BAB 3

25 0 0
                                    

Adrine pulang ke rumah dengan kaki yang berbalut.

Setelah berjaya melarikan diri daripada Reza dia terus menuju ke keretanya dan bergerak ke klinik yang berdekatan untuk membalut lukanya.

"Eva?! Kenapa kaki berbalut ni?!" Soal Tengku Adira panik.

Tengku Malique, Ayden dan Aryan bergegas turun apabila mendengar jeritan Tengku Adira.

"Haa? Apa dah jadi? Kenapa kecoh-kecoh ni?" Soal Ayden kabut.

"Wei dik, pehal kaki kau berbalut ni?" Soal Aryan risau.

"Baru habis lari daripada binatang yang nak rogol Eva" Sejurus melontarkan ayat itu, Adrine naik ke atas. Dia benar-benar penat.

"Oh rog–– Eh?! Tengku Adrine Evarya Redson! Apa yang dah jadi sebenarnya ni?!" Bergema suara Tengku Malique di dalam Villa itu.

Ayden dan Aryan bergegas naik ke bilik Adrine.

"Explain the whole thing to us right now!" Tegas Ayden.

"Ish bising la kau ni. Aku ok la" Jawab Adrine malas.

"Siapa yang nak rogol kau?" Soal Aryan lebih lembut.

Adrine ni keras kepala, kalau api dengan api masalah tak akan selesai. Jadi, lebih baik dia mengalah.

"Raja Amir Reza"

"Apa?!"

Adrine menceritakan peristiwa pahit yang dia tak akan pernah lupakan kepada abang-abangnya.

"Nasib kau selamat" Ujar Aryan sambil memeluk bahu Adrine.

"Kau fly ke New York. Mantapkan skill pertahanan diri kau. No objection!" Tegas Ayden lalu keluar daripada biliknya.

Ayden seorang yang dingin, tegas dan baran berbanding dengan Aryan.

Aryan juga dingin tetapi dia seorang yang berhati lembut dan sering beralah untuk menjernihkan suasana.

"Kau pergi jela. Ni semua untuk kebaikan kau juga" Pujuk Aryan sambil mengusap rambut Adrine dan mengusutkan rambut Adrine.

Sepantas kilat dia lari turun ke bawah.

"TENGKU ARYAN REDSON! TAK GUNA KAU! HABIS KUSUT RAMBUT AKU SETAN!" Marah Adrine sambil menumpah seranah Aryan di dalam hati.

***
8:00 Pagi, Breakfast

"Daddy, mummy Eva dah fikir dah tentang kata-kata Ayden semalam" Adrine memulakan butir bicaranya dengan berhati-hati.

"Uhuk uhuk" Ayden tersedak.

"Ahhh pedas! Nak air!" Jerit Ayden. Yela dia tengah makan bihun goreng lepastu si Adrine pulak petik nama dia, mahu tak terkejut beruk.

"Ayden? Ada apa-apa nak kongsi dengan daddy ke?" Tengku Malique mengecilkan matanya.

"Nak kongsi apanye, Ayden sendiri pun tak ingat apa yang Ayden cakap" Bohong Ayden.

Dia ingin Adrine sendiri yang memberitahu orang tuanya.

"Eva akan fly ke New York untuk memantapkan skill pertahanan Eva and I'm ready to cover your duty as Master" Ayden dan Aryan terkedu.

Drastik betul tindakan Adrine kali ini.

"Eva pasti?" Setelah menerima anggukan daripada Adrine, Tengku Malique tersenyum.

"Jom pergi markas" Ujar Ayden teruja.

ER Mansion

Tengku Malique, Adrine, Ayden dan Aryan berjalan masuk diiringi dua pengawal peribadi yang diupah khas oleh Tengku Malique.

"Master" Ke semua anak buah Tengku Malique menunduk hormat.

"Duduk. Ada satu benda yang aku nak sampaikan" Kesemua anak buahnya duduk menghadap bos mereka. Kecut perut!

"Mulai hari ini, jawatan Master akan disandang oleh anak perempuan aku iaitu Tengku Adrine Evarya Redson atau korang boleh panggil dia Ev––" Adrine memotong.

"Nope. You can call me Adrine. If I hear anyone call me Eva, I'll shoot your head into pieces" Dingin sahaja suara Adrine berkata-kata.

Tengku Malique pula hanya diam.

Mungkin terkejut dengan sikap dingin Adrine sejak peristiwa itu.

Ayden dan Aryan pula tak habis-habis menahan ketawa, sikap dingin Adrine amat menghiburkan mereka berdua.

Adrine yang terdengar ketawa halus dua ekor beruk itu lantas mengambil pistol di belakang pinggangnya lalu melepaskan tembakan rambang.

"Aku nak korang pan––" Kata-kata Tengku Malique terhenti setelah mendengar bunyi tembakan.

Tengku Malique dan anak-anak buahnya mengeluarkan pistol sebagai langkah berjaga-jaga.

Mana tahu musuh mereka sedang menyerang mereka.

Ayden dan Aryan terdiam. Terkejut dengan tembakan yang dilepaskan oleh Adrine.

Adrine tersenyum sinis. Padan muka!

"Eva ke yang tembak?" Soal Tengku Malique sedikit terkejut.

"Ye" Jawab Adrine malas.

Anak-anak buahnya kembali menyimpan pistol mereka dan mendengar perbincangan yang ingin diteruskan.

Sebelum Tengku Malique ingin menyambung perbincangannya, Adrine membisikkan sesuatu kepada Tengku Malique.

Tengku Malique mengangguk tanda faham.

"Go on" Adrine mengangguk.

"Aku ada dua sebab kenapa aku pilih untuk jadi Master sedangkan aku boleh kekal dalam jawatan Young Master.

Aku nak korang mantapkan skill korang dari segi pertahanan, lawan balas dan cara mengendalikan senjata.

Kepada sniper aku nak korang berlatih untuk menembak dengan  lebih tepat ketika saat gentir.

Aku nak balas dendam dekat Fahril dan Reza. Jadi, aku tak nak masa berlawan nanti korang cepat tumbang.

Jangan ingat bila aku dah jadi Master korang boleh pulaukan daddy aku. Dia memang bukan Master tapi dia Mega Master.

Tengku Ayden Redson ialah K2, K2 known as Knight 2 which mean guardian. Dia yang akan bertanggungjawab melindungi cargo kita.

Tengku Aryan Redson pula sebagai spy. Dia akan intip musuh. Understand? Any questions?" Setelah lama berucap dia menamatkan perbicaraannya dengan soalan.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Kamal mengangkat tangan.

"Yes?"

"Master masih dalam tempoh memerhati atau sudah bersedia untuk menjalankan misi?" Tanya Kamal dengan berani.

"Aku masih dalam tempoh memerhati. Korang tak perlu panggil aku Master, cukup sekadar korang tahu kedudukan aku. Korang boleh panggil aku Adrine" Mereka mengangguk.

"Ada soalan lagi?" Mereka menggeleng

"Bersurai" Tengku Malique memberi arahan. Dia bangga dengan anak gadisnya.

TBC

Bloody Revenge [ SU ]Where stories live. Discover now