BETULKAH pantang larang orang dulu-dulu? Seperti jangan tatap cermin atau menyisir rambut di waktu tengah malam.
Aku tidak mempercayai 'Urban Legend' tersebut. Mungkin orang zaman dulu ingin menakut-takuti anak mereka supaya tidur awal.
Cerita yang tersebar dari teman sekelas ku, Aqilah. Pernah menyatakan bahawa urban tersebut adalah benar.
Ia berkata bahawa kakaknya, Afifah. Pernah diganggu makhluk halus ketika menyisir rambut pada waktu tengah malam.
"Ah, semua itu HOAX semata-mata. Tak ada bukti pun." Aku tidak mempercayai kata-kata mereka.
"Kena batang hidung sendiri, baru hang tau." Kawan aku ni nak cabar aku ke? Mungkin?
"Okey, malam ni aku rakam. Aku aku sisir rambut 'Tengah Malam'." Saja aku menekankan perkataan tengah malam sebagai tanda aku tidak takut akan 'benda' itu.
"Kalau tak jadi apa-apa, aku nak kau orang settle kan homework aku selama sebulan! Deal?" Mereka bersetuju dengan cadangan? Cabaran? Donnow...
*
Sebanyak 4 kamera merakam tindak tanduk ku sepanjang malam.
Aku menghidupkan lilin dan menutup lampu. Ruangan yang gelap bertemankan lilin sahaja. 'Ush, seram pula.'
Getah rambut ku lepas. Rambut ku terjuntai melepasi dada. Ku mulakan operasi tepat jam 12 tengah malam.
Sempat ku bernyanyi lagu Dato' Siti Nurhaliza di cermin kaca.
"Tak ada apa pun jadi. Menipu jelah semua ni." Aku memalingkan wajah ku ke arah kamera. Aku melambai-lambai sebelum menamatkan rakaman tersebut.
-
Keesokannya, aku bertemu rakan ku seperti yang dijanjikan. Tidak ketinggalan rakaman semalam. Aku menghantar video tersebut ke komputer.
Aku berlagak ke teman ku kerana semalam tiada keganjilan berlaku. 'Hoho, homework aku dia orang akan settle kan selama sebulan. Happy ending...'
Aku menekan skrin komputer untuk mengulang tayang operasi semalam. Awalnya tiada keganjilan berlaku.
"Kan betul aku cakap. Tak ada apalah. Semua tu hoax belaka. Mana ada hantu." Aku berkata sombong sambil menyedut air kotak Dutch Lady kegemaran ku.
"Ish, senyaplah. Cuba kau ulang balik video tadi. Aku macam nampak something lah..." Eh, eh. Tak puas hati ke?
Aku mengulang tayang video tersebut. Dia menyuruh ku perhatikan cermin tat kala badan ku menoleh ke arah kamera.
Aku tersedak akibat melihat 'sesuatu' yang di luar akal fikiran ku.
Bayangan pada cermin yang sepatutnya mengikuti tindak tanduk ku berubah. Sepatutnya ia berbalik kebelakang. Tetapi ia malah melihat ke arah ku yang sedang leka memandang kamera.
Mulai dari hari itu. Aku tidak lagi melihat cermin. Bahkan melihat wajah ku sehingga sekarang.
Aku cantikkah? Hodohkah? Aku tidak pasti. Semua orang takut mendekati diri ku.
Akhirnya, aku membunuh diri dengan menggantungkan diri tepat umur ku menjejak 15 tahun.
Tamat...
Wadau!
Pengakhiran yang cukup sadis.
Sanggup dia bunuh diri....
Kalau author tak sanggup.....
Hush, masuk api neraka..........!Jangan lupa vote dan komen!
Share cerita menarik tentang pengalaman anda yang menyeramkan yang tak pernah anda lupa.
Sharing is caring!
Ceh...[Maaf jika terdapat kesalahan tatabahasa]
YOU ARE READING
CREEPY PASTA [editing]
HorrorBanyak kejadian atau perkara yang tak disangka bakal terjadi di sekeliling kita. Sama ada kita mengetahuinya ataupun tidak. Ia terpulang kepada kita sama ada mahu mempercayai kewujudan mereka. -Kisah seram *real story *fake story *urban legend {CRE...