[05] STEPHENIE

3.4K 152 10
                                    

SELEPAS mengisi perutnya yang kosong,  Sofia berjalan-jalan di sekitar rumah besar itu. Dia berjalan ke mana sahaja kakinya boleh melangkah. Ada beberapa bilik penting seperti bilik mesyuarat, sebuah farmasi kecil milik peribadi dan bilik kebal dia sudah lalu. Pada mulanya dia hairan sebab bilik kebal Stephen berada di luar dan senang dijumpai. Selepas berdebat beberapa kali di dalam kepala, akhirnya Sofia membuat konklusi yang mungkin bilik kebal itu bukan menyimpan duit tapi koleksi porno Stephen. Ew!

             Kaki Sofia berhenti melangkah apabila dia ternampak sebuah pintu merah tidak jauh darinya. Perlahan-lahan dia mendekati pintu itu.

            'Kalau Honey nak jalan-jalan dekat rumah ni boleh tapi kalau Honey jumpa pintu berwarna merah, tolong jangan masuk.'
 
             Terngiang-ngiang kata-kata Stephen kepadanya. Apa di dalam bilik ini sehinggakan Stephen melarang dia masuk? Duit? Senjata? Banyak hal yang berada di dalam kepala Sofia sekarang. Semuanya kemungkinan yang mungkin ada di dalam bilik pintu merah itu.

            Perlahan-lahan Sofia mencapai tombol pintu. Dia mesti tahu apa yang ada di dalam bilik itu. Sofia menelan air liur. Jantungnya berdegup pantas. Rasa ingin tahunya melonjak naik. Tangan kirinya kini berada beberapa inci jauhnya dari tombol pintu. Jantungnya berdegup kencang.

             "Kak Fia!"

              Jantung Sofia berhenti berdegup untuk sesaat dan dia melompat kecil akibat terkejut. Sofia mengurut-urut dadanya yang berdegup pantas. Dia menoleh ke arah suara tersebut. Seorang gadis yang umurnya mungkin dalam sekitar 18 hingga 19 tahun menghampiri dia. Sebaik sahaja gadis itu berada di sebelah Sofia, dia memeluk Sofia dengan erat.

             "Wah tak sia-sia adik balik. Memang betullah yang akak dah balik. Adik rindu dekat akak." Ujar gadis muda itu lalu dia meleraikan pelukkannya. Melihat reaksi wajah Sofia yang kebingungan, gadis itu menampar dahinya. 'Aduh lupa pula yang akak tak ingat.' Fikirnya.

            "Siapa kau?" Soal Sofia.

            Baru sahaja gadis itu hendak membuka mulut, telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan diam seketika. Selang beberapa saat kemudian, dia memandang ke arah pintu merah dan mengangguk kepala.

           "Okay." Bisiknya. Dia mematikan panggilan telefon itu lalu memegang tangan Sofia. Sofia hanya mengikuti gadis itu. "Ikut adik. Jap lagi adik bagitau semuanya. Well, not all of it. But I will try."

                              •••••••

"CIK muda nak makan?" Soal Chef Rizky. Gadis muda itu menggeleng kepalanya tanda tidak. Dia meminta jus oren untuk dia dan Sofia. Sofia yang sedang duduk di sebelahnya menunggu dengan sabar.

           "Nama adik Stephenie Francisco. Satu-satu adik Stephen. Akak tak perlu kenalkan diri akak sebab adik kenal akak." Ujar Stephenie dengan senyuman lebar. Rindunya terhadap Sofia menggunung sejak gadis itu hilang dari radar. Pelbagai cara yang abangnya lakukan untuk mencari Sofia namun semuanya gagal. Entah di mana Sofia menyorok.

              "Kenal? Macam mana? Jumpa kau pun tak pernah." Balas Sofia dengan bingung. Apalah minah depan dia ni karutkan.

              "Takpe, kak. Ada masanya, akak akan ingat semua." Stephenie berkata dengan lembut. Sofia akan ingat semua... Tapi jauh di sudut hati Stephenie, dia tidak mahu Sofia mengingat kembali peristiwa hitam itu. Kalau tidak, Sofia tentu akan pergi semula.

               "Apa ni? Aku tak fahamlah." Sofia menghentak kedua tangannya ke atas meja kaunter. Badannya mengejang di saat tangan kanannya dihentak di atas meja kaunter. Sofia menahan kesakitan. 'Aduh lupa pula tangan aku ni sakit.' Fikirnya. Sofia meletakkan kepalanya di atas meja kaunter untuk menyorok wajahnya yang sedang menahan sakit.

