Memang tak menang tangan Amizah dibuatnya. Terkejar sini, terkejar sana. Yelah mana taknya, hari ni, hari yang paling penting buat adik bongsunya itu, walaupun hanya adik angkat tetap juga dianggap macam adik kandungnya sendiri. Amizah sendiri yang nak sangat uruskan perkahwinan Izham dan Fattah, yelah dulu masa Amzar kahwin memang x sempat nak uruskan. Itu yang dia nak sangat jadi 'main' madam dalam perkahwinan ni.
Lagipun dia terhutang budi dengan bakal adik iparnya itu. Dah banyak sangat dia tolong, apa salahnya Amizah membalas budi Fattah. Ingatkan si Izham akan bawak menantu perempuan, mengidam sangat dia dengan menantu perempuan tapi tulah Izham pun dah ikut jejak langkah abangnya. Xpelah dah itu pilihan Izham. Dulu masa arwah Nabila ada, dapatlah merasa Amizah, adik ipar perempuan walaupun sekejap. Amizah rasa berat juga bila Izham nak kahwin dengan lelaki, tapi bila lelaki itu Fattah, Amizah jadi seronok. Sebab dah tahu budi bicara Fattah tu macam mana. Keluarga manalah yang x sejuk hatinya bila melihat bakal menantunya tu perfect dari atas ke atas bawah. Kaya, hensem, baik pulak tu. Memang x risaulah Amizah bila Izham dijaga oleh Fattah.
Awalnya memang Amizah kekok nak uruskan, yelah pasangan pengantinya lelaki dan lelaki. Itu yang pening, tapi bila rangka punya rangka, syukur jadi jugak. Majlis nikah dah settle, sekarang ni majlis sanding, tempat yang sama dibuat masa Amzar dan Adam kahwin dulu. Nasib Singapura ni cantik. Nak juga Amizah dapat pujian.
Adam dan Amzar menjadi penyambut tetamu. Nasib Abang Hamdan sanggup jaga Amsyar tu. Adelah Aqil teman sepermainan. Ramai yang datang. Mana taknya, sebahagian tetamu yang datang Fattah sponser tiket flight pergi balik, memang konfermlah diorang datang. Rezeki depan mata. Fattah dan Izham masih x kelihatan mungkin masih bersiap kot. Ramai juga kenalan yang datang.
Amzar melambai kearah satu keluarga yang Amzar sangat kenal. Rindu sangat dengan keluarga arwah Nabila. Puan Sharifah mendekati Amzar dan Adam.
Amzar: Ummi.. lama x nampak.
Sharifah: Kamulah yang buzy.
Amzar: Datang dengan siape?..
Sharifah: Dengan Nabil.Nabil yang datang dari belakang Ummi Sharifah terus menyalam Amzar dan Adam.
Nabil: Hai bro.. wuish makin sado.
Amzar: Hahaha.. xdelah.
Nabil: Hai Dam..
Adam: Hai..
Sharifah: Kakak kamu mane?..
Amzar: Ade dekat dalam tu buzy katenyer. Masuklah jumpa Kak Amizah kat dalam.
Sharifah: Baiklah.. Nabil nak ikut x?..
Nabil: Abil stay sini jer.Ummi Sharifah pergi mendapatkan Amizah yang memang x senang duduklah katakan di dalam khemah makan tu.
Nabil: Anak korang mane?..
Adam: Ade tengah main dengan abang sedara dia. Ha.... xpelah saye pergi makan sekajap laparlah. Korang buallah dulu.Adam pun pergi meninggalkan mereka.
Amzar: Mane abi?..
Nabil: Dia masih xboleh accept lagi dengan komuniti ni.
Amzar: Yeke..
Nabil: Yup.. even mase kau kahwin dulu pun, dia memang kecewa giler dan harap sangat2 yang Izham x jadi macam kau. Then bila dia tahu berita pasal Izham ni. Dia bersyukur yang Izham bukan menantunya.
Amzar: Seriously. Xkan Abi cakap macam tu sekali.
Nabil: Iyer Zar... nasib ummi faham. Oh yer kak Nadirah kirim salam. Dia cakap sory xdapt datang sebab bersalin anak ketiga.
Amzar: Yer dia ada whatpp aku semalam. Congratslah dapat anak buah lagi.
Nabil: Thanks dan maaf pasal abi..
Amzar: Aku x kisah. Habis kau dengan Harris macam mne. Haah, Harris mne?..
Nabil: Harris outstation pergi China. Tulah.. pasal abi tu. Aku jadi makin takut nak cakap hubungan aku dengan Harris. Even ummi boleh terima gay ni, but it doest mean yang dia boleh terima aku pun gay. Dia expect aku akan bawa calon menantu perempuan. Sampai diorang dah calonkan jodoh untuk aku. Yelah, aku kan x kawin2 lagi, tu yang diorang risau. X sangka jadi makin rumit.
YOU ARE READING
Cinta Si Traveler Blogger
عاطفيةBila penyesalan mula menyedarkan cinta yang dilepaskan amat merugikan. Dia mula mengejar cintanya di saat orang yang dilepaskan mula memberi ruang terhadap hati yang lebih baik Sambungan dri - Demi Mencintaimu Izham x Fattah x Joshua