>♠22♠<

3.4K 312 85
                                    

Berita kematian eomma sampai ke telinga aku masa aku berumur 3 tahun.Ya,tidak sampai setahun aku berada di pusat yang kejam tu.Aku masih mentah.Aku tak tahu nak menangis ke nak marah.Aku diam sehinggalah aku berumur belasan tahun.Baru aku tahu punca bagaimana eomma boleh mati.

Dia dibunuh.Kata ketua mafia kawasan Gangnam,eomma aku dibunuh oleh si dia.Yes,manusia yang asyik disebut-sebutkan tadi.Dia berjaya bunuh eomma aku.Kira hebat bukan?Selepas dia bunuh eomma,dia terus menghantui anak² nya.Iaitu abang² aku.

Mafia Haera,mafia paling tertinggi pangkatnya di negara Korea Selatan ni.Eomma bukan sahaja kaya,malah dia licik dalam melakukan sesuatu misi.Banyak musuh tumpas di tangannya.Pihak polis pun cukup takut kalau nak cari pasal.

Ceyy pasal~

Eomma aku banyak anak buah.Tak terkira bilangannya.Bukan di Korea je,negara berjiran pun ada.

So persoalan di sini,macam mana eomma aku boleh dibunuh?Eomma kan cukup terjaga dengan pengawal.Eomma seorang yang kuat,but...macam mana boleh mati?

Si pembunuh itu mesti lagi hebat.Tujuan dia bunuh eomma semata-mata untuk merampas kuasa.But he can't...

Eomma dah sign wasiat.Kalau dia mati,kuasa ketua mafia tu akan diturunkan kepada salah seorang daripada anaknya.Eomma lagi cepat,kalau dia dibunuh pun,kuasa itu takkan dipindahkan kepada si pembunuh.

So,itu hanya sia-sia bagi si pembunuh.That's why dia cuba nak cari anak² kepada Mafia Haera pulak.Dia nak bunuh seorang demi seorang daripada kami demi kuasa itu.Dia nak sangat takhluki semua barisan mafia di negara ni.Tamak.

That's why kami diarahkan untuk tinggal sekali di bawah bumbung yang sama.Di tempat yang tersembunyi.Tiada sesiapa.Sunyi...

Sampai sekarang,tiada sesiapa tahu siapa si pembunuh tersebut.Apa yang pasti,dia lelaki.

Now the problem is...dia dah tahu nombor telefon aku.Zaman teknologi sekarang ni  bukan boleh dibuat main.Setakat nombor telefon pun,macam² kerja jahat boleh dibuat.Aku harap Yoongi boleh atasi masalah tu.

Itu yang bahaya.Aku takut dia dapat mengesan kedudukan kami berlapan.Aku tak nak sesiapa mati.

I love my siblings.

"Woi!Kau merenung apa lama sangat?",tegur Taehyung lalu mencubit pipi gebu aku.Auch sakit.Lelaki itu ketawa kecil saat aku mengusap pipi menahan kesakitan.Tak gentle langsung.

Suasana malam di rooftop memang cantik jugak ye.Bulan yang mengambang menyinari kegelapan hutan tebal itu.Hutan dalaman yang dipenuhi dengan pokok ru dipandang aku.Angin yang sejuk mula menaikkan rasa mengantuk.Adehh...

"Oppa.Jae nak tanya sikit."

"Apa tu?"

"Oppa kenal tak siapa Mafia 01?",soalan aku membuatkan Taehyung terdiam.Dia kembali memandang ke hadapan dengan dengusan kecil.Aku hanya menunggu jawapan daripada lelaki tersebut,namun tiada suara.

Hanya kedengaran suara cengkerik.

"Kau nak tahu satu benda?",Taehyung mengubah topik.

"Apa?"

"Aku start tahu yang eomma dah mati masa aku berumur 6 tahun.Kau umur tiga tahun kan masa tu?"

"Errr yes.Kenapa?"

"Lepas je eomma mati,Mafia 01 ditukar kepada yang baru.",aku tergamam.Tetiba tanganku terketar-ketar,macam orang yang bakal dijemput oleh malaikat maut.Mafia 01...ditukar??

"Kenapa?A-Apa yang dah terjadi...dekat dia?"

"Mati~",kata Taehyung dengan senyuman sinis.Wajah aku langsung tidak dipandang.Dia makin meluaskan kelopak matanya dan terjekil.Aku mula rasa pelik.

°•SIBLINGS•°[-♚BTS♚-]✔Where stories live. Discover now