HARI ini merupakan ulang tahun datuk buat kali ke 67 tahun.
Datuk yang tidak mudah tersenyum selepas kematian nenek pada tahun lepas.
Apa sahaja yang ku lakukan tidak dapat membuat datuk tersenyum. Bahkan juga adik dan ahli keluarga ku yang lain.
Aku mengadakan parti hari jadi datuk di rumahnya. Parti tamat setelah sesi bergambar bersama datuk.
Beberapa minggu kemudian, ajal menjemput datuk. Aku sedih atas pemergian datuk.
*
Sebulan kemudian, keluarga ku ingin berpindah ke bandar. Ibu menyuruh ku menyusun barangan ke dalam kereta. Ayah mengangkat perabot dibantu oleh pekerja yang membawa lori yang ayah sewa.
Aku mengangkat beberapa kotak berisi buku dan mainan adik ku. Sebuah buku terjatuh ke lantai saat aku cuba keluar rumah.
Buku tersebut merupakan album gambar keluarga. Aku menyelak album tersebut sehingga ke muka surat terakhir iaitu gambar terakhir datuk menyambut hari lahirnya.
Aku terperanjat di kala aku membelek semula setiap inci gambar tersebut.
Di belakang kerusi datuk seakan-akan terdapat lembaga memegangnya. Aku memberi tahu ayah dan keluarga ku.
Ayah berpendapat bahawa itu adalah roh nenek yang ingin membawa datuk bersamanya.
Tapi tidak pula bagi kakak ku. Ia memeriksa berkali-kali foto tersebut. Ia terkejut setelah mengetahui apa sebenarnya yang berada di belakang datuk.
Ia bukan nenek. Wajah lembaga tersebut seperti roh yang jahat. Bukan itu sahaja. Semasa acara bergambar, wajah datuk seperti ingin memberi tahu kami sesuatu.
Kasihan datuk. Album tersebut terjatuh dan terselak ke berapa muka surat. Aku melihat gambar pada album tersebut.
Alangkah terkejutnya daku. Bukan hanya terdapat pada gambar datuk. Malah setiap gambar yang ada terdapat bayangan lembaga tersebut.
Apa tujuan sebenarnya lembaga itu berada di setiap foto keluarga ku? Adakah ajal akan menjemput kami pula?
Tamat...
Jangan lupa vote
Dan
Komen yea!
Arigatou gozaimasu!!Share cerita atau pengalaman teraneh dan terseram yang anda pernah lalui atau idea untuk author!!
Thanks!![Maaf jika terdapat kesalahan tatabahasa]
YOU ARE READING
CREEPY PASTA [editing]
HorrorBanyak kejadian atau perkara yang tak disangka bakal terjadi di sekeliling kita. Sama ada kita mengetahuinya ataupun tidak. Ia terpulang kepada kita sama ada mahu mempercayai kewujudan mereka. -Kisah seram *real story *fake story *urban legend {CRE...