MIMI merupakan kucing peliharaan ku di rumah. Bulunya yang berwarna putih bersih.
*
Sebulan kemudian, nenek ku yang berada di kampung meninggal secara mengejut. Tiada angin tiada ribut. Tiada sakit. Maybe sebab dah tua kott.
Habis upacara pengebumian nenek. Kami mengambil keputusan untuk bermalam selama 3 hari di kampung. Lebih tepat di rumah pusaka, nenek.
Baru seminit kami menjejakkan kaki ke rumah pusaka ini, Mimi membuat hal yang pelik. Dia seakan-akan ingin memberi tahu kami sesuatu.
Mimi hanya berada di depan pintu. Dia tidak mahu masuk ke dalam rumah.
'Kenapa kucing ku yang terlatih ini membuat perangai pula. Menyusahkan betul. Nasib baiklah aku sayang kau Mimi.' Mimi menambah kegusaran di hati ku.
Aku memaksa Mimi masuk ke dalam rumah. Tiada apa yang berlaku.
*
Malam pun menjelma. Kami sekeluarga memenuhi meja makan. Tidak ketinggalan Mimi di bawah kerusi ku. Aku memberinya makanan kucing.
Mimi muntah setelah makan makanan itu. Di sisi Mimi aku ternampak seakan bayangan hitam di sebelahnya. Mungkin aku berimaginasi sahaja.
Bukan itu sahaja. Mimi memanggil ke arah dinding yang kosong. Dia juga cuba memegang sesuatu. Di mata kasar mungkin tidak nampak.
Kami berunsur tidur. Aku cuba melelapkan mata. Aku teringat akan kamera yang baru ku beli. Aku ingin mencubanya.
Aku meletakkannya di ruang tamu agar dapat mengawasi kucing ku yang tidur di sofa.
Aku akan menonton semula rakaman itu pada keesokan harinya. Akhirnya mata yang ku pejam terlena.
-Jam 0000, pagi.
>kamera menyala menampakkan Mimi sedang beralih ke sofa sebelah<Jam 0315, pagi.
>Mimi berjalan ke arah dapur dan berteriak, meow dan meow selama 5 minit. Dia kembali ke sofa dan tidur semula.<Jam 0430, pagi.
>Mimi seakan berdiri dan berteriak ke arah dinding. Dia cuba menggapai sesuatu. Buku di rak terjatuh dengan sendirinya. Mimi memaling ke arah kamera dan berteriak. Kamera ditutupi oleh sesuatu yang merah.<-
Keesokannya, Mimi mati dalam keadaan tidak normal.
Kepala Mimi tercabut. Darah yang keluar dari tubuh memenuhi ruang tamu dan dinding. Apa yang berlaku?
Petang itu semasa aku berjalan ke kawasan perkampungan, aku bertanya kepada seorang pemuda di kampung itu tentang nenek ku.
Dia bercerita bahawa nenek ku merupakan seorang yang pandai membuat ubat-ubatan dan juga menyembuhkan orang yang terkena sawan.
Dulu sewaktu dia masih muda. Dia pernah ke rumah nenek ku. Dia ingin meminta nenek ku membuat ubat untuk adiknya yang sakit.
Waktu itu merupakan waktu sebelum senja. Dia pulang dengan membawa ubat tersebut. Sebelum ia meneruskan langkah kakinya. Dia terasa ingin berpaling ke rumah pusaka nenek.
Apa yang dilihatnya amat mengejutkan. 'Seekor'? Lembaga hitam sedang memerhatikannya. Matanya merah seperti darah. Akhirnya, dia berlari dan tidak menoleh sama sekali. Itu merupakan kali terakhir dia menjejakkan kaki ke rumah pusaka, nenek ku.
Badan ku terasa sejuk. Bulu roma terpacak. Aku kaku dan tak dapat bergerak.
Kamera ku tertutup oleh sesuatu benda yang MERAH. Apakah itu....?
Tamat...
Author buat chapter ni
Jam 0637, pagi.
Bulu tengkuk terasa merinding.
Huhuhu.
Hanya ALLAH yang tahu
perasaan author ketika ini.Jangan lupa untuk
Vote dan komen
#CREEPYPASTA[Maaf jika terdapat kesalahan tatabahasa]
YOU ARE READING
CREEPY PASTA [editing]
HorrorBanyak kejadian atau perkara yang tak disangka bakal terjadi di sekeliling kita. Sama ada kita mengetahuinya ataupun tidak. Ia terpulang kepada kita sama ada mahu mempercayai kewujudan mereka. -Kisah seram *real story *fake story *urban legend {CRE...