Hide & Seek

9 2 0
                                    

HARI sabtu yang cerah membuatkan kami ingin bermain sepuas-puasnya di rumah nenek.

Adik ku, Farish. Kakak ku, Nisa dan dua orang sepupu ku. Ikhram dan Mia. Oh, hampir terlupa. Aku, Ana.

Dari bermain kejar-kejaran dan melukis. Mia memberi cadangan untuk bermain hide and seek. Bunyi macam best je.

Permainan ini dimulakan oleh kakak ku yang akan mencari kami. Cepat betul dia menjumpai kami satu persatu.

Kali ini pula giliran ku mencari mereka. Aku mula mengira nombor 1 hingga 10 secara perlahan.

Pada angka ke 8, aku terdengar bunyi larian dari belakang tubuh ku. Mungkin adik ku yang kehabisan idea untuk bersembunyi. Aku terus mengira hingga habis.

Tiada lagi bunyi kanak-kanak ketawa. Hanya bunyi keluarga kami di dapur.

Orang yang pertama aku jumpa ialah Ikhram. Kemudian, Mia dan kakak ku. Tapi di mana adik ku? Puas aku mencari di sekitar tempat di mana yang bersembunyi tapi tiada.

Aku hampir berputus asa. Sehinggalah aku terdengar bunyi tapak kaki di lantai atas. Oh, ye. Aku lupa nak tengok kat atas. Beraninya dia ke atas. Aku dan yang lain-lain menaiki tangga menuju ke tingkat atas.

Kami berpecah mencari 'adik'. Aku keruangan bilik berhampiran tandas. Terdapat jendela di situ. Bukan itu sahaja, terdapat juga sepasang kaki yang ku kira itu adalah adik.

Idea untuk mengejutkannya terlintas. Dengan perlahan-lahan aku berjalan. Aku kira sampai tiga tetapi tidak berbunyi. Angka ketiga makin dekat.
Dan......bahhhh!!! Adik ku menerjah ku dari belakang.

"Kau bersembunyi di mana?" Soal ku kehairanan.

"Di tandas. Aku fikir kau akan menjumpai aku. Apa kau buat kat sini?" Dia menyoal kembali.

Badan ku mula menggigil. Aku mengumpulkan keberanian untuk menoleh sepasang kaki tadi. Namun sepasang kaki tadi telah pun hilang.

Perkara ini aku rahsiakan dari mereka. Aku tidak akan bermain lagi permainan ini. Selamanya!

*

+akhirnya aku di masukkan ke hospital gila kerana akal ku mulai tidak sihat.

Tamat...

Jangan lupa vote and comment
Yang baik-✌ tau!
Anda boleh share cerita
seram yang pernah
anda lalui.
Cerita anda akan author masukkan
Insya'allah!

[Maaf jika terdapat kesalahan tatabahasa dalam cerita ini]

CREEPY PASTA [editing]Where stories live. Discover now