang? Yup! Ian mengambil keputusan untuk bertunang dengan clara selepas beberapa bulan berlalu.

"Awak jom lah, dah-dahlah buat kerja tu, nanti sambung" Clara mengambil pen yang berada di tangan ian lalu disimpannya, kertas yang bertaburan dikemaskannya. Serta merta meja ian kemas.

"Haishh nasib sayang" Kata ian perlahan.

"Jom lah, kalau awak sakit macam mana? Lagipun awak tak ambil zandra dan zender lagi kan? " soal clara

"Alamak! Lupa lah pulak! " Ian lantas berdiri, kunci kereta diambilnya.

Clara turun dari meja lalu mengikuti langakah ian.

***
"ishh mana uncle ian ni! "Rungut zandra

"Alah sabar lah, kejap lagi sampai lah tu" pujuk Zender.

"Kids" Zandra dan zender segera berpaling

"Uncle ian... " Zandra terdiam apabila melihat seorang lelaki yang tidak dikenalinya berdiri di hadapan mereka.

"Papa tak ambil lagi eh? Jom uncle hantarkan" ajak lelaki itu

Zender mengengam lengan zandra sambil memandang tajam ke arah lelaki itu. Lelaki itu nampak mencurigakan.

"Tak pe lah, lagi pun uncle kami dah nak sampai" balas Zender dengan nada dingin

"Okay. Kalau macam tu, uncle temankan, err... Ni lolipop, ambillah" lelaki itu menghulurkan dua lolipop kepada mereka.

"No need. Lagipun mummy tak suruh kitorang makan manis, uncle je lah telan benda tu" kata zender sekali lagi dengan nada dinginnya

"Ambillah" lelaki itu menarik tangan zandra.

"Dont touch my sister! " Zender menepis kuat tangan lelaki itu.

"Abang... "

"It okay" Zender memandang adiknya dengan senyuman nipis.

Lelaki itu tersenyum sinis. Dia memanggil dua orang rakannya.

"Urus budak-budak ni " katanya kemudian berlalu menuju ke arah van hitamnya

Dua lelaki itu tersenyum sinis memandang zandra dan zender. Zender mengeratkan lagi pegangannya. Dua lelaki itu mendekati mereka berdua. Zender mengundurkan diri. Dia menarik zandra bersamanya.
Dua lelaki itu semakin mendekati mereka.

"Mana kau nak lari hah budak" dua lelaki itu tersenyum sinis

Seorang daripada lelaki itu menarik tangan zender.

Mr. Mafia Love Story Where stories live. Discover now