Tulisan asal : ANDY Sulaiman
"Rul, cepat lah!" jerit ayah aku dari luar rumah.
"Ya, ayah. Kejap!" jawab aku sambil kelam kabut cuci tangan. Nasi pun tak sempat tambah.
Lepas tu aku terus meluru keluar. Malam ini ada meeting tergempar di balairaya kampung aku.
Cerita hantu huru harakan kampung aku ni dah sampai ke pengetahuan Tok Penghulu kampung.
Sampai saja di balairaya, Wak Man dah tercegat tunggu ayah aku di luar. Berkepul-kepul asap rokok daun keluar dari mulut dan hidungnya, naik ke angkasa.
Kelihatan di dalam balairaya, orang kampung agak ramai yang datang malam ni. Aku dropkan ayah di depan balairaya dan park motor di bawah sebatang pokok di sisi dewan.
"Tok dah sampai?" aku dengar ayah ajukan soalan pada Wak Man.
"Dah. Aku tunggu kau je ni. Kita masuk sama-sama," kata Wak Man.
"Eh mengada-ngada. Masuk saja lah," balas ayah aku. Ayah aku pun melangkah masuk ke dalam balairaya, diikuti Wak Man di belakang dan juga aku.
Kami duduk sebaris di barisan ketiga dari depan.
"Baik, Assalamualaikum semua. Terima kasih lah sudi datang ke mesyuarat tergempar kampung kita malam ni," kata Tok Penghulu.
"Waalaikumussalaaammmm.." bergema balairaya bila salam dijawab sama-sama. Macam kita kata Aamiinn ramai-ramai masa sembahyang berjemaah.
"Saya rasa ramai dah sedia maklum, ada gangguan aneh berlaku kat kampung kita ni sebaik sahaja kita menyambut Aidilfitri baru-baru ini. Betul kan?" tanya Tok Penghulu.
"Betul, betul!"
"Ya, benar Tok!"
"Ya Tok, ada Tok!"
Lalu suasana mesyuarat di balairaya itu pun bertukar menjadi seperti sebuah pasar. Semua orang nak bercakap. Hingar bingar dan riuh rendah.
"Sini! Sini! Dengar sini!"
'Bammm! Bammm!'
Jerit Tok Penghulu sambil menepuk meja. Secara tiba-tiba suasana gamat tadi bertukar hening. Sunyi sepi. Yang kedengaran hanya lah bunyi 'kreeuuukk kreeeukkk' kipas siling yang berpusing di siling balairaya itu.
"Okay. Saya nak tahu. Siapa yang dah diganggu hantu raya ni?"
Aku laju-laju bangun, "Saya Tok!"
"Hah, Azrul. Kena macam mana?" tanya Tok Penghulu.
"4 kali Tok! 4 kali! Pertama dia berupa macam arwah Mak Jah. Kedua dia berupa anak buah saya. Malam yang sama, dia jadi kakak ipar saya. Terbaru semalam Tok. Dia jadi Imam," kata aku sambil jari aku dihalakan ke arah Imam yang duduk sebelah Tok Penghulu. Imam pun terkejut.
"Imam pun dia nak jadi ni," kata Tok Penghulu.
"Lagi siapa lagi?" tanya Tok Penghulu lagi.
"Saya Tok! Orang rumah saya. Melompat-lompat macam beruk. Nasib baik ada Wak Man. Dia ubatkan," kata Bidin.
"Lagi?" tanya Tok Ketua.
"Wak Man Tok! Dia pun kena. Tinggal bini pergi kebun! Kahkahkah!" kata bapak aku lalu disambut gelak tawa menggamatkan dewan. Tok Penghulu turut ketawa. Imam mengetap gigi menahan ketawa.
"Celaka kau Murad. Malukan aku! Hahaha!" kata Wak Man. Dan dewan gamat sekali lagi dengan gelak tawa kami semua.
Tiba-tiba!