"Lek lah bro, kau ni risau macam isteri kau tengah bersalin anak pertama tau" usik Steven
Sebaik sahaja menyelesaikan tugas, ian dan yang lain bergegas ke hospital . Ian hanya diam sepanjang menunggu clara menerima rawatan.
Tidak lama kemudian, doktor yang merawat clara keluar. Ian segera meluru ke arah doktor tersebut."Doc macam mana dengan isteri saya doc? "
Yang lain memandang ian dengan kerutan di dahi. Melamar pun belum tetiba mengaku isteri dia.
"Oh, itu isteri encik ye? Isteri encik okay, cuma sekarang dia masih lemah sebab dia kekurangan banyak air dalam badan. Err.. Encik tak bagi isteri cik makan ke? " soal doktor tersebut.
"Err.. "
"Haah doc. Dia ni sibuk sangat kerja sampai isteri kat rumah pun tak sempat nak bagi makan" sampuk steven
Doktor tersebut mengeleng-geleng kan kepalanya.
"Ish ish ish, sampai begitu sekali ya. Hmm lain kali jangan buat lagi ya encik, kalau encik dah tak sanggup nak jaga isteri encik, saya boleh jaga"
Ian menjeling. Miang bebenor doktor ni!
"hehehe gurau je. Ehem! Okay lah saya nak beredar dulu, kalau ada apa-apa panggil je saya ye" doktor tersebut segera beredar apabila melihat jelingan maut Ian
Sebaik sahaja doktor tersebut beredar. Ian segera masuk ke dalam bilik yang menempatkan clara. Kelihatan clara masih lagi tidur. Ian mengukir senyum melihat clara tidur. Tidur pun comel!
"Wake up babe, i miss you so much" ian mengusap kepala clara sambil merenung wajah clara yang tenang
"Ehem! Jangan nak sentuh lebih-lebih pulak"
Ian segera menarik tangannya.
"Ian kau tak nak balik ek? "
"Tak nak lah, aku nak tunggu clara bangun" jawab ian
"Balik lah dulu, bersihkan badan kau tu, ni nanti aku suruh Adelia jaga"
Ian kelihatan berat hati nak tinggalkan clara.
"Jomlah balik dulu" ajak chris
"Nanti steven, Kelvin dengan adelia boleh jagakan clara" sambung chris
Ian mengangguk. Perlahan-lahan dia mengikuti langkah abangnya untuk beredar.
"Jangan lupa berdoa, minta ampun tau! Korang tu dah buat dosa hari ni" jerit steven. Serta merta empat botol plastik yang entah dari mana selamat mendarat di kepalanya.
"Kite ingatkan je" steven mengusap kepalanya sambil membuat muka kesian
"Tu lah kau, lain kali agak-agak lah"kata kelvin sambil ketawa kecil
Steven mencebik.
"Dah diam. Kang clara terbangun sebab korang, tak pasal-pasal malam ni iam suruh korang tidur kat luar"
Steven dan kelvin segera menutup mulut. Masing-masing diam tidak bersuara.
***
"Auch! ,jangan kuat sangat boleh tak?" zack mengerut dahi menahan sakit."Alah setakat satu tembakan tu ape lah sangat. " Ucap Gab selamba
Zack menjeling.
"Kau kat mana masa tu? Tak boleh harap betul kau ni kan"
"Alah encik bos. Kan bos suruh saya pergi beli mcd. Lupa eh? "
Zack mencebik.
"So ape rancangan bos lepas ni? " soal Gab
YOU ARE READING
Mr. Mafia Love Story
RandomCHRISLO IAN EMELIO! seorang lelaki yang periang dan juga seorang mafia seperti abangnya, Chris Hans Emelio. Cinta? Dia tak kenal,tak peduli,tak kesah sehinggalah bertemu dengan seorang gadis yang mampu membuatkan jantungnya berdegup dua kali ganda...