Makmal Komputer

9 2 0
                                    

BELAJAR merupakan tanggungjawab bagi seorang pelajar. Walaupun susah, kita perlu mengharungi nya.

Di sekolah sepupu ku, Mail. Terdapat rumor-rumor yang agak menakutkan. Mail juga pernah mengalami hal tersebut.

Ceritanya begini.....

*

Mail dan rakan sekelasnya berjalan menuju ke kelas. Terdengar gosip-gosip daripada mulut senior mereka.

"Ala...bukan betul pun rumor pasal bilik komputer tu pun. Saja nak takutkan kita." Salah seorang rakan Mail bersuara.

"Kalau berani jom siasat!" Seorang nya lagi bersemangat hendak menyiasat. Semua menyetujui cadangan rakannya. Termasuklah dirinya.

Mail bersetuju hanya kerana perasaan ingin tahu yang meninggi. Memandangkan mereka tinggal di asrama. Malam itu selepas kelas tuisyen, mereka memasuki tempat terlarang di sekolah. Iaitu makmal komputer lama di sekolahnya.

-

Malam yang sepi hanya bertemankan lampu suluh picit. Bunyi guruh dan burung hantu. Bulu roma Mail menegak. Tat kala bunyi guruh berdentum dengan kuat.

"Mana dia orang ni? Kata dah janji nak jumpa dekat sini. Walhal, aku keseorangan sekarang." Mail mengeluh sendirian.

Beberapa pasang mata memerhati gelagat Mail tanpa disedarinya. Ia mula mendekati Mail.

"Bah!!!!" Salah satu kawannya menerjah Mail dari belakang.

"Wargh! Ish, kau orang ni!"

Mereka memulakan operasi kebenaran! Ceh...

Pintu makmal telah berkunci. Terdapat kunci besi dan grill yang tertutup rapat.

"Macam mana nak masuk ni?" Tanya salah seorang daripada mereka berempat.

"Biar aku buat. Aku memang pakar dalam bab begini." Teman sebelahnya pula membuka mulut.

Tak sampai 1 minit. Kesemua kunci yang terdapat pada pintu makmal komputer terbuka.

Mereka mula mengeksplorasi tempat tersebut. Tiada perkara janggal berlaku sewaktu mereka di sana.

"Hm, dah hampir satu jam kita kat sini. Mana ada hantu. Tipu je rumor tu." Mail yang sudah kepenatan duduk di kerusi makmal.

Semua memandang Mail dengan tatapan kosong. Mail mulai curiga dengan tindak tanduk rakannya itu.

Dengan tiba-tiba, komputer di hadapan Mail terbuka dengan sendirinya. Pada awalnya komputer itu kelihatan sepi.

'Mungkin aku tertekan butang dengan tidak sengaja' fikir Mail.

Kerusi di sebelah Mail bergerak dengan sendirinya. Semua komputer di situ mula menyala dan hilang kawalan. Aneh, tiada elektrik di makmal ini. Bagaimana semua komputer boleh menyala.

Tulisan-tulisan aneh mula bermunculan. Seperti terkena virus. Terpapar wajah aneh di skrin komputer dan perkataan mati pada dinding dengan tulisan berwarna merah seperti darah.

Mail cuba mengalihkan pandangannya ke arah kawannya. Namun hampa, tiada siapa kecuali Mail di makmal tersebut.

Suara-suara aneh seperti ketawa, menangis dan menjerit kedengaran di kuping telinga. Darah keluar daripada dinding.

Tubuh Mail seakan-akan di tolak dengan kasar. Mail terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Keesokannya, pengawal keselamatan menjumpai Mail terdampar di padang sekolah dengan kesan luka dan lebam. Bajunya juga terdapat perkataan 'MATI'.

Seminggu selepas kejadian itu, rakan-rakan Mail berjumpa dengannya dan menyatakan hal sebenar.

-

Malam itu, kesemua rakannya menunggu di kantin sebagai tempat perjumpaan. Namun hanya seorang sahaja yang tidak hadir pada malam itu, Mail. Jadi mereka membatalkan hajat untuk mengeksplorasi makmal komputer tersebut.

Tapi alangkah terkejutnya mereka setelah mendengar cerita dari mulut Mail sendiri. Bahawa Mail dan 'kawannya' memasuki makmal itu bersama.

Tapi yang lain membangkang cerita Mail. Mereka tidak berada bersama Mail pada malam itu.

Jadi siapa yang bersama dengan Mail sepanjang malam itu?

MATI!

Tamat...

Jangan lupa vote and comment
CREEPYPASTA
Share cerita menarik
Seram!
Insya'Allah cerita anda akan di masukkan sebagai chapter

[Maaf jika terdapat kesalahan tatabahasa]

CREEPY PASTA [editing]Where stories live. Discover now