Aku cuba meliarkan mata ke arah luar melalui lubang kunci di pintu.Cerah.Di dalam bilik ni cukup gelap.
Aku menyandarkan belakang badanku sebentar di papan pintu.Cuping telinga aku garu sambil memerah otak bagi mencari jalan untuk keluar dari sini.Hmm...Sekejap.Aku tahu.Segera aku berlari ke arah katil dan berdiri di atasnya.Dengan sepenuh tenaga,aku menjerit bagai dihasuti hantu sawan.
Agaknya boleh runtuh statue of liberty.Dengan pekikan itu,pintu diketuk dengan laju dari arah luar.Kedengaran suara beberapa orang lelaki mengarahkan aku agar diam.Huh,kalau aku tak nak?~Aku menjerit lagi,kali ini memang kuat.Aku harap taktik ini berhasil.
Mungkin diorang tidak dapat menahan lagi kebisingan aku,pintu lantas dibuka.Kelihatan seutas tali dan sehelai kain digenggam mereka untuk mengikat aku agar aku tidak bising lagi.
Dua orang?Bagus.Segera aku melompat dan menerjah dua orang lelaki berbadan sasa tersebut.Kami bertiga sama-sama jatuh menyembah bumi,kaki aku sempat ditarik semasa cubaan melarikan diri.Dengan pantas,hidung mancungnya aku tendang berkali-kali.Kaki aku bebas.
Aku berlari ke arah muka pintu dan meliarkan pandangan ke arah luar.Seriously?Lorong ni seakan-akan hotel!Nampaknya aku disembunyikam di bangunan yang agak besar.Aku disedarkan dengan bunyi tapak kaki dari arah belakang,mereka berdua tadi cuba untuk dapatkan aku semula.
Jangan harap.
Aku membuka langkah seribu pergi ke hujung lorong.Aku terhenti dengan kehadiran beberapa orang lelaki yang keluar daripada lif.Ahh habislah aku kena kepung.Senjata pula tak ada.
Bertenang Jae,kau mesti selesaikan masalah ni seorang diri.Tentang habis-habisan sebelum diri kau diselamatkan oleh tujuh orang manusia tu.Kau nak diorang hidup bukan?
Kedua-dua penumbuk aku kekalkan sebagai pelindung.Aku memerhatikan seorang demi seorang daripada mereka.Senyap.Masing-masing mengacukan pistol ke arah aku.Kenapa tak serang?
Bbang Bbang!!
Kami semua dikejutkan dengan beberapa das tembakan.Rasanya bunyi itu datang daripada tingkat bawah sekali.Huru-hara?
No.
Tak mungkin,diorang dah datang?!Habislah!What about Mafia 01?!Shitteu!
Segera aku menarik tangan salah seorang yang mengepung aku lalu membuka serangan.Seorang demi seorang aku hentam tanpa mengira kesakitan yang menimpa aku.Walaupun ditendang dan ditumbuk,aku tidak hiraukan.Janji aku dapat halau mereka bertujuh itu keluar dari sini!Please...bagi Jae masa!Tidak disedari aku dari jauh,semasa pergelutan...kepalaku disasar dari arah jauh.Belum sempat picu ditarik,kepala penembak itu ditembusi dengan sebutir peluru dari arah muka pintu lif.Aku terkedu.
Semua mengalihkan pandangan ke arah tetamu yang tidak diundang itu.
Seorang jejaka yang berpakaian sut hitam lengkap dan bertopeng muka berdiri di muka pintu lif,dia kemudiannya mendekati aku.Tali leher yang berwarna merah gelap itu amat aku kenal.Tanganku segera ditarik menuju ke arah lif,musuh yang lain tidak berani untuk dekatkan diri dengan jejaka tersebut.Wut??
Aku tahu sebab apa,mesti dia mafia.Tapi siapa?
Pintu lif ditutup.Aku berdiri tegak sambil mencengkam hujung skirt.Wajahnya disebalik mask hitam itu macam aku kenal je.Dia hanya bersandar sambil menyumbatkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar.
Senyap.
Seriously?Bangunan ni berketinggian 8 tingkat,holy dionysus!
"Kau ok?",tegur lelaki itu lalu membuka mask yang menutupi separuh mukanya.Aku menghela nafas lega,mati-mati aku ingat penyamar mafia lagi.
"Nee Namjoon oppa,gumawo."
