Bila penyesalan mula menyedarkan cinta yang dilepaskan amat merugikan. Dia mula mengejar cintanya di saat orang yang dilepaskan mula memberi ruang terhadap hati yang lebih baik
Sambungan dri - Demi Mencintaimu
Izham x Fattah x Joshua
Seorang lelaki membuka kunci bilik kecil sewanya yang sengaja dia sewa sebelah bilik blogger terkenal Malaysia itu. Sudah 2 minggu dia mengikuti jejak langkah jejaka disebelah biliknya itu. Sampai sekarang Fattah belum bersua muka dengannya. Biarlah mungkin aku tidak sedia untuk bersemuka dengan blogger terkenal itu. Aish...Tuhan berikan aku kekuatan untuk mengejar cintaku. Dia duduk menghadap ke luar cermin yang design biliknya sama dengan bilik sewa Fattah. Semua bilik di apartment ni memang begini designnya. Setiap malam apabila Fattah menghadap laptopnya, dia akan memerhatikan Fattah dari reflection cermin tingkapnya itu. Hanya melihat wajah Fattah yang dirinduinya. Walaupun tidak berapa jelas, cukuplah baginya untuk melepaskan rindu setahun itu. Dia mengambil gitar yang berada di tepi katil lalu memetik gitar sambil bernyanyi kecil untuk menenangkan hatinya. Barangkali lagu itu ditujukan untuk teruna disebelah biliknya itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Fattah tersentak dengan nyanyian itu, dia mengalihkan mejanya yang berhadapan dengan tingkap itu ke tepi lalu mendenguk ke luar tingkap. Siapa yang nyanyi tu, suara tu macam aku kenal. Sedap suara lelaki itu. Fikiran Fattah mula teringatkan dekat dia. Seseorang yang masih ditunggunya walaupun acap kali hatinya menyatakan yang dia telah melupakan lelaki degil itu. Fattah mengamati suara merdu itu, aku kenal suara itu, 13 tahun suara itu memenuhi ruang hidupku. Ya...13 tahun, masa yang agak lama. Kejap..takkanlah dia.. Fattah terus keluar dari biliknya dan berdiri di depan pintu milik penghuni baru bilik sewa itu. Tangannya laju ingin mengetuk pintu bilik itu cepat2 Fattah memberhentikan niatnya itu, betul ker aku buat ni...jantungnya berdegup laju. Fattah menggeletar ingin mengetuk pintu bilik itu. Seketika itu, Fattah terdengar suara itu semakin kuat menanyikan chorus lagu itu diiringi petikan gitar.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Fattah menhayati suara itu, memorinya terhadap lelaki itu kembali bermain di fikirannya.
'Terima kasih sebab muncul dalam hidup aku Fattah'
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.