"Mafia Yoo Jaerim,we need to talk."
Aku dan Jungkook saling memandang.Hatiku semakin resah apabila abang-abangku yang lain turut masuk ke dalam bilik itu,mafia yang lain pun.Mereka senyap tanpa mengatakan sesuatu.Segera aku bangun dan berjalan ke arah Mr Hyuk.Lelaki berusia itu tertunduk dan memimpin tangan kecilku.
"Ahjussi harap Jae boleh terima semua ni...",kata Mr Hyuk.Aku mengerut kening kekeliruan.Dipandangnya wajah Jin dan yang lain-lain,mereka hanya mengetap bibir dan tertunduk.Apa dah jadi?
"A-Apa yang ahjussi nak bagitau?",soal aku.Mr Hyuk menghulurkan buku wasiat eomma semula.Buku yang masih elok kulitnya itu aku sambut perlahan-lahan.Kenapa nak pulangkan buku ni dekat aku?Diorang nak aku sambung kaji buku ni pula ke apa?Seriously?
Aku menyoalkan keputusan yang diorang dah dapat semasa perbincangan tadi.Masing-masing tidak berani mengeluarkan suara,termasuk Mr Hyuk sendiri.
"G-Guys…N-Namjoon ke si pewaris Mafia H-Haera?",soal aku dengan dengan ketaran yang sangat hebat.Hampir saja air mata ingin jatuh lagi.Mr Hyuk memperbetulkan cermin matanya lalu menepuk bahu aku.
"Kita patut bersyukur...Mafia Kim Namjoon bukan si pewaris kuasa Mafia Haera,mengikut kajian daripada kami semua berdasarkan buku ni,Mafia Haera sebenarnya banyak meninggalkan klu yang jelas mengenai pewaris kuasanya.Cuma kamu semua tak nampak."
"E-Ermm jadi...siapa pewarisnya?"
"Kamu."
Terdiam.
Aku membulatkan kedua-dua biji mataku.A-Andwae...
Buku eomma yang dipegang terlepas dan jatuh ke atas lantai.Tak mungkin,kenapa mesti aku?Eomma dah buat silap besar.Jantung aku semakin berdegup laju,rasa macam nak pass out."Huh...b-bukan saya..haha bukan saya kan?Korang semua saja nak perkenakan saya bukan?",ujar aku dengan ketawa kecil.Menganggap saja bahawa pernyataan itu hanyalah satu jenaka mereka.Namun,mereka tetap senyap dan menghela nafas kecil.Akhirnya Jin berjalan ke arah aku dan memegang kedua-dua bahu aku agar menghadap dengannya.
"Mr Hyuk cakap betul,memang kau pewaris kuasa eomma.Kau kena terima..."
"Andwae!",jerit aku."Cukuplah setakat Namjoon oppa!!Jae tak nak korang semua pula jadi mangsa seterusnya!!",sambung aku.Serious aku tak boleh terima keputusan gila ni.Segera aku melangkah kaki keluar daripada bilik itu dan meluru ke arah rooftop.Jin dan yang lain mengikut langkahku dari belakang.
Pintu dibuka dan langkahku diteruskan.Kawasan rooftop yang luas itu menjadi tempat untuk aku mendaratkan lututku.Tak mampu untuk menahan kesedihan lagi.Angin malam yang sejuk membuatkan hati aku bertambah lagi sayu.Teriakan yang kuat membuatkan Jin yang baru saja sampai di muka pintu terhenti.
Lelaki itu perlahan-lahan mendekatiku,termasuk Jungkook.Masing-masing saling berpandangan sambil memikirkan cara untuk menenangkan aku.
Huh fine.
Jin mengambil keputusan untuk menyentuh kedua-dua bahuku,namun terhenti di situ.
"Bunuh Jae!!"
"Kenapa kau cakap macam tu?",soal Jin.Aku memandang ke arah lelaki itu dan mencengkam bajunya dengan ketakutan.
"Apa Jae boleh buat dengan kuasa tu??Jae tak layak Jin oppa!!Jae tak boleh terima keputusan eomma,eomma dah buat silap besar!"
