HANTU RAYA DI HARI RAYA (4)

868 24 2
                                    

Tulisan asal : ANDY Sulaiman



"Abang, abang!" tergopoh gapah mak aku keluar bilik. Cari ayah aku.

Ayah aku baru je duduk kat sofa. Terperanjat dia. Aku pun sama, tengok mak aku panik semacam je.

"Hah, kenapa pulak ni? Kenapa?" tanya ayah aku.

"Yang tadi tu, tadi tu, yang balik tadi tu," kata mak aku. Tergagap-gagap dia.

"Tadi apa? Balik apa awak ni?" ayah aku kata.

"Yang balik tadi tu, bukan Su!"

Aku terkedu. Ayah aku agak terperanjat. Direnungnya muka mak aku lama-lama.

"Mana awak tahu?" tanya ayah.

"Su baru je kejap tadi telefon saya. Dia kat tempat kerja lagi. Kereta dia rosak. Dia mintak tolong abang atau Azrul ambik dia," cerita mak.

Aku masa ni dah tak kata apa dah. Berturut-turut aku kena game ni. Bermula arwah Mak Jah, lepas tu Aina, sekarang Kak Su pulak.

"Mana benda alah tu sekarang?" tanya ayah aku.

"Bilik air. Tak pun, kat dapur," jawab mak aku.

"Rul, kau pergi ambil Kak Su kau kejap. Hah tu, bak datang telefon ayah tu," kata ayah aku sambil hulur tangan dia.

Aku tak banyak cakap, bangun terus capai kunci kereta ayah, ambil telefon dia dan kasi kat dia.

Waktu aku nak turun dari rumah, aku terdengar perbualan ayah aku,

"Man, kau dah sampai mana tu? Patah balik! Cilake kau, bawak balik yang lain, tinggalkan pulak yang lain. Cepat! Bini aku takut dah ni. Hahaha!"

Aku macam blur masa tu. Orang tua aku boleh gelak pulak dalam keadaan cemas macam ni. Aku dengan mak pucat dah macam apa ni.

Betul lah cerita mak aku. Ayah aku dulu ni, hantu takut dengan dia. Bukan dia takut hantu. Ayah aku dengan Wak Man masa muda-muda dulu gemar betul buru hantu.

Kat hutan mana orang cerita berpenunggu, dia pergi bertapa kat situ. Orang kata bawah pokok ada hantu, dia pergi lepak berdua kat bawah pokok tu.

Orang cerita bukit mana berpuaka, diorang berdua boleh pergi berkhemah kat sana. Pelik hobi mereka berdua masa muda-muda.

Aku pun gerak pergi ambil Kak Su. Di tengah jalan, aku selisih dengan Wak Man. Dia berhentikan kereta dia.

"Apa hal kat rumah kau?" tanya Wak Man.

"Bukan Kak Su tadi tu!" jawab aku. Aku cemas masa ni. Seram sebenarnya.

"Dah tu, siapa?" tanya Wak Man.

"Ntah, mana orang tahu, Wak!" jawab aku.

"Habis bapak kau takkan tak boleh halau? Nak aku jugak? Mengada-ngada lah bapak kau!" kata Wak Man lepas tu dia terus gerak.

Aku pun gerak. Malas nak campur hal mereka berdua. Tangkap hantu dah macam tangkap ayam dah mereka buat.

Tak lama, aku pun sampai kat tempat kerja Kak Su. Kak Su tunggu kat bus stop. Tersengih-sengih dia. Dia tak tahu cerita lagi. Kejap lagi aku cerita, ntah ke mana hilang sengih dia tu nanti.

Dia masuk je kereta, aku pun buka cerita. Kisah Aina dan cerita dia, yang baru terjadi tadi.

"Kau hantar Kak Su balik rumah Kak Su terus lah, Rul. Tak nak Kak Su balik rumah mak! Takut!" kata dia.

Kan? Betul aku cakap. Nasib baik juga lah aku cerita awal-awal kat dia. Kalau aku bawak balik Kak Su ke rumah mak, mahu pengsan akak ipar aku ni tengok diri dia ada dua.

HANTU RAYA BALIK RAYAWhere stories live. Discover now