"Sekarang kau just ikut aku,jangan merosakkan plan aku untuk selamatkan kau ara?",kata Namjoon sebelum pintu lif dibuka.Aku hanya mengangguk faham.
Tangan aku digenggam kuat lalu dibawa keluar.Aku tergamam.Suasana di tingkat bawah begitu huru-hara dengan pergelutan manusia.Setiap percikan darah dan das tembakan disaksikan aku,beberapa orang lelaki bersut hitam sedang hebat bertarung.
Aku terhenti dan menarik tangan daripada pegangan Namjoon.Lelaki itu segera beralih ke arah aku.
"A-Awak semua d-datang selamatkan saya?",ujar aku dengan ketaran hebat.
"Ya,Yoongi jumpa koordinat tempat ni so kami cepat-cepat datang selamatkan kau.",balas Namjoon dengan kalut.Aku masih terkaku di situ.
"Without any plan?",soal aku semula.Namjoon mula hairan dengan sikap aku.
Tanpa disedari,aku hampir ditembak oleh salah seorang daripada musuh namun ia cepat dihalang.Dari jauh,Yoongi melepaskan peluru ke arahnya.Tanpa membuang masa,aku ditarik keluar daripada bangunan tersebut.Aku sempat beralih ke belakang,kelihatan abang-abangku yang lain sedang sibuk bertarung.Aku rasa bersalah,agak ramai musuh kali ni.Lebih kurang 6 orang bertarung dengan berpuluh-puluhan musuh.Ramai juga pengikut Mafia 01,ahh sungguh kecewa.Semuanya pengkhianat.
Ternyata di sini adalah kawasan hutan,agak sama seperti kediaman kami.Tapi,di sini lebih dekat dengan kawasan bandar.Namjoon melarikan diri aku keluar daripada situ dengan kereta.Aku hanya ikut saja si Mafia berkod 02 itu tanpa membantah.
"Oppa nak bawa saya pergi mana?"
"Selamatkan kau la budak!Kau tak nampak siapa di belakang kita?",balas Namjoon berang.Segera aku melemparkan pandangan ke arah cermin sisi.Betul kata Namjoon,kami dikejar dengan 5 buah kereta berwarna hitam.Kenapa diorang still kejar kami berdua?Apa yang diorang nak?
Namjoon menekan minyak hingga kelajuan mencecah 150.Rasa macam jantung aku dah terlucut dan melebur.Namun kami berdua tetap dikejar,Namjoon sempat menanyakan soalan...
"Jae,kau free kan sekarang ni?"
"Free?Maksud oppa?"
"Tolong aku buat plan untuk selamatkan kau.Mian...aku tak sempat nak buat plan awal-awal...",kata-kata Namjoon membuatkan aku tersentak.Apa maksud kau tak sempat?Selama ni kau tenang je sediakan plan misi yang bagus,tapi kali ini apa pula?Apa masalah kau Namjoon?
Aku panik.Aku mencengkam rambut aku dengan kuat.Namjoon hanya berdiamkan diri menunggu jawapan daripada aku.Kelajuan kereta masih kekal.Aku rasa macam nak menangis,belum sempat aku hendak berkata-kata,tangaku digenggam erat dengan telapak tangan hangatnya.
Senyuman dipamerkan dengan kedua-dua lesung pipit manisnya.Aku terkedu.
"It's ok,aku dah dapat idea.Aku akan cuba selamatkan kau Jae😊jangan risau..."
"..........."
"Cuma....aku nak minta maaf awal-awal.Kalau gagal,aku harap kau tak akan maafkan aku sampai bila-bila.."
"K-Kenapa oppa...cakap m-macam tu?",aku mula nak menakung air mata.Namjoon kekal dengan senyumannya.Pipi aku kemudiannya diusap lembut.
"Sebab aku rasa...nyawa kau bagai telur di hujung tanduk termasuk aku....dia ada di sini."
"Dia?Siapa?"
"Mafia 01."
-End Chapter 32-
YOU ARE READING
°•SIBLINGS•°[-♚BTS♚-]✔
FanficAnak kepada ketua mafia yang terhebat di South Korea?? Dan kau seorang sahaja perempuan di dalam keluarga itu~ ..... "Aku ada abang?" "Yes,diorang mafia juga seperti kau.Tapi berkelas atasan." ..... Jae terpaksa tinggal dengan diorang. Agak janggal...