"Bertenang budak,apa yang kau nak takutkan?Tell me,tak apa...just bagitau aku.Segala kekurangan,kita ubah sama-sama...ara?",kata Jin sambil mengusap kepala aku.Usapannya pula teringatkan Namjoon...ahh hati aku memang lemah untuk menampung musibah
kali ni.Hati aku memang tak kuat.Tubuh kecilku mula ditarik masuk ke dalam dakapan hangatnya.Aku membalas pelukan dengan teriakan hingga membasahi dada lelaki itu.
Hujung rambutku disentuh Jin lalu dipuntalnya dengan senyuman tipis.
Kami berdua hanya diperhatikan dari jauh.Hoseok bersandar di dinding dan menyumbatkan kedua-dua tangannya ke dalam poket.
Yoongi hanya melemparkan pandangan ke arah lain.
Taehyung tertunduk tanpa suara.
Jimin pula menyembunyikan diri disebalik pintu,tak mampu untuk melihat kesedihan yang aku timpa."Jangan takut,aku tau sebab apa kau tak boleh terima keputusan eomma.Don't worry...aku akan lindungi kau Jae.Aku janji.",bisik Jin.Aku tak mampu untuk berkata apa-apa malah menyembamkan saja wajahku di bidang dadanya.Hmm...
Serious aku sangatlah buntu.Kalau aku abaikan saja kuasa yang eomma,nescaya hancur semua mafia.Mafia 01 akan rampas kuasa ni,dan kawal mafia-mafia tidak kira baik ataupun jahat,dia menguasai segalanya.Akhirnya mereka terpaksa mengikut manusia pengkhianat itu..termasuk abang-abangku yang lain.Habislah...
Aku tak nak,kau mesti buat sesuatu Jaerim!Walaupun diri kau memang tak layak memegang kuasa ni,tapi kau kena juga bertanggungjawab.Ini semua dah ditentukan oleh eomma,mesti ada sebab kenapa eomma pilih aku.
Aku kena siasat.
In the same time...Mafia 01 mesti akan buru kau jika dia tahu kaulah si pewaris kuasa tu.S*it.
Kau pula mesti lindungi abang-abang yang lain daripada dibunuh oleh Mafia 01...akibat daripada perjanjian yang lepas.Dan diorang pun akan lindungi kau daripada dibunuh oleh si pengkhianat itu.
Pening bukan?Apa aku nak buat?
"Jae tak yakin o-oppa boleh lindungi Jae...",kata aku.Jin menghela nafas kecil dan cuba untuk memandang wajahku yang kini basah dengan air mata.Rambutku disisir ke cuping telinga lalu pipiku dicubit perlahan.
Lelaki itu melemparkan senyuman manisnya membuatkan hatiku terdetik seketika."Aku tak akan maafkan diri aku kalau aku gagal untuk lindungi kau,Yoo Jaerim...",kata Jin dengan pandangan serious.Senyuman manisnya tadi pudar dan hilang dari pandangan aku.Aku mengetap bibir menahan kegerunan.Omo..
"Ingat,aku tak akan sesekali biarkan dia keluarkan setitik darah pun daripada badan kau...
Aku sanggup untuk lindungi kau Jae... hingga ke nafas terakhir aku...
Itu janji aku...aku sanggup...
...sebab aku sayangkan kau.Kami semua sayangkan kau.
Kau mesti hidup,usah hiraukan kami."
'Kau sedar tak orang yang akan bunuh kita nanti siapa...setakat Namjoon berkod 02 pun,dia boleh sapu dengan mudah...'
'Nampaknya Mafia 01 dah mulakan permainan~'
'Anda sudah bersedia?'
-End Chapter 36-
_____________________________
_____Tbc:
Who's mafia 01?
Ask yourself HAHAHAHASis goyang kaki dulu~
![](https://img.wattpad.com/cover/185185659-288-k896646.jpg)
YOU ARE READING
°•SIBLINGS•°[-♚BTS♚-]✔
FanficAnak kepada ketua mafia yang terhebat di South Korea?? Dan kau seorang sahaja perempuan di dalam keluarga itu~ ..... "Aku ada abang?" "Yes,diorang mafia juga seperti kau.Tapi berkelas atasan." ..... Jae terpaksa tinggal dengan diorang. Agak janggal...