Bab 2: Keras Kepala

12 1 0
                                    

(A/N Assalamualaikum, thanks sebab baca cerita ni, walaupun nampak cam bosan je... Tapi author akan pastikan yang cerita ni complete satu hari nanti... so mohom bersabar sesiapa yang minat ye? Pls Enjoy~♡)


_______________________



Bab 2: Keras Kepala...


.

.

.


"What do you mean she fell in love?!?!"


Qaisarah menahan tawanya apabila melihat ekspresi terkejut sahabatnya itu apabila mengetahui Sofea sudah jatuh cinta, "Betul, dia sendiri yang bagi tahu aku dia suka laki tu"

Syafina menarik nafas bertenang, "Oh.. siapa mamat tu? Mana tahu kot-kot aku kenal ke apa" soalnya dengan ekspresi bosan.

"Entahlah, aku rasa nama dia... Tejung? Terung? Tae? Tai? Teh? Ermm... HAA!! TAEHYUNG!" Kata Qaisarah dengan nada suara yang kuat.

"Oi! Perlu ke cakap kuat-kuat?! Tengok tu? Satu kelas dah pandang!" Marah Syafina apabila hampir satu kelas memandang ke arah mereka sahaja.

Qaisarah meminta maaf sebelum mereka berdua kembali kepada topik, "Oh, aku rasa aku pernah dengar nama mamat tu, dia budak transfer baru dari Korea yang masuk kelas 4 Sewarna baru-baru ni. Guru pengawas bagi tahu aku masa perjumpaan haritu" kata Syafina.

Qaisarah mengangguk, "Oh... bagus gak jadi pengawas ni kan? Senang tahu info apa-apa" balasnya.

"Tapi yang nasib tak baiknya... Kenapa Ustazah Lili bagi aku tugas tunjukkan kawasan sekolah ni kat dia... sekolah ni bukannya besar mana pun" Rungut Syafina.

"Tabah" Kata Qaisarah sambil memegang bahu Syafina yang masih pasrah dengan arahan yang diberinya.

Safika yang mendengar perbualan mereka terus menyampuk, "Serious la, kau dapat jalan-jalan dengan mamat Korea tu? Hm... bertuah la..." katanya dengan nada cemburu.

Syafina hanya menjeling tajam, "Kau ni.. Kalau pasal lelaki, semua dengar, buat maksiat je tahu" balasnya membuatkan Safika tersentak.

"Eleh! Macam kau tak buat dosa je.. hmph! Malas aku nak layan" Kata Safika sebelum membelakangi Syafina.

Qaisarah ketawa kecil, "Ayat baik ah wei... deep terus minah tu" katanya sambil membuat 'high-five' dengan sahabatnya.

"Biasa la, ni Syafina kot.." balas Syafina dengan angkuhnya.

"So.. cane? Kau nak tolong tak perempuan tu?" Soal Qaisarah lalu mendapat sebuah gelengan dari Syafina.

"Tak kot.. entah, kalau aku rajin aku tolong.. lagi pun.. hm... takpe lah" Ayat separuh jalan itu membuatkan Qaisarah keliru, "lagi pun..?"

"Takde pape ah, aku pun dah lupa sebenarnya, hahaha" Jawab Syafina sambil ketawa perlahan. Qaisarah menggeleng, "Senile" ejeknya.

"Ok lagi daripada kau.. parkinson" Balas Syafina lalu mencetuskan perang dunia ke-3.

~~~~~~~~

Tibalah waktu pulang untuk pelajar pagi, jam menunjukkan pukul 1.05p.m. Syafina bangun dari kerusinya lalu menuju ke arah guru yang sedang mengajar di hadapan.

Pilihan: Kawan atau Boyfriends [OG]+KthWhere stories live. Discover now