[02] NASIB JAHANAM

4.6K 180 9
                                    

SOFIA memandang sekelilingnya. Kepalanya terasa sangat sakit. Dia di mana? Bilik siapa ni? Sofia memandang ke sebelahnya. Di atas bantal, terdapat satu nota.

It was a good night. Talk to you later.

  - SF

               "SF?" Sofia menyebut kedua-dua huruf itu dengan agak kuat. Dia mengerutkan dahinya. Tiba-tiba memori semalam datang menerpa mindanya. Kenapa dia membiarkan nafsu liarnya menguasai diri? Rasa kecewa dan menyesal menguasai diri Sofia.

                 Sofia dikejutkan dengan bunyi deringan telefon pintarnya di atas meja. Dengan pantas Sofia mengambil telefon pintarnya lalu dia menjawab panggilan tersebut. Sebaik sahaja dia menjawab panggilan itu, Kaila terus menyoal dia.

                 "Babe! Awak kat mana? Apasal tak masuk kerja hari ni? Boss meradang teruk tau tak." Soal Kaila dengan risau. Dia sangka Sofia balik awal semalam sebab tu dia pulang seorang. Namun ketika dia hendak menjemput Sofia tadi pagi untuk ke kerja, Sofia tiada di rumah. Risau pula dibuatnya.

                 "Entahlah, babe. Saya pun tak tahu saya kat mana." Sofia bangkit berdiri dari katil. Terasa sedikit perih di celah kangkangnya namun dia tidak memperdulikan sakit itu. Dia memandang dirinya. Lengkap berpakaian jadi tiada masalah untuk dia keluar dari sana.

                     "Biar betul? Takkan awak sembarang je ikut jantan semalam? Jangan-jangan kau main jolok-jolok ni ngan jantan semalam. Saya ingatkan kau ni nak kekal suci sehingga malam pertama." Ujar Kaila di hujung talian. Sofia melepaskan keluhan berat. Sakit pula hatinya apabila Kaila berkata demikian. Entah kenapa.

                    "Saya bukan diri saya okay? Anyway, babe, awak boleh ambil saya tak?" Soal Sofia kepada Kaila.

                     "Tak bolehlah. Bakery banyak sangat customer. Ni pun saya curi masa sikit untuk call awak. Eh saya kena pergi dulu. Big boss dah datang." Serta merta panggilan dimatikan.

                   "But babe- isy! Dia letak pula." Bisik Sofia dengan geram. Sebelum dia keluar, dia ke bilik mandi sekejap. Bilik siapa pun dia tidak tahu tapi yang pasti mesti seorang yang kaya. Sebab agak luas bilik tu.

                   Apabila dia masuk ke dalam bilik mandi itu, dia melihat ke arah cermin. Dia terkejut separuh mati melihat pakaiannya yang baru. 'Eh mana dress aku semalam? Baju siapa ni?' Fikirnya dengan agak cemas.

                   Sofia membasuh wajahnya lalu dia keluar dari bilik mandi itu dengan pantas. Dia berjalan ke arah pintu masuk dan memulas tombol pintu untuk keluar. Apabila dia berada di luar, di hadapannya adalah satu koridor yang mempunyai karpet merah. Perlahan-lahan Sofia mengikuti korido itu. Selang beberapa minit, dia tiba di satu tangga.

                 "Ini club semalam." Bisiknya. Sofia menuruni anak tangga dengan perlahan sambil melihat sekeliling. 'Eh masih beroperasi?' Soalnya dalam hati.

                 Ruangan club itu dipenuhi oleh sekumpulan gangster lelaki dan perempuan. Sebaik sahaja Sofia muncul,  mereka semua berdiri dan tunduk hormat.

                 "Selamat pagi, Puan Francisco." Serentak mereka berkata.

                  'What the fuck.' Sofia menyumpah dalam hati. Dengan pantas dia mendekati pintu masuk. Dia menoleh ke arah kumpulan itu untuk kali yang terkhir barulah dia keluar. Mujur dia pantas mendapat teksi.

                            •••••••••

"AWAK diberhentikan." Masih terngiang-ngiang suara garang managernya di saat dia cuba untuk masuk bekerja tadi. Padahal ini baru 3 kali dia lambat masuk dalam bulan ni. Tu pun bukan sengaja.

