Bab 5: Janji
"Semalam, kitaorang dua nampak kau dengan jantan ni..."
.
.
.
"Haa... dah tu?"
Sebuah renungan tajam dihantar oleh Sofea ke arah sahabat-sahabatnya itu, seakan-akan mencabar mereka untuk bertanya tentang kejadian yang berlaku semalam.
Syafina mencemuh, "Dah buat benda salah... tak mengaku pulak"
Perbuatannya itu membuatkan dia menerima sebuah tamparan di bahu yang diberi oleh Qaisarah, "Ish kau ni pun... tegur la lembut sikit!" marahnya.
"Kitaorang tak cium betul-betul pun lah... nampak dari tepi memang macam ya, tapi sebenarnya kelas aku ada buat drama ringkas untuk persembahan masa hari persaraan Cikgu Dian" Jelas Sofea sambil tersenyum tipis ke arah Syafina.
Dalam sekelip mata, aura di sekeliling mereka bertiga berubah kembali.
"Oh yeke? Asal tak bagi tahu awal-awal?" Soal Syafina apabila emosi marahnya kian menghilang.
Qaisarah memegang dagunya sambil berkata, "Cikgu Dian memang suka drama, lagi-lagi pasal cinta... teringatkan arwah suami dia lah tu"
Sofea memandang pelik ke arah sahabatnya itu, "Macam mana kau tahu ni?" soalnya.
"Aku kan jiran dia..." jawab Qaisarah terus memetik perasaan ingin tahu di dalam hati gadis itu.
"Wei, wei, cakap pasal benda tu kan... Cikgu Dian ada seorang anak lelaki betul tak?!" soal Sofea dengan mata yang bersinar-sinar.
Syafina menjeling tanda menyampah, "Dah mula dah dia tu~"
Malangnya, dia diabaikan oleh kedua-dua mereka, "Haah, nama anak dia Daniel, aku dengar mak aku kata nanti Daniel pindah sini.." kata Qaisarah.
"Serius la? Aku ada usha kat status cikgu masa arwah suami dia ada dulu... hensem dho anak dia"
"Kann... nasib aku ada nombor dia"
"Wei! Kau ada nombor dia?! Bagi ah kat aku, sharing is caring~"
"Eh, kau... pasal lelaki hensem je mesti laju"
"Mestilah~"
Syafina yang diketepikan hanya boleh menggelengkan kepalanya, 'Maksiat je tahu... sama je macam perempuan tu' fikirnya.
Tiba-tiba, seorang pengawas lelaki yang berkulit hitam manis menghampirinya, "Wei Syafina... kau arahkan pelajar harini"
Gadis itu hanya mengangkat tangan, menunjukkan tanda 'ok' kepadanya, 'Mana pulak Hani dengan Haliza ni... asyik aku je kena arah' rungutnya di dalam hati.
Dengan suara yang kuat dan lantang, "Semua pelajar sila bergerak ke tapak perhimpunan sekarang!" arahnya sambil berdiri di tengah-tengah kantin sekolahnya.
Setelah mendengar arahan gadis pengawas itu, pelajar-pelajar yang sedang duduk dan bersembang dengan rakan mereka, terus menggalas beg dan beredar dari kawasan itu lalu menuju ke tapak perhimpunan.
______________
~Kelas 4 Sejiwa~
Qaisarah bermain-main dengan jarinya, tak sangka perkara akan menjadi sebegini rupa!
YOU ARE READING
Pilihan: Kawan atau Boyfriends [OG]+Kth
Short Story"Kalau sebut pasal pilihan antara kawan atau boyfriend, aku pasti pilih kawan..." - Sofea Syafina berasa agak serba kehilangan apabila mengetahui bahawa sahabat baiknya lebih meluangkan masa dengan teman lelaki daripada dirinya. Qaisarah pula berasa...