Bab 1: Aku Nak Boyfriend
.
.
.
"Couple tu HARAM!"
.
"Jadi, kalau nak bercinta, mesti lepas kahwin, memang nikmat"
.
"Buat apa couple sebelum kahwin? Lepas kahwin nanti kan cepat bosan? Benda yang sama je, ayat yang sama je"
.
"Lagipun tak dapat apa pun kalau couple, lagi tambah dosa je ada la"
.
"Wei... dah 30 minit, tapi cikgu still cakap pasal kahwin jer..."
Syafina hanya mengangguk sebagai tanda setuju, memang betul pun cikgu mereka asyik bercakap pasal kahwin je, memang nak tekankan anak murid pasal keburukan couple.
"Kau free tak lepas sekolah ni? ML jom?" Soal Syafina kepada sahabat karibnya, Qaisarah.
Qaisarah menggeleng sebagai jawapan, "Aku tak leh on petang ni, malam boleh la, nanti aku mesej kau" balasnya sambil tersenyum.
Syafina menjeling tajam, "Kau tu bukan boleh percaya, tengok last time apa jadi? 5 jam aku tunggu, kau tak on-on pun!" bentak gadis berjawatan pengawas sekolah itu.
Qaisarah ketawa kecil, "Alah, kau ni.. Aku dah mintak maaf kan~? Siap bagi 10 alasan lagi, sorry keyh? Janganlah majokkk~~~" pujuknya sambil membuat 'puppy eyes'.
Syafina mendengus, "Kau ingat comel ke haa? Anjing lagi comel lah! Hahahahaha" katanya sambil ketawa terbahak-bahak.
Qaisarah tersenyum, "Eh, of course aku comeyy, tengoklah sape bapaknya~" kata bekas penolong ketua kelas itu dengan bangganya.
Sekali lagi Syafina menjeling, "Yela-yela, anak Zulkadi memang comel pun" perlinya dengan nada yang kuat. Sengaja nak malukan sahabatnya itu.
Muka Qaisarah memerah, dia menampar bahu Syafina dengan kuat sambil mengerutkan dahinya, "Senyap la! Kang Mukhlis dengar mampos aku kena ejek!" desisnya.
"Aduh! Sakitlah! Dia kan duduk jauh! Mana la boleh dengar!" Marah Syafina lalu membalas semula pukulan itu.
"Ouch! Ok, aku memang patut kena yang tu, sorry, sakit ke?" Soal Qaisarah sambil menggosok dan meniup semula bahu Syafina yang dipukulnya tadi.
YOU ARE READING
Pilihan: Kawan atau Boyfriends [OG]+Kth
Short Story"Kalau sebut pasal pilihan antara kawan atau boyfriend, aku pasti pilih kawan..." - Sofea Syafina berasa agak serba kehilangan apabila mengetahui bahawa sahabat baiknya lebih meluangkan masa dengan teman lelaki daripada dirinya. Qaisarah pula berasa...