Bab 4: Kenapa?

9 1 0
                                    

Bab 4: Tak Sangka...

.


.


.

"Bye beb..."

"...bye"

Syafina membalas lambaian daripada sahabatnya, Qaisarah. Setelah gadis itu hilang dari pandangannya.


*Pap!!!*


Dia menampar pipinya dengan kuat, tidak peduli bahawa dia telah menarik perhatian pelajar lain yang balik lambat pada hari ini.

'Kenapa Pia cium jantan tu? Dia tak tahu ke benda tu berdosa? Bukan mahram dia kan?' Syafina menggeleng, terlalu banyak benda yang perlu dia soal kepada sahabat karibnya itu.

Soal agama tidak boleh dipermainkan...

"Wei, Fina. Bapak kau dah tunggu tu"

Syafina hanya mengangguk dan terus berjalan keluar pagar sekolahnya tanpa memeriksa siapa yang telah menegurnya itu.


*Bam!*


Pintu kereta dihempas kuat, tali pinggang dipakai kemas lalu kepalanya dipicit dengan tangannya akibat berasa sakit.


"Young miss, where is it that you want to go?"


Syafina berhenti memicit kepalanya, dia memandang ke hadapan, terus bertatapan mata dengan pemandunya itu, "Take me home" balasnya ringkas.

Perjalanan ke rumahnya menjadi senyap sunyi sehinggalah kereta Exora berwarna merah gelap itu berhenti di kawasan lampu isyarat.

Pemandu lelaki inggeris yang kelihatan seperti berumur 20 tahun itu memusingkan kepalanya supaya dapat memandang anak majikannya untuk bertanya, "Are you okay, miss?"

"Hey, Felix, what would you do if you found your best friend kissing a stranger?" Soal Syafina membuatkan pemandu muda itu ketawa kecil.

Felix terdiam seketika sebelum membalas, "I would ask them first, after all, it's not good to make assumptions of something that is not even real" membuatkan gadis berumur 16 tahun itu mengangguk.

"Okay then.."

Setelah perbualan yang ringkas itu, perjalanan menjadi senyap sunyi sehingga sampai ke destinasi.


__________

"Welcome back, cik muda"

Syafina membalas teguran pembantu rumahnya itu dengan sebuah anggukan kecil, "Kak Lisa, mana mak?" soalan pertama yang ditanya.

Pembantu rumahnya itu hanya tersenyum tipis, "Cik puan takde, katanya flight nak balik ke sini cancel" jawabnya.

Syafina hanya merengus apabila mendengar jawapan itu, "Angin takde ribut takde, cancel lagi... Singapura dengan Malaysia bukannya jauh mana pun"

Belum sempat pembantu rumah itu membalas, Syafina sudah pun meninggalkannya.

"Hm... apalah nasib cik muda dapat mak macam cik puan" Ujar Lisa sendirian.


Flashback (Call):


"Hello, ya cik puan? Flight dah sampai ke? Kalau macam tu saya akan call Felix sekarang"

"Tak payah, my flight cancel harini, maybe I akan balik in another year or so. I nak you, Lisa, bagi anjing I makan... kesian Chubby lapar nanti"

"...Baiklah cik puan, saya akan jaga Chubby. Tapi macam mana dengan--"


*End Call*


Lisa hanya boleh mengeluh apabila mengingati perbualan dengan bosnya pagi tadi sewaktu Syafina masih di sekolah, secara jujurnya dia tidak suka akan sikap tuan rumah yang tidak boleh menepati janjinya itu.

Sudah 7 bulan Puan Diana tidak pulang ke rumah, dan sekarang tiket untuk ke Malaysia semula juga dibatalkannya lagi.

"...Agaknya cik puan ingat lagi ke tak pasal cik muda?"


_________

Syafina melemparkan tubuhnya di atas katil yang bersaiz permaisuri itu, telefon yang berjenama Samsung dicapainya terlebih dahulu.

"Macam aku kesah sangat pasal mak aku tu, dia pun bukannya suka dengan aku sangat" kunci skrin dibuka dengan kasar dan pantas.


*Ring! Ring!*


Terus Syafina mengangkat telefon apabila melihat nama bapanya terpapar di skrin.

"Hello abah? Kenapa call ni? Abah okey ke? Kat hospital mana?"

"*Ketawa* Takde pape lah Fina, abah rindu je, salah ke seorang ayah nak call anak dia sendiri?"

"Oh, Fina okey je kat sini, abah sihat ke kat sana?"

"Abah okey, sihat je. Lisa dengan Felix macam mana?"

"Alhamdulillah, diaorang sihat. Cuma tulah... Ibu je yang tak balik-balik lagi"

".. Fina, boleh tak jangan sebut pasal ******* tu?! Abah tak suka kamu mention dia!"

"Astaghfirullah, abah! Tak kiralah kalau abah dengan ibu dah bercerai! Tapi ibu tu masih mak Fina!"

"Abah tak kesah, yang abah tahu, betina tu ******* sebab tidur dengan jantan kat luar sana!"

"Ish! Letih lah macam ni!"

"W-wait! Fina! Abah tak senga--"


*End Call*


Syafina mengangkat tangan kanannya yang memegang telefon itu, nafasnya terhenti seketika sebelum memikirkannya semula.

'Fia kata... tak elok lepaskan kemarahan kat benda' Serta merta tangannya itu jatuh kembali ke atas katilnya itu.

Dia terfikir semula tentang kejadian yang berlaku tadi...




"Fia.. asal kau boleh jadi camtu? Kenapa kau...







...kiss ex-crush kau?"



Bersambung...

Pilihan: Kawan atau Boyfriends [OG]+KthWhere stories live. Discover now