Bab 23

8.5K 656 71
                                    

Ian menyandarkan badannya pada pintu keretanya. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket. Sesekali dia melihat ke arah jam tangannya. Beberapa minit lagi zandra dan zender akan keluar dan sudah semestinya tujuannya ke situ untuk berjumpa dengan clara.

Beberapa minit kemudian, kelihatan zandra dan zender berlari anak ke arahnya. Matanya menyilau mencari kelibatan clara. Dia tersenyum apabila melihat clara melambai ke arahnya.

"zandra dan zender masuk dalam kereta dulu ye, uncle nak bercakap dengan teacher clara dulu"

Zender dan zandra mengangguk lalu masuk ke dalam kereta ian. Ian kemudian berlari anak menuju ke arah clara.

"Tak kerja ke? " soal clara

Ian mengeleng.

"Err.. awak datang tak parti zack nanti? " soal clara

Ian terdiam seketika, mencari alasan yang sesuai untuk menjawab pertanyaan clara.

"Err... Sorry lah, saya dan abang saya tak dapat datanglah, sebab... Sebab..." ian mengusap belakang lehernya.

"Sebab? "

"Sebab errr... Sebab kami dah bercadang nak buat dinner family, hah tulah. " jawab ian teragak-agak.

Clara mengangguk lalu mengeluh kecil

"Kalau macam tu tak pe lah, nanti saya beritahu zack yang awak tak dapat datang"

Ian mengangguk. Sebaik sahaja Clara menyebut nama zack, ian teringat akan tujuannya ke situ.

"Oh ya, saya sebenarnya ada benda nak cakap kat awak"

"Ape? " soal clara

"nanti kita jumpa tempat biasa, boleh kan? "

Lama clara berdiam diri. Kemudian dia mengangguk tanda setuju.

"Kalau macam tu, saya nak hantar twins balik dulu"

Clara mengangguk.

"Hati-hati " Kata clara

Ian mengangguk sambil tersenyum. Dia kemudian berlalu menuju ke arah keretanya dan memecut laju meninggalkan perkarangan sekolah.

***
Zack pov

"What? Diorang tak dapat datang? Okay lah sayang, tak pe. Okay bye"

Zack menendang kerusi yang berada di hadapannya.

"Shit!! "

"Apehal bos? " soal Gab apabila melihat ketegangan pada wajah Zack

"Budak dua orang tu tak datang masa parti nanti" zack merengus geram

"So bos nak buat ape? Plan A dah gagal" kata Gab sambil menyilangkan tangannya.

"Kau rasa apa patut kita buat sekarang? " soal zack sambil mengangkat sebelah keningnya

"Nampaknya kita kena guna cara kasar untuk dapatkan mereka. "

Zack mengerut dahi seketika. Dia memandang ke arah Gab

"Cara apa? " soal Zack ingin tahu

"Korbankan Clara. "

***
Ian memasuki sebuah cafe yang dijanjikan olehnya kepada Clara. Matanya menyilau mencari kelibatan clara. Dia tersenyum apabila melihat seorang gadis melambai ke arahnya.

"Sorry, dah lama tunggu" Ian menarik kerusi di hadapan Clara.

"Tak lah, saya pun baru je sampai" kata clara

Ian mengangguk.

"Awak nak order apa-apa tak? " soal clara.

Ian hanya mengeleng.

"Okay, so awak ajak saya jumpa ni pasal apa? Saya tak boleh lama ni sebab kejap lagi nak pergi parti zack" kata Clara

"Err saya sebenarnya nak cakap kat awak sesuatu yang penting"

Clara mengangkat sebelah keningnya. Dia berdiam menunggu apa yang ingin dikatakan oleh ian.

"Saya rasa baik awak hati-hati dengan zack, atau lebih tepat lagi..." ian menarik nafas sekejap sebelum menyambung kata-katanya

"...jauhkan diri daripada zack"

Wajah clara jelas kelihatan berubah.

"Apa awak cakap ni? Saya tak faham lah. Awak cakap terus apa yang awak nak cakap boleh? "

Ian berdiam seketika. Dia memandang tepat ke arah anak mata clara.

"Okay, sebenarnya zack tu bukan orang yang baik"

Clara ketawa sinis. Tangannya disilangkan ke dada.

"Well, tak ada manusia yang baik. Masing-masing pernah buat kesalahan . Right? " clara memandang ian dengan senyuman sinis.

"Dia tu pembunuh, mafia awak tau tak. " ucap ian dengan tenang

Clara merengus geram.

"Awak tak pernah kenal dia. Macam mana awak tau dia tu pembunuh? Dia tu mafia? Awak jangan nak menuduh eh,dia tu boyfriend saya" Clara memandang ian dengan tajam

Ian mengukir senyum hambar. Nampaknya bukan senang nak yakinkan clara.

"Saya kenal dia. Sebab tu saya beritahu awak latar belakang dia. Saya tak nak jadi apa-apa kata awak" ucap ian perlahan

"Awak ni dah kenapa? Saya lebih kenal dia daripada awak! Awak jangan nak buruk-burukkan boyfriend saya! " Suara clara berubah sedikit keras

"Saya cuma risaukan awak. Saya takut zack apa-apa kan awak. Pleasee dengar cakap saya" Rayu ian kepada Clara

"Saya boleh jaga diri" balas Clara sinis

"Awak dah lupa ke apa dia buat kat awak sebelum ni? Tak mustahil dia akan lakukan perkara yang sama kali keduanya. " kata ian dengan tenang

"Diam!! " Meja di hadapannya dihempas dengan kuat. Wajah CIara berubah tegang.

Beberapa pasang mata memandang ke arah mereka.

"Awak tak ada hak nak tentukan dengan siapa saya rapat! Awak bukan siapa-siapa. We just friend and now anggap je kita tak pernah kenal. " Clara mengambil beg tangannya lalu bergegas keluar dari cape tersebut.

Ian terkedu.

'WE JUST FRIEND! '

Kata-kata Clara tergiang-giang dalam kepalanya. Sakit! Pedih hatinya mendengar kata-kata itu. Dia perlahan-lahan berdiri lalu keluar dari cafe. Dia mendapatkan keretanya lalu memecut tanpa hala tuju.

'ingat ian ,kau bukan siapa-siapa bagi dia! Dia anggap kau sebagai kawan je! Kau bodoh ian kau bodoh! '

Ian berhenti di sebuah tempat dimana dia menyelamatkan clara di situ. Dia menundukkan kepalanya. Tangannya menghentak stereng keretanya dengan kuat.

'Saya sayang awak Clara. '

Please vote and Comment Ya! 🌟

Mr. Mafia Love Story Where stories live. Discover now