Bab 3: K-Kiss?!

7 1 1
                                    

Bab 3: K-Kiss?!

.

.

.

"Aduh... sebab jantan tu la aku kena 10 dimerit... dasar lelaki Korea taguna!"

Qaisarah menggelengkan kepalanya, "Kau ni pun satu, bagi tahu je la mamat tu kelas kau... bukan boleh mati pun kalau dia tahu kau kelas mana" katanya sambil ketawa kecil.

Syafina memandang serong ke arah sahabatnya, "Bagi kau yela tak mati, bagi aku, dia tahu koordinasi aku sekarang pun dah macam Neraka bagi aku, kau tahu tak?!" bentaknya dengan nada yang marah.

"Eleh, macam la dia boleh tahu-" "Assalamualaikum Akak Pengawas, tengah buat apa tuwh~?" Syafina memandang Qaisarah dengan pandangan aku-dah-kata.

Qaisarah mengangkat kedua-dua bahunya sebelum berjalan laju, meninggalkan mereka berdua-duaan, 'Waduh-waduh! Maksiat! Bahlul la pergi tinggal aku sorang-sorang je dengan mamat poyo ni!' fikir Syafina.

Taehyung, seperti sudah membaca fikirannya terus menjawab, "Jangan risau, aku takkan sentuh kau... lagi. Aku nak tanya je, kau kenal Nur Khairul Sofea tak?" Soalnya sambil menunjukkan senyuman manis.

"Haa kenal, asal kau tanya pasal perempuan tu?" Soal Syafina semula sambil mengangkat sebelah keningnya. Tangannya disilangkan.

Taehyung tersengih, "Kenapa? Kau jeles ke~?" Soalnya dengan nada mengusik membuatkan Syafina mendengus, "Heh, dalam mimpi la wei, takde masa aku nak jeles, btw, dia BFFTJ aku, asal kau tanya pasal dia?" Soalnya.

"... BFFTJ? Best friends forever till Jannah?" Soal Taehyung lalu mendapat anggukan dari pengawas itu, "Then aku nak jadi BFFTJ kau jugak boleh tak?" Soalnya sekali lagi.

"... Tak boleh! List best friends aku dah penuh! Bye!" Dengan itu, Syafina pun berlari meninggalkan Taehyung seorang diri tapi sempat dia berkata, "Jangan lupa turun, pelajar tak boleh ada kat atas blok masa rehat!!" dengan nada yang tegas.

Taehyung menggelengkan kepalanya, "Ok Akak Pengawas.." katanya sendirian setelah Syafina hilang dari pandangannya.

____________

Qaisarah tersenyum nakal Syafina apabila terlihat kelibat sahabatnya yang sedang menuruni tangga blok kelasnya itu, "Amacam date kau beb? Best tak?" Usiknya.

Syafina menjeling tajam mengabaikan usikkan rakannya itu. Dengan langkah yang cepat, dia terus menuju ke kantin sekolahnya, "Date apa bendanya, aku ni bukan perampas bersiri" jawabnya sambil memutarkan bola matanya.

Seperti biasa, mereka berdua terus menuju ke arah meja makan yang berdekatan dengan kaunter kantin sekolah mereka.

Namun, macam ada benda atau lebih spesifiknya seseorang yang tiada.

"Mana pulak si Sofea ni?" Soal Qaisarah, memetik nama sahabatnya yang lagi seorang itu.

Syafina hanya mengangkat bahunya, lalu membalas, "Busy la tu, maklumlah... budak seni banyak kerja khusus"

"Hm.. ye tak ye, jom lah beli makanan dulu, dia keluar lambat la tu" Kata Qaisarah sebelum meletakkan botol air berwarna merah jambu di atas meja mereka.

Buat tanda... takut kena rembat lah katakan.

Mereka kemudiannya berjalan ke arah kaunter untuk membeli makanan.

__________

Jam sekarang menunjukkan 2.50 petang, masa untuk kelas 4 Sejiwa dan 4 Sehati untuk pulang ke rumah.

"Kelas, bangun~ Terima kasih cikgu!"

"Terima kasih cikgu"

"Wei, kau balik kol berapa harini?" Soal Qaisarah sambil menghampiri Syafina yang masih mengemas begnya.

"Kol 3, asal?" Soal pengawas itu semula setelah habis mengemas barangnya.

Begnya digalas dan mereka terus berjalan keluar kelas, mengabaikan ketua kelas yang seperti hendak mengatakan sesuatu kepada mereka.

Daim (Ketua Kelas) hanya boleh mengeluh, "Asal aku amik jawatan ni?" soalnya sendiri dengan nada merungut.

Dia memandang kedua-dua orang gadis itu yang baru sahaja hilang di sebalik pintu kelasnya itu, "Tabah Daim, bagi je la surat ni kat depe besok... tu pun kalau aku datang la" katanya sambil tersenyum tipis.

Sementara itu, Syafina dan Qaisarah telah pun menuruni tangga, "Jom stayback esok?"

Syafina mengangkat keningnya, "Kau tanya aku balik kol berapa harini semata-mata nak ajak aku stayback esok?" soalnya lalu mendapat sebuah anggukan daripada sahabatnya.

'Asal la aku dapat kawan bangang camni?' Fikir pengawas sekolah tersebut.

Qaisarah yang kelihatan gembira setelah mengenakan sahabatnya itu berhenti secara tiba-tiba, matanya seperti terlekat ke suatu arah, "..."

"???" Syafina yang perasan akan perubahannya turut berhenti lalu memandang ke arah yang sama, mulutnya ternganga besar.




"Apa Sofea buat dengan jantan tu?"
-Syafina




"Serious lah... diaorang kiss?!?!"
-Qaisarah







Bersambung...

Pilihan: Kawan atau Boyfriends [OG]+KthWhere stories live. Discover now