               Stephenie hanya tergelak kecil. Gelaknya terhenti apabila dia ternampak Stephen yang baru hendak melangkah masuk ke dalam dapur. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan muka panik, dia menyuruh abangnya keluar. Begitu juga dengan Stephen. Dia dengan pantas keluar dari dapur. Niatnya untuk minum dibatalkan.

               'Bongok ah abang ni. Kalau akak Fia nampak macam mana? Takde otak betul.' Fikir Stephenie.

               "Betul ke aku kahwin dengan abang kau?" Soal Sofia secara tiba-tiba.

               "Ya. Tapi apa yang jadi, adik tak tahu sepenuhnya. Sebab masa tu adik masih belajar dekat New Zealand." Jawab Stephenie. Chef Rizky mendekati mereka lalu meletakkan dua cawan kaca yang berisikan jus oren di hadapan mereka. Stephenie mengangguk kepala lalu Chef Rizky berlalu pergi menyambung kerjanya.

               Sofia merenung wajah Stephenie. Kot-kot Stephenie cuba menipu dia. Yalah, dah abang dia macam penipu, mesti adik dia pun sama kan? Eh entahlah. Sofia mengeluh berat. Kenapa dia tak ingat? Tak ada secebis pun memorinya bersama Stephen di dalam kepala?

               "Akak jangan paksa diri nak ingat. Nanti jadi benda yang tak diingini. Kang abang jadi gila balik." Ujar Stephenie dengan risau. Sofia menoleh ke arahnya.

              "Jadi gila?"

              "Yup. Akak ni macam ubat penang abang. Kalau ada akak, dia akan jadi lebih tenang. Kalau dia sedang marah, akak sorang je yang mampu redakan kemarahan dia. Akak tau tak yang akak ada tempat paling istimewa dekat dalam hati abang. Adik sendiri terkejut nampak perangai dia yang memang jauh berbeza bila dengan akak. Dari syaitan bertanduk tiga yang langsung tak berhati perut berubah jadi malakait dari syurga. Eh power kesan akak ni dekat abang." Jelas Stepenie dengan agak panjang lebar.

            Pernah sekali Stephen meradang besar apabila projek yang diidam-idamkannya, gagal dicapai oleh orang bawahannya. Hampir sahaja dia mahu memancung kepala kesemua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kegagalan itu. Namun mujur ada Sofia di sana. Marahnya reda dengan cepat. Sofia umpama air yang meredakan api yang sedang merebak pada masa itu.

               "Lagi satu akak. Benda yang adik paling bahagia sejak akak muncul di rumah ni. Nak tahu tak?" Soal Stephenie dengan senyuman lebar. Sofia mengangkat kening kanannya.

              "Apa?"

              "Adik dapat tengok senyuman abang lagi. Akak mungkin tak ingat benda ni tapi adik pernah bagitau yang abang berubah sejak mak dengan ayah dibunuh. Tapi sejak akak ada, perangai lama dia pelan-pelan muncul balik. Untuk itu adik betul-betul berterima kasih." Stephenie memeluk Sofia. Sofia dengan janggal memeluk kembali Stephenie. Selang beberapa saat kemudian, pelukkan mereka dileraikan.

                Stephenie menghabiskan masanya di rumah itu. Sudah lama dia tidak menghabiskan masa di sana. Selalunya dia sibuk dengan kerjanya dan lebih gemar untuk ke sana sini. Adakalanya dia akan ke negara luar seperti New Zealand, Canada, USA dan banyak lagilah. Alasan? Bosan dekat Malaysia.

                Sofia menghantar Stephenie sehingga ke pintu hadapan. Dia melambai-lambai ke arah gadis itu. Selepas sahaja kereta yang dinaiki Stephenie hilang dari pandangan mata kasar. Selepas gadis itu menceritakan sedikit sebanyak memori dia di sana, dia bertekad untuk mencari kembali memori yang hilang. Tapi ada hal yang perlu dia lakukan sebelum itu. Dia mesti berjumpa dengan ibu dan ayahnya untuk memastikan satu hal. Hal ini berkaitan dengan Stephen.

-----

Cover edit by: RaraHanna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cover edit by: RaraHanna

Ada cover baru guys! Okay tak? And saya nak pendapat tentang cerita ni boleh? Bukan komen ff. Setakat ni okay tak cerita dia?

Mrs. Francisco ( h i a t u s )Where stories live. Discover now