Umar merenung lama buah dada Letty. Sesekali Umar meneguk air liur. Bergilir gilir bebola mata Umar merenung buah dada dan wajah Letty. Di dalam kepala Umar, otaknya mula bekerja, menterjemahkan apa yang ada di depan mata Umar.
Semakin jauh fikiran Umar melayang, semakin kuat otaknya bekerja. Dari filem Titanic, visual Jack yang sedang memotretkan kecantikkan kekasihnya tanpa seurat benang ke dalam kanvas hinggalah ke visual filem Hollowman yang mengintai jiran wanitanya yang baru selesai mandi, duduk menghadap cermin dengan jubah mandi yang tidak diikat kemas dan ditiup angin sehingga menayangkan buah dada.
Umar ketuk lutut sekali lagi. "Sedapnya kalau aku dapat letak muka dekat...." belum sempat Umar menghabiskan kata kata, Letty memotong,
"Apa yang sedap tu, awak?" Soal Letty, keningnya berkerut memandang ke Umar.
"Errr... anu, errr..., sedapnya kalau pertemuan pertama kita ini diakhiri dengan janji untuk menjadi sepasang kekasih yang sanggup mendaki setiap gunung dan berenang merentasi setiap lautan di dunia ini." Kucar kacir Umar memberikan jawapan.
"Hik hik hik. Kelakarlah awak ni, tau." Balas Letty, seraya mencubit lengan Umar.
Umar tersengih. Dan sengihannya mula jadi lebar sampai ke telinga bila teringatkan kata kata Abdul Mubin di akhir bahagian satu.
"Awak tak kisah ke, saya taklah cantik mana," kata Letty seraya menyelak anak rambut yang jatuh di wajahnya. Walaupun sebenarnya Letty ini mirip sekali dengan wajah Anushka Sharma, namun sengaja Letty berkata demikian kerana mahu dipuji oleh Umar.
"Awaklah perempuan yang paling cantik pernah saya lihat. Setelah bertemu dengan awak, saya naik saksi bahawa ada bidadari yang tinggal di bumi ini." Balas Umar, penuh semangat.
"Ish, tak ada lah, awak ni pandai pandai je," Wajah Letty sedikit malu dan riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia menunggu Umar memuji dirinya lagi. Saya yang ketika ini sedang mengarang cerita ini rasa benar benar menyampah dengan kelakuan Letty dan mengambil keputusan untuk berhenti mengarang setakat ini dahulu.