HANTU RAYA DI HARI RAYA (6)

632 19 1
                                    

Tulisan asal : ANDY Sulaiman


Beberapa minit juga Wak Man tercengang dengan apa yang terjadi. Tidak disangka-sangka, dirinya terkena jua.

Kemudian dia teruskan perjalanan. Singgah di kedai dan pulang ke rumah untuk mengambil Mak Kinah.

Setibanya di rumah, Mak Kinah sedang duduk di tangga. Bekal untuk makan di kebun masih rapi di sisi.

"Nak ke mana laju-laju sampai tak sempat tunggu saya?" tanya Mak Kinah.

"Ingatkan awak tak nak ikut. Saya gerak lah," itu saja jawapan Wak Man.

Dia malas nak bertengkar dan juga malas nak bercerita tentang apa yang terjadi pada dirinya.

Sampai saja di kebun, Wak Man tidak banyak berbual. Dan menjelang Zuhur, mereka pulang ke rumah.

Siapa yang membonceng dengan Wak Man sebelum Mak Kinah pagi tadi, dibiarkan terus menjadi misteri.

"Hello! Murad! Kau kat mana?" tanya Wak Man di sebelah petang.

"Warung Mahad? Hah elok. Kau tunggu jap. Aku ke sana"

Tanpa membuang masa Wak Man terus memecut laju motosikalnya ke warung Haji Mahad.

"Berlaku kejadian memalukan pagi tadi," keluh Wak Man sebaik sahaja duduk semeja dengan ayah aku.

"Apa dia?" tanya ayah aku. Wak Man terus menceritakan apa yang berlaku antara dia dan Mak Kinah pagi tadi.

"Hahahahaha! Kau punya lah handal berlawan dengan hantu selama ni, kau pun kena juga?" gelak besar ayah aku selepas Wak Man selesai bercerita.

Wak Man diam tidak memberikan apa-apa reaksi. Aku yang ketika itu berada di sebelah ayah, sehabis daya menahan gelak.

"Macam mana kau boleh tak perasan Man? Setahu aku, kau dulu tak macam ni. Kau dapat rasa bila benda tu ada dekat dengan kau," kata ayah aku.

"Aku dah bagitahu kau. Banyak yang dah aku 'tawarkan'. Memang aku dah payah nak rasa sekarang kalau ada benda tu datang dekat. Ada yang aku dapat rasa, ada yang tidak," jawab Wak Man.

"Tapi aku rasa bukan orang kampung kita punya angkara ni," ayah aku bagi pendapat.

"Firasat aku, orang yang buat hal ni kenal aku. Kenal kau. Apa tujuan dia buat macam ni, aku tak pasti. Kebanyakan yang datang balik ni, yang aku dah buang dulu. Maknanya dia tahu aku buang kat mana," Wak Man pula memberi pendapat.

"Ntah lah Man. Aku pun buntu dah ni. Cuma, aku macam tak percaya je ni," kata ayah aku.

"Kau tak percaya apa?" tanya Wak Man sambil pandang ayah.

"Tak percaya kau pun kena! Kahkahkahkah!" gelak besar ayah aku. Aku pulak kali ni memang dah tak boleh tahan. Pecah juga ketawa aku bersama sama ayah.

Sambil aku bergelak ketawa tu, aku perasan ada seseorang masuk ke warung Haji Mahad ni.

Aku tak pernah nampak orang ini. Orangnya sudah berumur. Lebih kurang 40an. Dia cuma masuk membungkus air dan lepas tu berlalu pergi.

"Ayah, siapa tadi tu? Tak pernah nampak pun selama ni," tanya aku.

"Ntah. Ayah pun tak kenal. Kenapa?"

"Tak ada apa lah. Saja tanya. Macam pernah nampak sebelum ni," jawab aku.

"Ahhhh kau, ada-ada je lah," kata ayah.

"Amboiiii...seronok berborak nampak 2 beranak ni. Berborak pasal apa lah agaknya. Dari jauh saya dengar ketawa"

Aku, ayah dan Wak Man segera berpaling ke arah suara itu.

HANTU RAYA BALIK RAYAWhere stories live. Discover now