               Sofia mengeluh berat. Ni semua pasal jantan tak guna tulah. Tak pasal-pasal dia kena pecat dengan manager. Mana nak cari duit lepas ni? Bil-bil di rumah sewanya tidak akan dapat dibayar begitu sahaja. Ah! Sofia benci dengan jantan tu.

🎶🎵 Ni meosdaero sareo eochapi ni kkeoya
Aesseuji jom mareo jyeodo gwaenchanha
Everybody say La la la la la (La la la la la)
Say La la la la la (La la la la la)
Soneul deureo sorijilleo burn it up 🎵🎶

              Lagu Fire dendangan kumpulan k-pop BTS kedengaran. Sofia mengeluarkan telefon pintarnya dan memeriksa nama pemanggil yang menelefon dia.

Private Number is calling...

              'Eh siapa pula call aku ni? Pihak insurans?' Dengan geram Sofia menekan butang reject. Namun pemanggil misteri itu masih tidak putus asa untuk menelefon dia walaupun selepas berkali-kali direject. Akhirnya Sofia mengalah dan menjawab panggilan.

              "Kau nak apa jahanam?!" Soal Sofia dengan kasar. Moodnya memang sangat rosak. Orang-orang yang lalu lalang di sebelahnya memandang dia dengan pandangan pelik namun tidak menegur.

             "Macam ni nak sapa suami awak?" Kedengaran suara yang agak garau di hujung talian. Tiba-tiba Sofia teringat kejadian semalam. Suara itulah yang berbisik padanya. Dengan empunya suara itulah dia melakukan hubungan dewasa bersama.

               "Sejak bila pula kau jadi suami aku? Jahanam betul." Ujar Sofia dengan geram. Dia mematikan panggilan itu. 'Nah ambik kau! Dahlah buat aku gila atas katil semalam. Pagi ni pun kau nak aku gila ke? Hanat!' Fikirnya dengan kebencian.

            Sofia akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Sudah jatuh ditimpa tangga, nasib malang menjemput dia lagi dihadapan rumah sewanya.

AWAK BOLEH BERAMBUS. DAH 6 BULAN TAK BAYAR SEWA FULL! INGAT NI RUMAH MAK BAPAK KAU?

              Terdapat notis dihadapan pintu dari tuan rumah sewa itu. Bagasi-bagasinya berada di luar rumah. Kesemuanya ada 2 bagasi dan satu beg sandang. Sofia mengeluh berat lagi. Dia menghentak-hentakkan kakinya ke lantai.

              "Alah... Alaaahh... Alaaahhhh..." Rungutnya. Sofia menangis. Hari ni hari malang sedunia ke apa? Apasal banyak sangat perkara buruk berlaku kepada dia hari ni?

              Sofia duduk bersandar pada luar dinding rumah sewanya. Dia nak pergi mana? Nak balik rumah? Tu nak cari musibat namanya. Dahlah dia kena tendang keluar dari rumah sebab dia nak teruskan hubungannya yang tidak direstui dengan Harry. Takkan dia nak balik?

              "Sial sial sial!" Jeritnya sekuat hati. Sofia memberontak di situ. Lagaknya bagaikan budak kecil yang tidak diberi makanan. Sofia menaikkan lututnya lalu dia memeluk lututnya. Kepalanya diletakkan di atas lutut.

            Marah, sedih, geram dan banyak lagilah. Semuanya berkumpul dalam diri dia. Bagus mampus je kalau asyik-asyik nasib malang sahaja yang menimpa dirinya. Tiba-tiba Sofia berdiri. Dia memandang ke arah jalan raya.

          Apa gunanya hidup kalau nasib malang tak henti-henti. Selangkah demi selangkah kakinya menghampiri jalan raya besar. Namun di saat sebuah lori besar lalu, dengan pantas Sofia ke belakang.

            'Mak ai. Tak nak ah aku kena lenyek dengan lori tu. Nak mati dengan bergaya sikit. Eh tapi macam mana? Alah apa pula aku karutkan ni?!" Sofia bermonolog dalaman. Dia memandang sekeliling. Dia mencapai beg sandangnya lalu dia menyandang beg itu. Kedua-dua bagasinya ditarik.

          'Lantaklah kalau orang nak rompak aku, dipersilakan. Bukannya aku ada banyak duit. Duit dalam dompet pun tak sampai RM100.' Fikir Sofia. Kaki Sofia melangkah tanpa hala tuju yang tetap. Dia kena cari jalan untuk teruskan hidup.

Mrs. Francisco ( h i a t u s )Where stories live. Discover now