Kau bukanlah puteri
Bukan juga pari pari
Senyummu berseriUmar tiba tiba berpuisi, persis Zainuddin dalam cerita Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Beberapa orang pelanggan restoran bangun dan bertepuk tangan apabila mendengar Umar berpuisi. Umar yang terasa kool terus menyambung puisinya.
Buatkan setiap rasa dalam hati
Mula bekelahi
Kau bukanlah puteri
Tapi serikandi
Yang buatkan aku sanggup
Untuk matiWajah Letty sedikit merona. Hatinya rasa sebak. Mendapat puisi dari seorang lelaki adalah perkara yang patut digelar kenangan manis sampai bila bila. Letty mengesat air mata dengan alas meja yang dia sangka kain napkin.
"Awak tak suka puisi saya?" Sedikit huru hara Umar menyoal, wajahnya resah. Pelangan pelanggan yang bertepuk tangan tadi juga menjadi resah. Terjenguk jenguk kepala mereka untuk melihat apa yang bakal berlaku.
Seorang makwe dengan sedikit kuat mengatakan, "Jangan campur hal orang, duduk!" Sambil menarik lengan pakwenya. Makwe tersebut bertindak demikian adalah kerana dia tidak pernah mendapat kata kata romantik dari pakwenya. Pakwenya amat gemar memancing dan sering sahaja bercerita mengenai ikan tanpa mengira waktu dan ketika.
Umar mengenggam jari jemari Letty dan meminta maaf jika puisinya tadi telah mengguriskan hati Letty.
Letty menggelengkan kepala dan tersenyum riang.
Umar jadi lega. Begitulah perempuan, mereka mampu mengawal beratus emosi dalam satu masa. Umar naik saksi bahawa perempuan adalah perkara ajaib yang sebenar benarnya.
"I love you, awak." Letty merenung tepat ke wajah Umar. Wajah yang diyakini tanpa was was akan membawanya meniti arus perjalanan di dunia ini. Wajah yang pada hari ini akan menjadi kekasihnya.
Umar sedikit tergamam. Halkumnya bergerak tanda Umar menelan air liur. Belum sempat Umar mahu membayangkan kondom perisa pisang, Dewi Cinta memanahkan panah asmara sekali lagi. Umar mula terbayang sebuah keluarga yang bahagia.