DI SEKOLAH ku, terdapat rumor yang sangat menyeramkan. Bahkan aku juga takut jika aku berada dalam situasi itu.
Seramai 15 pelajar termasuk seorang kawan ku, Saki. Hilang semasa berada di sekolah. Kesemua pelajar yang hilang tanpa jejak itu tidak dapat ditemui.
Mereka menghilang secara misteri. Polis dan ahli penyiasatan tidak dapat menemui sebarang petanda. Bahkan detective yang berbakat juga menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah atau kes kehilangan pelajar sebanyak 15 orang itu.
-
Kawan ku Ion, Natsu dan Misa tak dapat berdiam diri atas kehilangan sahabat kami, Saki. Aku juga turut merasakan apa yang kawan ku rasa. Kehilangan seorang sahabat.
Natsu mempunyai idea yang tak berapa bernas. Aku yang awalnya tidak mahu terjebak dipaksa atas hubungan persahabatan. Aku tidak mahu kehilangan teman jadi aku berkeputusan untuk mengikuti idea Natsu.
Kami menyorok di kelas sehingga ke semua pelajar dan guru pulang. Hanya terdapat beberapa pekerja sekolah. Mak cik dan pak cik cleaner.
Ion mengesyaki seorang pekerja yang merupakan bekas ahli mafia sebagai dalang kehilangan 15 orang pelajar tersebut.
Hanya kerana mukanya bengis. Semua orang tidak berani mendekatinya.
'Macam manalah pengetua boleh beri peluang bekas ahli mafia ini bekerja di sekolah kami?'
Hampir 15 minit kami memerhati tindak tanduk pekerja tersebut. Kami dikejutkan dengan teguran seorang mak cik cleaner.
"Apa kamu semua buat di sini. Bukankah waktu persekolahan telah tamat?" Soalnya.
Misa memberitahu bahawa kami tertinggal sebuah barang yang penting di kelas sebagai menutupi kesalahan kami.
Kami berpura-pura ingin ke kelas untuk mengambil 'barang' yang tertinggal tersebut. Namun, mak cik mengajak kami minum sebentar di rumahnya.
-
Stor sekolah yang di berikan kepada mak cik tersebut di ubah menjadi sebuah rumah.
"Mak cik tinggal di sinikah?" Ion memecahkan suasana sunyi antara kami. Mak cik tersebut hanya mengangguk menandakan soalan Ion adalah benar.
Matahari yang hampir terbenam menandakan waktu senja telah pun tiba. Kami memasuki 'rumah' mak cik tersebut.
Terdapat sebuah gambar yang menarik perhatian Misa.
"Siapa gadis yang berada di potret ini? Sungguh ceria orangnya. Cantik pula tu." Soalan yang diberikan berisi sedikit pujian.
"Dia merupakan anak mak cik. Dia terkena penyakit aneh. Dia tidak bisa memakan daging haiwan atau sayuran." Mak cik tersebut membuka cerita.
"Apa yang terjadi kepadanya?" Aku bertanya kepadanya. Namun hampa soalan ku tidak bertemu dengan jawapan. Mak cik tersebut berdiam diri menatap gambar anaknya.
Natsu berjalan-jalan melihat perabot di rumah mak cik tersebut. Dia berhenti setelah menemui sebuah lubang yang pelik.
"Kalian mari ke sini sebentar!" Panggilan Natsu membuatkan aku pergi melihat apa yang dia lihat.
"Lubang apakah ini? Bagaimana boleh berada di sini." Natsu bertanya kepada mak cik tersebut.
"Oh, ia memang berada di situ. Kalau kamu nak lihat pun boleh." Kami berpaling semula ke arah lubang tersebut. Mak cik tersebut tersenyum sinis dan menolak kami sehingga terjatuh ke dalam lubang tersebut.
"Mak cik tolong kami keluar dari tempat ini!" Kami merayu-rayu agar dapat dikeluarkan oleh mak cik tersebut.
Satu pantulan cahaya terkena mata Misa. "Eh, bukankah ini jam tangan milik Saki?" Kami sudah mengerutkan dahi. Perasaan takut menerjah diri.
"Makan yang banyak ye sayang..." Mak cik tersebut berbicara aneh pada kami.
"Apa yang mak cik merepek ni!? Keluarkan kami segera!" Kemarahan Natsu sudah membuak-buak.
Oh, tidak! Dia tidak berbicara pada kami, melainkan sesosok tubuh di belakang kami.
Kami berpaling ketakutan. Gadis tersebut berambut panjang melepasi dada. Baju putih yang koyak rabak. Dia seperti tidak terurus.
"Terima..kasih..mama.." ia mula berbicara dengan suara yang aneh. Kami berpeluk sesama sendiri.
Gadis tersebut menjilat bibirnya. Ia mula mendekati kami berempat. Semakin dekat...semakin dekat.....
Tamat...
Cerita berasas dari buku.
Author ingat ii lupa..Jangan lupa!
Vote dan
Komen...
#CREEPYPASTA[Maaf jika terdapat kesalahan tatabahasa]
YOU ARE READING
CREEPY PASTA [editing]
HorrorBanyak kejadian atau perkara yang tak disangka bakal terjadi di sekeliling kita. Sama ada kita mengetahuinya ataupun tidak. Ia terpulang kepada kita sama ada mahu mempercayai kewujudan mereka. -Kisah seram *real story *fake story *urban legend {CRE...