Bahagian 1

3.6K 57 50
                                    

Pagi itu sungguh indah sekali, burung burung menyanyi riang. Umar sedikit malas bangkit dari tidur, menggosok matanya berkali kali dan melihat ke jam di dinding.

Umar menguap melawan kantuk. Malam tadi dia tidur lewat kerana menonton drama yang bukan calang calang, John Travolta diimport khas bagi menjayakan watak seorang datuk seri yang tidak bersetuju anak perempuannya mahu mengisi borang bantuan membeli bekas pensil di sekolah.

Umar menggosok mata sekali lagi, jika bukan kerana satu temujanji dengan seorang makwe yang baru dikenalinya, tak kuasa dia bangkit awal pagi begitu.

Umar bangkit dari katil menuju ke bilik mandi. Bangun pagi dan mendapat satu mandian segar adalah perkara yang tidak dapat tidak, mesti ditunaikan oleh seorang lelaki yang telah mencapai akil baligh, yang mana penghujung malamnya dihabiskan dengan melayari laman web yang bukan bukan.

Selesai mandi, Umar berdiri di depan cermin yang memaparkan tubuhnya. Umar mengangkat kedua tangan membuat gaya seorang bodybuilder. Kemudian dia tersengih sambil memuji tubuhnya. Jika diikutkan, tubuh Umar lansung tidak layak untuk menyertai pertandingan bina badan dalam apa jua kategori sekalipun.

Setelah berpakaian lengkap, sekali lagi Umar berdiri di depan cermin. Melihat jika ada kecacatan dalam pemakaianny. Setelah berpuas hati, Umar mengenyitkan mata dan memberi satu ibujari ke atas kepada Umar di dalam cermin.

"Makan, Umar?" pelawa Abdul Mubin, rakan serumah Umar, sambil menunjukkan satu sudu yang berisi nasi goreng ke arah Umar.

"Bukan sikap lelaki begini, Mubin. Aku masih waras, masih bernafsu ke perempuan!" tegas Umar. Menggelengkan kepala.

"Wahai lelaki celaka, sikit pun takde niat aku nak suap ke ko, celaka!" balas Abdul Mubin, geram.

Umar ketawa, Abdul Mubin juga ikut ketawa. Saya sebagai pengarang cerita ini meneka, pembaca langsung tidak ketawa dengan lawak seperti itu.

"Amacam, aku nak pergi jumpa makwe ni, ok?" soal Umar.

Abdul Mubin kasi satu ibujari ke atas, sambil meneguk teh O ais. "Ko kalau berjaya buat makwe ketawa masa pertemuan pertama ni, Umar, potensi nak ke hotel bajet tu tinggi. Hik hik hik."

TemujanjiWhere stories live. Discover now