Umar menarik keluar kerusi di meja makan, dan mempersilakan Letty duduk. Setelah itu, Umar menarik kerusi di depan Letty dan duduk menghadap Letty. Kedua dua siku Unar tongkatkan ke meja, dagunya dialas dengan kedua dua tapak tangan dan merenung Letty sedalam dalamnya. Cukup elegan gaya Umar ketika itu.
Letty juga berbuat perkara yang sama. Mereka berdua berbalas renungan hampir beberapa minit. Di dalam kepala Letty, Umarlah pilihan hatinya, yang akan menjadi ketua keluarga, dan hidup bersama sama Umar selama lamanya. Dan, Letty tersenyum membayangkan sebuah keluarga yang bahagia.
Umar juga begitu, di dalam kepalanya hanyalah Letty dan membayangkan 3 kondom perisa pisang.
"Terima kasih." Letty memberikan senyuma kepada pelayan restoran western. Umar sekadar menganggukkan kepala.
Letty mula melihat dan menyelak buku menu. Satu per satu menu yang ada di dalam buku menu Letty baca. Dari halaman pertama hinggalah halaman yang terakhir. Kemudian, sekali lagi Letty melihat halaman pertama dengan sedikit lama sebelum membuat satu pesanan nasi goreng lamb chop dan jus oren. Umar memesan nasi goreng chicken chop dan jus tembikai.
Sementara menunggu pesanan tiba, Umar melihat pemandangan ke arah tasik. Kelihatan sepasang kekasih Bangladesh sedang berkelahi. Menjerit jerit dan melompat makwe Bangladesh memarahi pakwe bangladesh ketika itu. Umar meneka yang makwe Bangladesh mahu minta putus kerana pakwe Bangladesh memakai deodoran yang mana telah melanggar ada orang Bangladesh.
"Nanti kita pun akan berkelahi macam tu ke?" soal Letty. Wajahnya sedikit keruh.
"Untuk bidadari saya ni, tidak ada apa apa yang boleh buat saya marah. Seandainya ada wujud panasnya di dalam hati saya ini, awaklah penyejuknya," jawab Umar. Wajah Letty sedikit bercahaya.
"Umpama saya sesat di gurun Sahara. Waktu itu, panas terik telah buatkan saya putus harapan untuk hidup. Lalu muncul jus tembikai entah dari mana untuk memberi saya harapan baru. Dan, jus tembikai itu adalah awak." Umar mencuit hidung Letty dan menyedut jus tembikanya yang baru tiba di hantar pelayan.
Wajah Letty jadi sedikit merah mendengar kata kata manis dari Umar.