Bab 41(Final)

11.7K 533 28
                                    

Ian menyandarkan badannya pada kerusi. Tali lehernya dilonggarkannya sedikit. Dia memejamkan matanya sejenak. Rasa mengantuk menguasai dirinya. Mana taknya, berjam-jam Lamanya kat bilik meeting!

Baru sahaja ian ingin menutup matanya. Iphonenya berdering nyaring. Dia menyambut panggilan tersebut dengan malas tanpa melihat pemanggilnya.

"Hmm? "

"Hoi kau kat mana? "

Steven!

"Ade kat pejabat ni, baru siap meeting, asal? "

"Tak pe lah, kita jumpa kat hospital je lah"

"Hospital? Asal? Siapa sakit? "

"Isteri kau dah nak bersalin ni. Tu chris tolong hantarkan, semua pun ikut sekali. Nanti kau drive sendiri datang kat hospital lah ye! Bye! "

Tut!

"Wei steven! Steven! "
Ian merengus perlahan. Dia segera mengambil kunci keretanya lalu bergegas keluar dari pejabat. Penat? Tak dia dah lupa ape tu penat sebaik sahaja mendengar isterinya nak bersalin.

***

Ian mundar mandir hadapan bilik bersalin menunggu isterinya.

"Yang kau tak ikut masuk sekali asal? " soal kelvin

"Aku..aku.. "

"Dia tak boleh" jawab chris selamba

"Kenapa pulak? " soal walter pula

"entah" balas chris

Walter dan kelvin memandang ke arah ian menanti jawapan.

"ape? Aku tak tahu lah haih! "

"Lantak kau lah" kemudian semua mereka membuat kerja masing-masing

Ian masih dengan kerjanya mundar mandir. Chris, kelvin, kevin, walter semua dengan telefon di tangan. Steven? Pusing hospital dengan kembar tu.

Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi tangisan bayi dari dalam bilik itu. Ian segera merempuh pintu bilik itu. Yang lain hanya mampu mengeleng dengan perangai ian.

Ian segera meluru ke arah isterinya tanpa menghiraukan pandangan para doktor yang berada di situ. Para doktor itu kemudian keluar dari bilik itu meninggalkan ian dan yang lain.

"Thanks sayang, comel baby ni" ian mengucup dahi isterinya.

Clara mengukir senyum dengan bibir yang agak pucat.

"Hey baby! "

"Boy or girl? " soal chris

"Boy bro! " jawab ian

"Congrats bro. Tapi kau tak dapat kalahkan aku lagi. Aku dapat twins tau" kata chris lalu ketawa kecil

"Tak pe lah, nanti aku cuba lagi" jawab ian selamba

Sekali lagi pintu bilik itu dirempuh dari luar. Kelihatan steven masuk bersama kembar itu.

"Wahhh baby!!! " zandra dan zender berlari menuju ke arah ian

"Uncle comelnya baby! "

"Comel kan,macam uncle tak? " soal ian

Zandra dan zender memandang ke arah ian lalu memandang ke arah baby itu .

"Tak!" balas zandra dan zender

Ian mencebik.

"Sama ape" kata ian

Zandra dan zender teruja melihat bayi tersebut.

"zandra pun nak baby macam uncel ian lah daddy" kata zandra

"Hah? Nak adik? " soal chris

Zandra lantas mengangguk.

"Pergi tanya mummy" kata chris lalu ketawa kecil

"Mummy! Mummy! Nak baby! "

"Ape kena dengan anak sorang ni! "

"Mummy! "

"Ye sayang" adelia memandang ke arah zandra

"nak baby"

"Err.., " adelia mengaru kepalanya yang tidak gatal dia menjeling ke arah chris

"Tak pe nanti kita bagi" kata chris

Adelia mencebik.

"Boleh eh mummy? "

Adelia hanya mengangguk. Zandra kemudian berlari ke arah abang kembarnya. Chris ketawa kecil.

"Wei ian, kau dah ada nama ke untuk anak kau? " soal steven

"Dah"

"Ape? " soal steven

"Xavier Noah" balas ian

"clara setuju ke? " soal adelia sambil memandang ke arah clara

Clara mengangguk lalu mengukir senyum.

"kau dah jadi bapa bro, so jangan nak berlagak macam budak kecil lagi, faham? " kata steven

Ian hanya mencebik. Dia mengalihkan pandangan ke arah anak lelakinya itu.dia mengucup perlahan pipi anaknya.

***

Ian membaringkan badannya di tilam. Jarinya bermain dengan jari kecil anaknya itu. Dia kemudian memandang ke arah isterinya yang sedang berbaring disebelah anak mereka.

"Sayang.. Thanks"

Clara mengangguk lalu mengukir senyum.

"Comellah anak ni" kata ian

"Sayang, thanks tau, awak dah bahagia kan saya" ucap clara

" dah memang tugas saya untuk membahagiakan awak"balas ian

Clara hanya tersenyum. Dia memegang tangan suaminya.

" sekarang awak dah jadi daddy, jadi hero untuk anak kita. Saya harap bila noah dah besar nanti dia akan jadi macam awak. "

"mestilah saya akan jadi hero untuk anak kita, untuk keluarga kita,. Sayang pun dah jadi mummy, haih terpaksalah saya kongsi kasih sayang awak dengan noah"

Clara ketawa kecil. Bahagia!

"I love you more than i have ever found a way to , say to you. I love you clara davlene"

"I love you too Clara Davlene"




Mr. Mafia Love Story Where stories live. Discover now