Mama

13 2 0
                                    

LEGANYA cuti dah bermula bagi pelajar sekolah termasuklah remaja bernama Mirza.

Cuti yang diberikan selama 2 minggu oleh pihak sekolah memang meng'happykan hidup! Betul tak?

Beberapa hari selepas cuti sekolah bermula. Mama menghantar ku ke rumah sepupu terdekat. Mama ku merupakan seorang wanita ter'busy bagi aku. Yelah, nak cuti pun susah. Papa pula dah lama bercerai dengan mama. Mama yang mencari nafkah untuk kami sekeluarga sekarang.

*

Malam semasa di rumah sepupu ku, ibu bapanya mempunyai hal mustahak yang mesti dikerjakan segera. Jadi, mereka meninggalkan ku dan sepupu ku di rumah berdua.

Semasa bersalam dengan Pak Ngah dan Mak Ngah, Aliff hanya bersalaman dengan papanya. Aku juga begitu. Tangan ku hulur ke Mak Ngah namun tidak disambut olehnya. Kereta Pak Ngah mula hilang dari pandangan kami.

Sepupu ku, Aliff memilih untuk bermain game mobile di biliknya. Hampir dua jam kami menghadap gajet. Tiba-tiba bunyi seperti seseorang sedang memasak di dapur.

Aku cuma berfikiran positif bahawa itu pembantu rumah sepupu ku. Ia berlanjutan sehingga setengah jam kemudian. Satu suara memanggil kami dari tingkat bawah.

"Aliff! Mama dah masak ni! Mari turun makan dengan Mirza sekali!"
Suara itu merupakan suara mama Aliff.

'Bukan tadi mama Aliff dengan papanya keluar ke? Mungkin dah balik kot.' Fikir ku sejenak.

Baru sahaja kaki ku menapak ke pintu, Aliff menarik tangan ku kembali. Dia melarang ku untuk turun ke bawah.

"Jangan turun!"

Raut wajahnya seakan-akan ketakutan. Tangannya juga menggigil. Terus sahaja dia mengunci pintu biliknya dari dalam dan mengajak ku ke katilnya semula.

"Kenapa tak boleh turun? Kan Mak Ngah panggil tu. Nanti kena marah pula sebab tak turun makan."

Dia berdiam sebentar mengambil nafas. Sekeliling ku terasa dingin. Perasaan bercelaru bercampur aduk. Dia berbisik kepada ku.

"Itu bukan mama. Kau tidak ingatkah, Mirza. Mama aku meninggal tahun lepas."

Jawapan yang diberikan oleh Aliff membuatkan tubuh ku kaku. Lantas selimut ku sarung ke tubuh.

"Memang setiap malam ada suara memanggil aku turun. Papa juga mendengar. Dia melarang aku untuk turun. Aku juga takut."

Sehabis sahaja ayat yang dilontarkan oleh Aliff. Kedengaran bunyi ketukan pintu. Suara Mak Ngah memanggil buat kali ke dua.

"Aliff, Mirza, jom turun makan mama dah masakkan untuk kau orang."

Kami tidak memberi sebarang tindakan sedikit pun. Malah lebih kepada senyap dan berselindung di balik selimut.

Bunyi ketukan pada pintu semakin kuat. Sehinggakan aku takut jika pintu bilik akan tercabut.

Bunyi ketukan itu berhenti. Sepupu ku mengajak ku untuk menolak meja ke arah pintu. Takut-takut 'benda' itu semakin agresif pula.

Betul sangkaan kami. Beberapa minit setelah meja ditolak ke pintu, 'benda' itu seperti menendang pintu. Suara mengilai dan mengekek-ngekek ketua kedengaran. Ia berhenti setelah 20 minit berlalu.

Aku dan sepupu berjaga sehingga pagi. Siapa dan apa 'benda' itu mahu. Sampai sekarang sepupu ku mengadu bunyi itu berlanjutan...

Tamat...


Vote and comment!
Ni real story from cousin jauh.
Ehe!

[Maaf jika terdapat kesalahan
tatabahasa.]
~♡

CREEPY PASTA [editing]Where stories live. Discover now