Bila penyesalan mula menyedarkan cinta yang dilepaskan amat merugikan. Dia mula mengejar cintanya di saat orang yang dilepaskan mula memberi ruang terhadap hati yang lebih baik
Sambungan dri - Demi Mencintaimu
Izham x Fattah x Joshua
Air mata terus berguguran jatuh ke pipi Christian Grey. Dia hanya meratapi nasib yang menimpa dirinya. Ya.. dia ada segalanya tapi bukan untuk cinta. Joshua dah tolak cintanya demi Fattah. Nampaknya aku kena terima Anastasia sebagai isteri aku. Mengapa ianya begitu rumit sekali. X sangka kau Anastasia, sanggup korban suami sendiri demi untuk kejar kepentingan kau. Aku akan siasat siapa lelaki itu dan buktikan pada Joshua yang aku bukan seperti apa yang dia fikirkan. Christian masih bungkam di dalam kereta. Buntu untuk pergi ke mana. Dari pagi tadi hinggalah sekarang, berpuluh-puluh missed called dari papa dan mamanya juga Anastasia begitu juga dengan syarikatnya mungkin ingin menanyakan keberadaan Christian sekarang ni.
Tolonglah hentikan sandiwara ini, berikan aku peluang untuk hidup dengan tenang. Kenapa mereka masih tidak faham dengan apa yang aku nak. Dia melihat paparan skrin phonenya. Mungkin sekarang ni Joshua sedang bergembira dengan Fatttah. Sempat Christian menghantar whatapp kepada Fattah sejurus Joshua meninggalkan dia di restoren itu, menyatakan yang Joshua sudah tolak cintanya. Christan hanya bersandar di tempat duduk pemandu itu menyaksikan salji yang mula turun di kota Paris itu. Musim salji dah bermula, aku harap ada keajaiban untuk semua ni.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Joshua terus memandu menuju ke rumahnya, dia masih diam memandu keretanya, kadang2 matanya melihat kearah Fattah di sebelahnya itu. Fattah yang sejak tadi diam mematikan suasana di dalam kereta itu. Salji sudah mula turun, malam ini pasti setiap manusia memerlukan kehangatan. Ya... saat yang paling sempurna untuk dia dan Fattah. Fattah masih memandang ke luar tingkap kereta, mungkin gembira mungkin sedih dengan keputusan yang dia buat. Adakah aku gembira dengan Joshua. Adakah betul pilihan yang aku buat ni. Tuhan berikan aku jawapan. Kenapa aku rasa pilihan yang aku pilih ni tidak tepat.
Joshua juga masih memikirkan masalah Christian dengan Anastasia, walaupun mereka xde kene mengena dalam hidup aku, aku xnak Anastasia mempergunakan manusia disekelilingnya untuk kepentingan diri dia. Entahlah.. patutker aku campur hal mereka. Aku cuma nak kebahagian dalam hidup aku. Aku yakin aku boleh bahagia bila bersama Fattah. Dia memalingkan muka kearah Fattah, Johsua perasan akan air mata yang mengalir di kelopak mata Fattah. Seketika itu, dia fokus terhadap pemanduannya sambil memerhatikan salji yang terus menghujani bumi France itu. Ok... aku dah buat pilihan aku.
Joshua mengambil nafasnya. Inilah masanya. Joshua terus menghentikan kereta secara mengejut menyebabkan Fattah agak kaget dengan tindakan Joshua. Joshua memberhentikan keretanya di bahu jalan.
Fattah: Kenapa ni Joshua.. Joshua: Fattah aku nak kau jawab dengan jujur. Kau masih cintakan lelaki itu tadi ker.
Fattah diam dengan pertanyaan Joshua itu. Takut hendak dijawab, risau hati Joshua akan kecewa dengan jawapannya.
Joshua: Tell me the truth Fattah... aku nak jawapan jujur dari kau. Ini untuk kau juga. Fattah: (jeda sebentar). Ya.. aku masih cintakan dia. Tapi aku akan cuba untuk lupakan dia demi kau Joshua. Joshua: Aku tahu kau cuba untuk mencintai aku, tapi aku juga tahu hakikatnya kau masih cintakan dia. Sehebat mana pun kau bina cinta kita ianya xkan kuat cinta yang telah kau bina dengan dia. Fattah: Kenapa kau cakap semua ni Joshua... Joshua: Aku dah pilih, siapa yang patut aku cintai. Fattah: Maksud kau.. Joshua: Aku akan pilih Christian dalam hidup aku. Aku akan jadi macam kau, cuba untuk cintai seseorang itu. Aku kena selamatkan Christian dari Anastasia. Sekarang ni, Chritsian betul2 perlukan seseorang untuk dia hidup dan aku sanggup tuk jaganya. Fattah: Tapi... Joshua: Xde tapi2 Fattah. Aku tahu aku pentingkan diri sendiri, sanggup korbankan kebahagiaan kau untuk kepentingan aku. Aku tahu kau menyesal dengan pilihan yang kau buat sekarang ni. So, aku nak kau perbetulkan balik situasi ni. Fattah: Kau dump aku ker ni. Joshua: Yup.. untuk kau pergi dekat lebih baik. Aku buat ini semua untuk aku dan kau. Kita dari tempat yang berbeza, agak sukar untuk teruskan hubungan ini. Tapi aku harap lepas ni kita akan terus berkawan. Fattah: Joshua.. terima kasih. (memeluk Joshua yang masih duduk di seat memandu itu). Joshua: Hahahaha... ya.. aku pun minta maaf. Fattah: X.. aku yang salah sebab bagi harapan dekat kau. Joshua: Aku pun salah sebab aku degil nak sangat dekat dengan kau. Aku hantar kau balik tempat lelaki itu k... Fattah: K...